Monday 30 June 2014

Ice Breaking



Salam w.b.t dan hai semua,

Dalam entry ni, kita mahu tulis pengenalan mcm ice breaking lah. Pengenalan sebab apa tulis blog, apa yang nak dicapai dengan terhasilnya blog ini, dan beberapa perkara yang akan diselitkan dalam entry ni. Wahaha...peliknya rasa. Yelah, mana tak peliknya sebab ini perkara pertama yang patut dikarang sebelum menulis perkara lain. Tak begitu? Hahaha...Takpelah, biar lambat asalkan selamat.

Kenapa tiba-tiba?

Mungkin orang akan tanya, "Kenapa tiba-tiba ko nak tulis blog? Ko tu bukannya vlogger hot macam MatLutfi or bukannya mcm Hanis Zalikha. Tak ngetop mcm dorang. So, what's the point?". Wahahaha…panas!!!...tapi betul pun, bukannya top, cun, cute miut ke hape, tapi kita memang saja nak tulis. Sebenarnya, kita ada dah start tulis sikit-sikit sejak dari Aussie lagi tp kita peram dalam laptop je. Malas nak viralkan (ceh, viral. Muntah hijau semua). Tapi bila dah balik Mesia, rasanya mcm nak kongsi perjalanan kita. Khususnya perjalanan kita mencari tapak untuk memulakan kerjaya yang kita idamkan dan kita yakin pasti akan berguna kepada orang lain khasnya adik beradik kita.

Selain itu, kita hanyalah insan marhaen, tidak reti bercakap sehebat Hilal Ashraf, jauh lagi secun Anzalna, dan tidaklah sesedap suara Najwa Latif. Tapi, kita ada satu perkara yang kita suka, kita suka kongsi cerita. Cerita apa? Macam2. Kebiasaanya, kita akan berkongsi cerita dengan orang yg kita rapat dan selesa secara verbal, tapi semakin meningkat dewasa ni, mcm kesempatan utk berkongsi cerita ni tak sentiasa ada. Yelah, orang pun sibuk dengan hal masing-masing. Yang pernah rapat mesra, mungkin dorang pun dah jauh. Yang tengah belajar, kena belajar. Yang nak kawen, siapkan majlis kawen. Yang tengah mencari rezeki, kenalah bekerja.

Berbalik kepada cerita, cerita tu bukanlah sekadar cerita. Mungkin panduan, tips and tricks, motivasi (over tak, motivasi?), pahit manis, dan macam-macam lagi. Dalam kehidupan ni, setiap orang ada manfaatnya kepada orang lain. Cuma kita semua tak tahu siapa yang akan memberi manfaat, dan siapa yang akan terkesan dengan apa yang diberi. So, penting sekali untuk kita semua berusaha menjadi orang yang bermanfaat tak kira tempat, masa, dan juga orang di sekitar kita. Berdasarkan ini, kita pun buatlah blog ini. Lagipun, bukan kena bayar pun kan? Hehehe….

Apa yang nak dicapai?

Melalui blog ini, kita tidaklah mahukan apa-apa. Cukuplah sekadar tempat untuk kita menulis apa yg kita lalui, dan harapnya dapatlah tolong sikit-sikit orang lain. Selain itu, kita harap bila-bila masa kita susah, senang, dan pada masa akan datang, kita boleh datang kembali dan baca apa yg kita tulis untuk mencari pengajaran. Yelah, kehidupan ni bukannya sentiasa senang dan gembira, ada masanya yg kita akan jatuh terhenyak sampai hilang semangat. Kadang-kadang, ada masa senang yang mungkin akan diuji Allah dengan kealpaan. Yelah, diri kita pun bukanlah sentiasa dikelilingi dengan orang yang saling ingat-mengingati. So, ini macam peringatan dan seperti anchor untuk kita sentiasa behave. Ibaratnya seperti layang-layang, kalau terbang bebas serta talinya terbiar tak dikawal, mungkin petaka yang akan menanti layang-layang tu. Misalnya tersangkut di pokok, terputus talinya, dan lain-lain. Of course, rujukan utama umat Islam adalah Al Quran dan hadis, bukannya blog ya.

My Little Pit Stop?

Seperti yang semua tahu, kehidupan atas dunia ni adalah sebuah perjalanan dan akhirat adalah perhentian yang paling muktamad. Berdasarkan ini, kita namakan blog ni "My Little Pit Stop". Ia adalah tempat perhentian kita sebelum meneruskan perjalanan. Macam R&R sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan lah. Kalau seorang driver memandu dari Kedah ke Johor, mestilah berhenti kat mana-mana R&R untuk solat, gi toilet, makan minum, rehat jap sebelum teruskan perjalanan. Kalau drive straight, tak henti-henti, itu bukan manusia namanya. Mungkin kereta kuning yang tiada pemandu di Lebuhraya Karak. Kasi seram sikit, wahahaha...Seperti itulah ibaratnya.

