Salam w.b.t dan Hai
folks!!!
Apa khabar? So far,
kita alright dan agak sibuk kebelakangan neyh. Weekend hari itu kemas rumah dan
pack barang sebab pindah rumah. Family kita pindah rumah dari Puchong ke Batang
Kali. InsyaAllah kitorang pindah for good, dan takde perancangan untuk pindah
lagi pada masa akan datang. Cukuplah berpindah-randah ni.
Entry kali ni kita
nak kongsi sikit cerita masa kita datang ke Perth untuk graduasi. Kita dengan
mak kita bertolak ke Perth pada 24 Mac (Isnin) dan pulang semula ke KL pada 28
Mac (Jumaat). Sebenarnya masa bulan Nov bila dah habis final exam, tak plan untuk
datang graduasi. November tu perancangannya balik for good. Kita balik pun masa
tu dalam keadaan yang sangat cepat, dalam 2-3 hari lepas final exam. Tak sempat
nak bid a proper goodbye kepada classmates dan kawan-kawan yang lain.
Bila dah sampai
Malaysia, dan dalam bulan Jan awal tahun hari tu, kita fikir kita pergilah ke
Perth semula. Kita tak settlekan lagi hal bank, kereta dan, beberapa kotak
barang. Dan pada masa yang sama memang nak bawak Mak kita datang Perth untuk
bercuti. Masa November last year, mak kita tak nak datang Perth. Kita ajak, sebab macam
nak tolong bawak barang sekali. Tapi mungkin mak takda teman naik kapal terbang
nanti. Mak kita sebenarnya dah datang Perth masa cuti Easter tahun 2012, tapi
masa tu kita busy sangat dan tak ada lesen memandu lagi. So, tak dapat bawak
jalan-jalan ke tempat yang best-best.
Maka, kita decide
untuk datang Perth. Belilah tiket dan kebetulan masa tu promosi AirAsia,
bolehlah tahan harganya. Siapkan visa dan kita travel guna visa pelancong
memandangkan student visa dah expired pada 15 Mac. Kita pun dah siapkan itenary
tempat berjalan di Perth nanti. Aisyah pun dah suruh kosongkan masa untuk
photo-shoot session. Hehehe….macam retis gitooh. Takdelah, kita minta tolong
Aisyah ambilkan gambar, macam jadi official photographer untuk majlis graduasi
kita.
24 Mac, Isnin
Lepas
Subuh, bertolak ke LCCT. Boarding time pukul 8.50 pagi, dan sampai di check in
counter dalam pukul 7.50 pagi. Drop beg, dan daftar masuk, tapi lama sungguh
tunggu. Mak kita punya tiket dah settle, kita punya yang sangkut. Kena tahan
lama la juga, rupa-rupanya masalah visa. Orang AirAsia tu asyik ulang-alik ke
sana ke mari dan pada masa yang sama uruskan penumpang lain di kaunter. Dia
tanya ada passport lain ke, sebelum ni pergi Aussie melalui visa apa, kali
terakhir masuk Australia, dan lain-lain. Dia suruh kita tunggu kejap di tepi
kaunter, dan dia bawa passport kita ke tempat lain. Mak kita dah kat bahagian
luar tempat beratur, tengok dan menunggu. Tengok muka mak dah pucat, siap sapu
minyak cap kapak. Pening dan panik, mungkin. Mulut pun dah terkumat-kamit,
istighfar kot. Kita datang kejap-kejap nak kasi tau apa yang berlaku dan suruh
bertenang, kita sengih je dan cakap tiada masalah. Sebenarnya risau jugaklah,
tapi masih optimis yang tiada apa akan berlaku.
Dalam 20 minit lepas
tu, dah selesai. Rupa-rupanya surname kita berlainan dengan nama di passport.
Alaa, macam ejaan bersambung. Kita pun malas nak tanya panjang-panjang, dah
settle dah la. Pastu kitorang pun proceed ke Gate dan tunggu nak masuk. Kita usik
mak, "Kalau akak tak lepas, mak pergi lah dulu. Akak minta tolong Aisyah
amik mak kat sana. Akak bertolak petang nanti ke". "Argh, tak nak mak
pergi. Menakutkan je. Tulah, visa ni tak boleh nak buat main-main".
Kapal terbang yang akan dinaiki untuk ke Perth |
Sepanjang dalam kapal terbang ke Perth, ada tiga orang Mat Salleh yang duduk
belakang seat kita. Dorang mungkin backpacking kot. Dari awal sampai turun
kapal terbang, bercaaaakkkaaap je. Tak henti-henti, pastu order beer,
gelak-gelak dah macam orang mabuk. Tak larat weyh, nak tidur pun
tersedar-sedar. Rasa macam nak lempang sekor-sekor, tapi sabar jelah. Sampai di
Perth, Aisyah amikkan. Kita dan mak kita bermalam di rumah Suwaibah dan
rakan-rakannya di Bentley. Alhamdulillah, diorang sangat baik hati tumpangkan.
Kita gi angkat barang-barang di Nedlands, hantar Aisyah, amik kereta, dan
dinner di Charcoal Chicken sebelum ke Bentley.
25 Mac, Selasa
Hari ni jalan-jalan sekitar UWA, amik graduation gown, dan ke Kings Park. Pergi city untuk lunch, makan di Shimizu. Kita beli dua Katsu Chicken dan sushi. Mak kita macam hesitant nak makan sebab tengok orang Cina yang masak, dan tak pasti halal ke tak. Tapi kita tunjuk sijil halal dan konfidenkan mak kita. Petang tu amik gambar di sana bersama dengan mak kita, Aisyah, Armira, dan Alyani (assistant photographer). Malam tu ke Mill Point, makan gelare dan lepak-lepak sebelum balik.