English atau Bahasa?

Dalam blog ni, kita tak tetapkan secara spesifik nak tulis dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Pada awalnya macam nak tulis dalam BM je, tp mcm ada sesetengah perkara itu lebih sesuai ditulis dlm Inggeris juga. So, it depends. Anyway, I will prone to write in English as a measure to improve my English. Sebab kita nak tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris kita yg mcm hampeh ni dan belajar vocabularies yg lebih santai dan kasual. Sebelum2 ni lebih kepada bahasa akademik dan teknikal. Yelah, kalau jumpa org awam, takkan mahu nak cakap bahasa teknikal. Mahu tercirit orang yang bercakap dan orang mendengarnya. Hahaha...

Berapa kali update nanti?

Kita tak dapat nak kasi tahu secara tepat berapa kali kita nak update blog ni. Bergantunglah, ikut kelapangan. InsyaAllah akan cuba update selalu. Tetapi kalau ada soalan or nak tanya khabar(wahahaha), boleh je contact via facebook or email. Tiada masalah.

Ok, itulah sedikit sebanyak pengenalan dari kita. Harapnya dapatlah idea sedikit sebanyak apa yg kita cuba sampaikan. Sekiranya ada salah silap, mohon perbetulkan kita secara berhemah ya. Tak semua orang sempurna walaupun secara zahirnya nampak sempurna. Ok, take care dan Happy reading guys. Hopefully you will get something from here.

Salam w.b.t.

Thursday 26 June 2014

Servis Samsung Yang ****


Salam w.b.t dan Hi, Folks.

Apa khabar semua? Alhamdulillah, kita secara fizikal, OK setakat ini. Cuma dah hampir tiga minggu mengalami mental torture yang sangat menyeksakan dan menyesakkan. Hal ini berkaitan dengan nama company kat tajuk itu, ye, SAMSUNG!!! Ok, ini bukanlah hal mencari kerja dengan Samsung. Ini hal berkaitan dengan peti ais Samsung kat rumah kita yang rosak dan khidmat pelanggan Samsung yang suck tahap lubang jamban.

Peti ais di rumah, yang berjenama SAMSUNG ni rosak pada 6 Jun (Jumaat) yang lepas. Peti ais ni jenis side-to-side door dan macam produk keluaran baru. Warranty nya setahun. Masalah dengan peti ais kita ni adalah freezer nya tak sejuk, dan semua makanan dan lauk mencair. Suhu freezer range sepatutnya -14 ke -25 degree C. Dan bahagian fridge nya adalah 1 ke 7 degree C. Mula-mula bahagian freezer yang suhunya meningkat naik ke 25 degree C, kemudian merebak ke bahagian fridge. Untuk makluman esoknya iaitu 7 Jun (Sabtu) adalah IELTS Exam. Kita takdalah terganggu sangat, tetapi emak kita terganggu. Yelah, risau sebab beli bukannya murah dan dalam tu banyak lauk. Lauk pauk tu bekalan untuk bulan Puasa sekali. Bila dia risau, sedikit sebanyak kita pun risaulah.

Sabtu, pergilah kedai Cina yang tempat beli peti ais tu tapi tutup sebab Birthday Sultan. So, tunggulah hari Isnin. Sementara menunggu tu, belilah ais batu satu beg. Beli masa tu dari kedai Fajar Indah, harganya RM4.00 satu beg. Pastu angkatlah ais masuk rumah, kemas lauk masukkan dalam kotak, dan susun dengan ais yang dibeli. Hari Isnin tu, buat report dengan dealer. Dia kata dalam seminggu, technician Samsung akan datang ke rumah untuk betulkan peti ais tu. Kena tenchnician dari Samsung yang datang sebab peti ais tu masih dalam warranty. Masa tu, "Oh my, seminggu tu lamanya". Tapi terpaksa jelah tunggu, dan dari Isnin sampai Jumaat tu, beli ais setiap hari untuk sejukkan lauk. Tak tahulah korang faham ke tak situasi ni, setiap hari keluar, naik kereta ke kedai, waktu petang yang panas, pastu balik rumah, angkat ais masuk rumah, kemas ais dalam kotak yang mencair, dan masukkan ais yang baru kemudian lap lantai. Ais tu berat, dan bukannya ada orang laki untuk mengangkat. Situasi ni berterusan dari Isnin sampai Khamis. Pastu hari Jumaat tu, orang Samsung tu tak datang juga dan kitorang call dealer Cina tu dan dia kata dah call Samsung Customer Service. Dealer cina tu pulak suruh kitorang call Samsung. Kitorang pun call lagi Samsung Customer Service, dia buat report number dan blah blah blah, explain masalahnya. Sekarang ni, dia keluarkan report number yang pertama. Tunggu tiga hari bekerja dan technician akan attend the problem. The Heck!!! So, tunggu lagi sampai minggu berikutnya.

Kita tak boleh tahan dah, mak kita pun cakap kena buang je lah lauk-lauk ni. Weyh, mahal dan banyak tu. Tak taulah kalo orang banyak duit, ni masalah kecik kot. Sabar kita pun dah menipis, baca servis manual pun tak membantu. Kita google, dan jumpalah satu cara yang mungkin boleh dilakukan. Mengikut pembacaan kita, tutup suiz dan biarkan ais mencair secara manual untuk 12-24 jam, lepas tu baru on balik suiz. Kita pun buatlah macam tu dan tunggu. Esoknya, mak kita kemas la peti ais sebab dah bersemut dan basah sikit kat bahagian dalam. Lepas tu, on balik. Dan suhu peti ais menurun gradually dan berada dalam range yang sepatutnya. Masa tu, happy sangat. Mak kita pun lega, dan kita pun harap tak berulang lagi masalah ni.

Hari Isnin, Selasa, dan Rabu, orang Samsung takde call kitorang balik. Hari Isnin, Selasa minggu kedua tu, kita sangat busy menguruskan beberapa perkara di KL. Hari Rabu tu, suhu peti ais dah start menaik. Macam kali pertama. Call Samsung untuk semak progress report pertama kitorang. Samsung Customer Service (SCS) tu check, tanya balik kitorang, "Eh, technician tak datang lagi ke?". Kita macam, "Apalaahh lurus bendul dorang ni". Mengikut sistem dorang yang canggih tu (kononnya), job dah cancel katanya customer suruh arrange hari lain. Amboih, hangin sungguh kita. Entah bila pula technician call, entah bila kitorang cancel. Bila tanya SCS, bila technician call, dengan siapa dia bercakap, nombor apa yang dia call, semua tak dapat jawab. Kantoi!!! Pecah tembelang dan busuk sungguh bau tembelang tu. Bagi meredakan keadaan, SCS tu pun buatlah report yang kedua dan suruh tunggu tiga hari bekerja.

Hari esoknya, kita call lagi untuk track the progress. Kot tiba2 job cancel. As expected, job cancel dan reasonnya sama, katanya client cancel the job dan suruh schedule hari lain. Menyirap sungguh darah, tapi kita masih boleh kawal lagi nada suara walaupun dah agak tinggi. Kemudian, mak kita yang bercakap dengan SCS dan mak kita luahkan segala rasa tidak puas hati. Itulah, masa call, faham, faham, faham, dan faham tak kesudah. Tapi, habuk pun takde. So, tunggulah lagi tiga hari bekerja. Kita pun decide, buatlah lagi sekali, tutup suiz peti ais tapi kali ini, buat 24 jam untuk cairkan ais secara manual. Sebelum ini, 12 jam. Ini macam reboot balik peti ais la. Mengikut pemahaman kita, kita rasa ini masalah defrost dan kena buka panel belakang peti ais untuk check apa masalahnya. Tapi, tidaklah kita berani nak buka, kot macam tikus membaiki labu. Beberapa hari lepas tu, call lagi dan respon yang sama, "Technician tak datang atau call ke?". Kita rasa macam nak terajang dinding tapi kita cakap, "Tak, apa masalahnya". Panjanglah kisahnya, dan setelah disemak dengan sistem yang canggih bebenor, job cancel, reason yang sama. Memang cekap dan bagus servisnya. Buatlah report yang ketiga, dan disuruh tunggu tiga hari bekerja. Macam dibodoh-bodohkan rasanya. Kali ni, tak cairkan ais dah secara manual. Penat dah.

Tunggu lah, dan kitorang gi kedai dealer dan jumpa dengan taukenya. Hari yang pergi ni, hari Selasa (24 Jun). Pekerjanya, Yip tak maklumkan pada taukenya, Tan pasal masalah ni yang dah berlarutan. Bila kitorang datang kedai, mula-mula cakap dengan Taukenya, Tan. Pastu gi jumpa Yip, kitorang ikutlah Tauke Tan dan bila nampak kitorang, berlari Yip ke arah mejanya dan bukak buku laporan. Taukenya, Tan marah kot sebab cakap Bahasa Cina dan muka ketatnya. Dia kata akan settlekan dan akan call Samsung. Beberapa minit lepas tu, ada orang dari Samsung call. Techniciannya, laki Cina. Arrange waktu akan datang untuk betulkan peti ais, dia boleh datang Khamis. Katanya, Khamis pagi, Rabu tak boleh. Sebab busy dengan appointments lain. Oklah, Khamis pagi. So, tunggu la lagi sehari.