Emak di Gelare, large waffle with mango, syrup, and cream |
26 Mac, Rabu
Pagi dalam pukul 6.00 pagi, bertolak ke Cottlesloe beach. Duduk-duduk di sana, dan mak kita suka. Walaupun pagi, ramai kat sana. Ada yang jogging, mandi, duduk-duduk sebelum pergi kerja. Di pantai tu ada banyak sculptures, dan pagi tu masa kita sampai ada lah pekerja yang tengah turunkan sculptures dari lori. Tengah lap-lap barang pameran dan bersihkan. Kitorang duduk di sana sampai pukul 9 pagi, lepas tu jalan naik kereta di Fremantle dan sepanjang pesisir pantai sebelum balik ke Bentley. Tengah hari tu siap-siap untuk majlis graduasi. Kena datang awal sebab nak ambil gambar di Blue House. Lepas tu barulah ke UWA untuk majlis graduasi. Kita jumpa classmates dan kawan-kawan yang lain. Terima kasih yang datang dan berikan hadiah. Ada yang datang, tapi kita tak sempat ambil gambar pun dengan dorang.

27 Mac, Khamis
Hari ni berjalan di Perth City. Kita gi bank, tapi ada isu sikit dengan akaun dan kena tunggu 24 jam. Kita gi parking kereta di Nedlands di apartment lama kita, dan dari situ naik bas ke Perth City. Kita bawak mak kita naik Clock Tower, naik Blue Cat (bas percuma) pusing city, dan jalan-jalan di city. Beli barang-barang, macam coklat, dan barang dapur. Ada satu set barang dapur, yang ada lebih kurang 80 items. Antaranya pisau, alas pemotong, periuk, dan lain-lain dan semuanya dalam satu kotak. Harganya dalam AUD60 ke AUD80, dan kita rasa murahlah. Jenamanya pun boleh tahan, tak ingat lah apa. Mak kita berkenan, tapi berat dalam 20 kg anggaran kita. Kita tak rasa larat nak bawak, dan kita plan takpelah, beli je. Bawak perlahan-lahan lah nak naik bas nanti. Tak pun, kita gi amik keta jap. Dah fikir-fikir, mak kita kata takpelah sebab tak larat nanti. Kita agak terkilan tapi kita pun tak mampu nak bawak. Yelah, dengan beg coklat yang dah berat ni. Pastu, kitorang beli set pisau dan alat timbang bahan masak. Alat timbang tu, katanya senang nanti nak buat kuih. Hehehehe...Lepas tu, gi makan. Kitorang makan di Shimizu dan makan benda yang sama, Katsu Chicken. Mak kita suka sebab ayamnya rangup. Hahaha...baru tau, sedap. Malam tu siap bungkus barang, kemas beg sebab esok nak balik.

Kalau korang tahu kat mana dalam Selangor yang jual Katsu Chicken yang sedap, please roger2. Thanks! |
28 Mac, Jumaat
Hari
ni adalah hari terakhir. Flight dalam pukul 4.10 petang. Pagi tu gi bank dekat
dengan Curtin Uni, gi post office. Kita tak ingat apa nama tempat yang Sarathai
tu, tapi area-area situ, gi beli barang-barang lagi. Mak beli button mushroom,
sebab masa tengah jalan-jalan tu mak kita ternampak sayur segar-segar. Mak kita
memang suka button mushroom, kat Mesia macam jarang ada. Dan kalau ada, agak
mahal untuk kuantiti yang sikit. Kitorang beli sekotak kat dalam Woolies, dan
seplastik di kedai sayur di bahagian luar tu. Bukan main happy mak kita,
hahaha...Dah plan nak masak apa dengan cendawan nanti. Pastu mak kita bungkus
baik-baik cendawan tu, macam balut baby. Kenal dengan cermat. Hehehehe….Tengah
hari tu, beli lunch di Hawker di Crawley. Beli nasi lemak dan mee goreng, pastu
makan di Matilda Bay. Dalam pukul 2 petang, gi rumah Cooper. Kita minta tolong
Alyani hantarkan ke airport. Wani pun ikut sekali. So, petang tu bertolak lah
ke KL. Sepanjang dalam kapal terbang tu kita tidur je, dan bangun bila waktu
makan. Banyak air turbulence dan kena pakai tali pinggang keselamatan. Mak kita
tak tidur lena kot, sebab kita asyik tersedar dia asyik check tali pinggang
kita. Takut kita terbang kot. dan sampai
di rumah dalam pukul 11 malam.
Sedikit sebanyak,
itulah perjalanan terakhir ke Perth dan waktu terakhir kita di Perth. Ada orang
tanya, "Rindu tak Perth?". Sejujurnya, kita tak tahu kita rindu ke
tak Perth. Kita tak rindu orang-orangnya, makanannya tetapi kita rindu alam sekitarnya.
Apa yang unik ialah Perth dekat dengan laut dan sungai. Kita suka. Di Malaysia,
kalau duduk di KL macam susah nak lepak ke laut. Kalau di Perth, dalam 10 minit
drive ke Cottlesloe Beach. Kita tak rindu Perth tapi lebih kepada menghargai
masa-masa kita di Perth. Di sinilah, tahap independent kita diuji
sedahsyat-dahsyatnya. Ada yang manis, dan ada yang pahit. Bila kita tengok
semula, tak sangka kita boleh lalui semua tu.
InsyaAllah, sampai
di sini buat masa ini. See you folks in the next entry. Take care folks!!!
Salam w.b.t.