Hari ini (Khamis), pukul 10 pagi, kita call suruh adik kita cakap untuk check dia akan datang ke tak. Technician cina tu kata, dia baru nak ke office dan semah schedule. Petang ni, lepas pukul 1 petang, baru boleh datang. Kita macam, nak menyumpah dalam hati. Kalau dia keluar tepat 1 petang, kita anggarkan pukul 3 petang baru nak sampai. Itu pun kalau sharp keluarnya. Entahlah, kita dah bosan. So, tunggu lah. Itu pun tak pasti kalau dia datang ke tak, kot petang karang dia kata "Owh, busy lorh. Kena datang esok lorh". Memang kita akan harap SAMSUNG akan gulung. Kita bengang sangat sebab menyebabkan perjalanan kita nak balik kampung di Pahang tertangguh-tangguh. Kita memang nak balik, kesian kat Wan dan Atok, asyik call. Entah bila dapat jumpa sebab nanti tak lama lagi nak mula kerja, dorang ni bukannya makin lama makin muda. Makin lama makin tua. Tapi Samsung punya masalah ni menyusahkan hidup. Selain itu, nak call lagi tanya, sepuluh kali sekejap call. Kalau call, cakap explain masalah dari A sampai Z. Pastu, report number, dengan SCS asyik faham, faham, faham, faham, dan faham. BOSAN!!!

Pengajaran dari kes kita ni, pastikan korang tahu perkhidmatan pelanggan tu bagus ke tak sebelum beli barang. Masa beli, memanglah semua bagus. Bila dah dapat duit kita, semua jadi haprak. Cakap tak serupa bikin. Hampeh.

Ok, tu jer setakat ni. Maaf sebab entry ni agak kasar, disebabkan emosi yang agak terganggu. Take care, folks. Salam w.b.t.

Sunday 22 June 2014

Oh, My English!


Salam w.b.t and Hi Folks.

How are you guys been doing? I hope everything in your life go well.

Recently, I took an IELTS exam. I would like to share my opinion on English language and how I have been doing so far. In this entry, I will write in full English although it is a little bit difficult for me. I will tell you why. Normally, I use English to write the academic reports, emails, and other formal communications, not in a casual writing. So, it is a bit odd and I hope you will get the message.


My recent IELTS result. Alhamdulillah, I successfully meet the target.

The first time I took the IELTS exam was back in 2010, a few months before I departed to Australia to pursue my studies. At that time, I was pretty intense to meet the target set by the university as well as my sponsor. The fee of the exam was RM600 and paid by the sponsor. If the students do not meet the target, they will either take another IELTS exam, pay by their own, or stop dreaming of going to Australia. So, at that time these factors drove me to do my best in the English exam as I do not want to disappoint myself as well as others. Somehow, I managed to meet the minimum target (the minimum was 6.5) and I was so relieved. Some of my classmates were not so lucky and they have to take another IELTS exam. Some of my friends who were unlucky even questioned me how I managed to pass and asked me for the tips to score in the exam. It was peculiar they asked me these questions because I was not the top scorer in the class. I said to them, "Hey, why don't you ask XXX, I believe she scored the highest band among us". Although I said this many times, some of them still approached me with these questions. I don't know why, maybe they thought I have some kind of magic spell and wished me to spill the beans.

When I started my studies in Perth, I realised, English was is no longer a medium or tool to assess whether the student is suit to study abroad or not. Instead, English is a necessity to live in foreign country, like food. Human eat food to live, right? Therefore, I used English to survive, sort of. You know what, it was really difficult and exhausting as Bahasa Malaysia is my mother tongue. Plus, the Australian accent was so weird and difficult for me to understand as I was a foreigner. 

In the beginning, I said to myself, "Don't worry, I have a lot of Malay friends and they will assist me to do my assignments. No need to mix around with other foreigners as it will be very difficult". Unfortunately, it turned out not to be what I expected. In the first semester, I had a lot of group projects which involved many students who were more senior, like final year students. Plus, the seniors were so unhelpful and they expected the student like me, to understand quicker although they explained it once. To make things worse, they preferred less meeting and do more individual tasks, and compile the tasks before the due date. I believe this due to most of them were working/part-time students or distance-learning. Other Malays friends were not so helpful as I expected, as they also have their own stuffs to be taken care of.

Since then, I decided I have to do something. Otherwise, I will be screwed up. Frankly, it was very hard to change my mindset and to overcome my shyness when communicating with people in English. Some of the measures I took were, I made friends with other international students and try to approach my group mates as frequent as I can. In the process of making friends, I am glad I befriended with very good people and they became the most reliable colleagues I ever had until my final day in Perth. I am not saying I had ten or twenty international friends, but I had at least five friends who I can rely on. They helped me with my assignments, meetings, presentations, and also widen my social circle. The obvious one was right before the day of thesis presentation. They created a group of final year students and practice the speech in front of others. I was unprepared, no written speech and uncompleted presentation slides. They took it easy, correct my slides, and helped me with my speech. A few hours before the thesis presentation, my good friend invited me to her laboratory and I did the rehearsal in her lab. Several strangers were there, but they helped me although they I did not know them. At that moment, they knew speaking in English was my weakness, nevertheless, they helped me after they laughed their heads off. Hahaha...that was fine by me as long as they helped me and they were very nice.

A few months ago, I accompanied my mother to Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) to settle several things. While waiting for my mother's turn, we jumped into a woman around 50 years old. The woman said hi to us first and introduced herself. She works with SHELL, and as soon as she mentioned the name of her workplace, I was excited. Maybe I could ask her business card and keep it for my future reference. Actually, she is not an engineer, or accountants, or mangers. She is the host or MC for any events held by Shell. It disappointed me a bit because I would love to know more about the engineers in Shell, but that was fine. We talked about several things, like MH370, Shell, Oil and Gas industry and others. When my mother left us to proceed to the counter, the woman spoke with me in English. I was unprepared. After a few minutes, she criticized me and said, "Shell want to hire people with very good command of English and I can see your English is not really good". The statement was bitter but I just kept smile and shut my mouth. After a few moments, she said good luck with my job hunting and she left. I said to myself, that stranger was cruel. She barely know me for several minutes and she criticized me, subsequently made me feel demotivated. I told my  mother about this and she said, "Of course she think her English is very good, as her job is to speak with people. What else to expect,". It soothed me a bit and yeah, I agreed with my mother as engineers as good command of English will be sufficient. Unlike the speakers, they will need to have a PERFECT command of English. However, it does not mean I will keep my English at poor level until I die.

During the job hunting, I attended several interviews, career fairs, and also educational trips. I have met and talked to many engineers and the recruitment people. From that, I could see the performance of speaking skills as well as my English. I want to share what a recruiter said about English when I attended the job interview. There was a time when the recruiter criticized in public about the candidates' ability to converse in English. He was an Australian, from Adelaide and he has been living in Malaysia for 20 years. In the room full of the candidates, he said, "Honestly, I would say none of you can speak English very well. None! However, the company is not looking for a person who is perfect because nobody is perfect. We are looking for people who are willing to learn and improve to become better". According to his statement, I can draw one important message. I believe it is alright if you are not able to speak like a native English speaker. The most crucial thing is you must have a willingness to learn and improve, which would make yourself invaluable.

Some of the candidates also asked me about how to speak English fluently. Maybe they asked me because they think I can converse in English excellently. My answer to their question was, " I am not a good English speaker. However, I must speak in order to convey my message regardless in Malay or English. So, the most important is to not to be afraid to speak and be brave to speak loudly (I realised my voice is so loud when I speak to people. Haha..)". In my opinion, just speak in English and do not worry about the grammar or vocabularies or accent. After you gain the courage to speak, then you should start to worry about the grammar, vocabs, and accent (if you want to have British accent, hahaha. I tried and I failed terribly). Before I go back to Malaysia, I had a final meeting with my Australian friend. She was like a family to me and I always come to her house every week. She reminded me to keep improving my English, otherwise my three years in Australia will be a waste. After I got back to Malaysia, I tried my best to do what she said and I often said to my sisters, similar thing.

In a nutshell, the key to have a good command of English or other languages is to keep learning, improve, and practice it. Do not let the shyness stop you from speaking, if not you will gain nothing. Honestly, I am not the best person to give this advice, however I hope it will help for those who need advices. Apology for many grammar mistakes in this entry, nevertheless, I hope the readers will understand my message.

I think that's all for now. As usual, take care of yourself and see you guys in the next entry. Before that, below is the video I hope you love it and also be brave after hear this song. Salam w.b.t.



Thursday 19 June 2014

Jiran Yang Tiada Timbangrasa


Salam w.b.t dan hai semua.

Apa khabar anda di sana? Saya di sini bebaik saja. Masih menunggu dan bersabar dengan setiap yang berlaku serta berdoa yang terbaik. Wahaha….Harapnya korang semua pun dalam keadaan yang baik dan cun-melecun sentiasa. Kali ini kita mahu bercerita tentang jiran. Yes, JIRAN! Macam random je topik ni kan? Tidaklah random sebenarnya, memang serius nak cerita pasal jiran dan pengalaman hidup berjiran neyh.

Pada pandangan korang semua, apakah maksud jiran? "Hekeleh, kacang kuda je soalan tuh. Jiran tu maknanya orang yang duduk dekat dengan rumah kita lah", komen seorang pembaca sambil tumbuk meja sebab menjangka soalan yg lebih mencabar minda. Oklah, betul la tuh tapi kurang tepat. Ingat tak dulu masa kecik-kecik belajar kat sekolah yang jiran bermaksud (lebih kurang ginilah), "Jiran ialah orang yang berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, kiri, di depan atau belakang mahupun di tingkat atas ataupun bawah hingga 40 rumah dari setiap sudut". Lepas kita tau definisi, kita pun belajar pasal jenis-jenis jiran, ciri-ciri jiran yg disenangi, adab dengan jiran, dan macam-macam lagi kan. Ingat tak? Kalau tak ingat, tolong kurung diri sendiri dalam bilik dengan buku teks agama Islam dalam bilik selama mana yang boleh. Hahaha...takdelah, gurau senda ja. Sebenarnya banyak yg kita belajar pasal jiran ni dan boleh diaplikasikan terus ke dalam realiti serta amalkan sepanjang hayat. Bukannya susah pun sebenarnya, kalau tak belajar pun boleh guna common sense dan akal yang dikurniakan Sang Pencipta. Mudah sebenarnya kalau nak disimpulkan dalam satu ayat, "Layan orang seperti mana anda mahu dilayan". Simple kan?

Sekarang ni famili kita dah pindah ke Batang Kali, InsyaAllah for good. Selama ini dah banyak pindah, duduk di Seri Gombak, Puchong, dan Batang Kali. Dalam setiap kawasan ni pun pindah-randah juga. Biasalah kan kalau duduk menyewa memang takkan tetap kat satu tempat. Sepanjang ni macam-macam  ragam jiran tetangga yang ditemui. Bukan kita experience directly, tetapi mak dan adik-adik kitalah. Sebab kita duk asrama, gi uni dan balik pun sekali-sekala. Kalau kena pun bila balik bercuti di rumah. Sepanjang hidup bermasyarakat ni, hampir kesemua jiran yang ditemui lebih kurang baiknya dari baik. Maksudnya, lebih kurang 80 peratus jiran yang ditemui tidak bagus. 20 peratus, bolehlah dikatakan bagus atau berkecuali. Kita lebih suka bincangkan yang 80 peratus nih. Tak taulah kenapa mereka berperangai sedemikian. Bukannya selang 40 rumah, tetapi sebelah atau depan rumah. Paling jauh pun selang dua rumah dari rumah kita. Nampak tak permainannya di situ? Mana mak aku tak mengamuk kalau dah pekena dek jiran yang "bagus-bagus" nih.

Antara jiran yang 'bagus' ni, depa gi bela kucing beranak pinak letak depan rumah. Mesti korang kata, "Chill lah, bukan depan rumah ko pun". Lupa nak cakap, ni duduk apartment dan pintu masuk bertentangan satu sama lain. Selain itu, pihak pengurusan apartment memang tak benarkan bela kucing dalam kawasan rumah. Lagi pula kucing tu bukan sekor, tapi siap bapak, mak, dan anak-anak dan ada yg tgh bunting. Faham, kucing tu binatang kesayangan Rasulullah S.A.W. Tapi kalau mengganggu ketenteraman awam, bukan tak bagus ke? Time kitorang nak masuk umah, kucing-kucing tu pun beratur nak masuk umah. Pastu kalau terlepas masuk, berlari berkejaranlah kitorang nak kejar supaya tak kucing2 tu tak gi ke arah hamster. Kadang-kadang ada taik depan pintu dan pemilik kucing tu tutup dengan surat khabar. Baunya tak menyenangkan, dan memalukan kalau orang datang umah. Kucing tu banyak, tp semua terkurung dalam sangkar yg sangat padat. Macam kalau orang tengok, rasa macam menyeksa kucing bukannya sayang kucing. Pastu bila kita balik umah, dengar mak komplen2, kita dan adik2 pun decide lah buat laporan. Dah tu nak wat mcm mana? Buat cara baiklah kan, gi hntr report. Report pertama, bertahan 2 minggu je tak silap kita. Dia simpan dalam rumah, pastu keluarkan balik. Kita buat report lagi utk kedua kalinya, dan pengurusan kata kalau ada report ketiga, akan panggil Jabatan Haiwan utk bawak kucing-kucing tu. Lepas tu, yg kita tau kucing-kucing dan sangkar dah takde. Kita assume dorg bawak masuk umah sebab dah kena warning. Lantaklah, yg penting sesuatu berlaku.

Masalah kucing ni tak terhenti takat tu je. Bila dah pindah ke Batang Kali ni, masih ada lagi pencinta kucing yg tak bertanggungjawab dalam kalangan jiran. Rumah kita ni ada kawasan tanah bahagian depan rumah yg ditanam pokok mangga. Kat belakang pun ade lah seciput tanah. Maka, tempat-tempat ni menjadi spot untuk kucing-kucing ni buang air. Pemilik kucing ni macam tak tau malu atau mungkin takde rasa bertimbang rasa. Hal ini dah jadi umpatan jiran-jiran lain sebab mungkin ada najis-najis yg ditinggalkan kat rumah dorg, tetapi memandangkan rumah kita yg paling dekat dengan si pemilik ni, maka mak kita diamkan ajalah. Yelah, nak jaga hubungan lah. Bercakap, masih boleh borak lagi. Ada la sekali tu mak dan adik kita kemas tanah kat depan rumah tu bersih2, mungkin sebagai silent warning supaya jangan kasi kucing2 tu berak sini. Tapi lagi meriah pula. Si pencinta kucing macam butakan mata dan pekakkan telinga. Tak taulah dah nak wat mcm mana. Atok kita datang lawat rumah pun mcm tak tahan, dia gi amik cangkul dan kambus dgn tanah taik kucing tu semua.

Bukan hal kucing je, perangai jiran yg tak meyenangkan pun bnyk. Ada jiran yg renovate umah, bila dah di renovate tmpt parking dorg pun takde. So, kereta gi parking depan umah org. Famili kita ada dua keta, satu parking kat bahagian laman. Satu lg kat luar pagar bawah pokok mangga. Masih lg dlm kawasan rumah kita sendiri. Walau bagaimanapun, org yg renovate rumah ni gi parking dpn rumah kita. Masa sebelum pindah rumah dan jarang balik, takde masalah pun. Tapi bila dah menetap ni, agak-agaklah. Respect lah sikit. "Rileksla tiqah, bukannya masalah besar pun". Memanglah bukan msalah besar, tapi kalau dah berderet keta jiran kat kawasan umah sendiri, tak hangin? Kalau keta kitorg keluar, mcm gi kedai ke, masa balik tiba-tiba ada kereta jiran tu amik spot kitorg. Tak hangin? Nak masuk parking umah sendiri pun susah. Sorg tukang drive masuk parking, sorg tukang tengok sisi kereta kot takut tercalar kereta kita dan langgar keta org. "Duniawi je kereta tu", kata seseorang. Memanglah duniawi, tp kalau dah berpenat lelah bayar duit kereta, tak sayang ke? Kalau langgar keta org, mahu saman-menyaman dan berganti rugi bagai. Sedangkan beli henpon kalau calar pun rasa mcm nak tukar, ni kan kereta. Mak kita selalu mengeluh pasal hal ini, sebab susah nak parking. Hampir setiap hari, dan kita sebagai anak ni dengar je lah. Tp kalau dah setiap hari dgr komplen dan takde tindakan diambil, panas jugaklah punggung ni. Maka kita suggest mak kita suruh tinggalkan nota. Mcm kalau di Aussie, sesetengah laman rumah org tu akan tulis, "No parking on the verge". Kita nak buat lebih kurg macam tu la tp mak kita mcm takut, risau rosakkan hubungan dan dipandang serong. Kita suruh mak fikir, nak buat ke tak. Kalau nak, kita buatkan dan letak atas kereta dorg. Sehari dua lepas tu, mak kita kata buat je lah tp tulis baik-baik. Maka, kita pun tulis dan letak atas kereta jiran tu. Kita pun ckp kat mak, kot kalau jiran tu dtg persoalkn, biar akak yg keluar dan bersemuka. "Waah, beraninnya ko tiqah!". Banyaklah beraninya, takut gaklah tp kuatkn semangat je lah. Lagi satu kita ckp kat mak, "Kalau org tu bertimbangrasa dan ada akal, dia takkan dtg marah kita. Akak dah tulis sehabis baik dah". Esoknya, semua parking elok-elok kat depan rumah masing-masing. Tetapi, hubungan mak kita dgn nenek dlm rumah tu dah tak mesra la. Kalau dulu nenek tu selalu dtg berborak, skang ni dah tak keluar rumah dah. Padahal, hal ini bukan libatkan dia, tp anak-anak dia. Cakap kat mak kita, buat biasa je lah. Kalau nampak, tegur. Tpi kalau baik in terms of berborak dan bergelak tawa, tp sampai tak boleh ditegur dan takde manfaat hubungan baik tu, tak payahlah. 

Ini nota yang kita letak atas kereta jiran tuh. Kurang ajar? Dah cuba sebaik adab yg boleh dah.

Ada lg jiran yg bersikap seperti, "Ko tak boleh lebih dari aku". Bila lebih, dia akan cuba lawan dan buat macam-macam utk sakitkn hati kita. Padahal benda bodoh-bodoh je, pada pndgn kita lah. Mak kita kenal kakak kepada suami jiran tu, sebab satu tmpt kerja. Kakak dia dah warning sejak sebelum pindah lagi supaya berhati-hati. Kita pun tak tau hati manusia ni, betullah kata pepatah, "Rambut sama hitam, tp hati siapa tahu". Tp rambut pun dah beruban, perangai hampeh. Kita pun tak tau apa yg lebih nya, tp kalau org dah sakit hati ni, siapa tau. Buang sampah ke dalam laman rumah, buang puntung rokok ke dalam laman, pagar rumah kena spray, kereta terjulur dan menghalang keluar masuk, dan meludah ke dalam kawasan rumah. Ini apa yg kitorg nampak, bukan reka-reka. Mak pun ckp kat bahagian sebelah keta ada kesan cucuh rokok. Selain tu, ada masa tu angah duduk kat bangku dpn rumah. Tiba-tiba bunyi org bersedia buang ludah, "Hak tuih", suatu lendir melompat dari arah rumah belah kiri landing dekat dengan kereta. Angah pun terkejut badak dan terus berdehem. Jiran tu tak nampak ada org kat situ kot, sebab tu seronok je meludah. Mungkin dah biasa buat, tp kali ni terkantoi. Hambek ko! Terus angah berlari masuk rumah ckp kat ak dan mak ak. Ini bukan anaknya yg meludah, tp bapak dia. Weyh, umur nak senja dah kot. Perangai, hancor! Bila berdiskusi dgn mak dan angah, tengok balik pagar rumah dia bukannya rendah. Kalau nak meludah, kena amik bangku atau jongketkan badan utk lepasi pagar tu untuk meludah. Nampak tak usaha di situ? Entahlah, mak kata kalau ada nampak lain kali, tegur je terus biar sedar sikit org tua tu.

Itu lah antaranya perangai yg ditemui bila hidup dlm masyarakat ni, tak semua baik. Bila kita dok jauh dari rumah, dengar mak cerita sekali sekala mcm tak rasa lah effectnya. Asyik cakap, "Sabarlah mak, sabarlah mak". Bila dah duduk sekali, tengok, dan rasai sendiri, mahu hilang sabar. Lagi satu, dorg ni takde rasa HORMAT pd org lain. Kita fikir faktor utama mungkin dalam rumah kita ni semua perempuan, takde org laki, maka semua berani buat suka hati. Macam, "Alaa, pompuan. Apa nak ditakutkn?". Wah!!! Ak fikir, doa org teraniaya dan anak yatim ni, bila bergabung ni direct terus pada Allah. Kita pun sbg anak sulung, kena kasi ikhtiar dan berani utk selesaikan masalah. Kalau nak tunggu org laki, kena tunggu aku kawin atau adik2 aku kawinlah. Tak boleh nak dibuli-buli dah mak kita dan sesuka hati je nak pedajal org. Korg yg mungkin tak rasa duduk masyarakat, mungkin tak tahu dan tak faham. Tp nanti bila dah kerja, duduk jauh dgn keluarga, dan hidup bermasyarakat ni, akan nampaklah sikit demi sedikit. Kalau korg dok banglo, pagar tinggi-tinggi, dan jauh dari kejiranan, tu lain cerita lah. So, sebagai jiran kalau anda ada kucing, jaga elok2. Takde sapa marah bela haiwan peliharaan selagi anda jaga elok-elok. Pastu perangai tu, cuba molek-molekkan supaya disenangi org. Guna common sense dan treat others like how you want to be treated.

Oklah, itu je pasal entry ni. Take care and salam w.b.t.

Monday 16 June 2014

Job Hunting - Chapter 3



Salam w.b.t and hello, Folks.

Apa khabar? So, how is your life so far. Harap-harapnya semua masih dalam keadaan terkawal. InsyaAllah kita akan kongsi pengalaman kita dalam mencari pekerjaan. Ini Chapter 3 ya. Boleh klik di link berikut sekiranya anda miss entry sebelum ni, Chapter 1 dan Chapter 2, jemput baca ya. 

Ketujuh: MFM

Ok, yang company ni kita apply melalui Mudah.my yang iklankn O&G Technical Engineer. Kita kasi tahu awal-awal la, company ni lah yang menyebabkan semangat kita hancur dan sehancur-hancurnya. Sejak itu, kita decide nak pindah rumah dari Puchong dan duduk dengan mak kita di Batang Kali. Sebelum ni family kita duduk di Puchong tapi mak kita pindah ke Batang Kali dalam awal bulan April, lepas balik dari Perth. Kita decide nak tinggal di Puchong, dengan alasan dekat dengan KL. Sejak saat itu, kita pun dah buat keputusan untuk teruskan dengan apa yang kita ada. Nanti kita kongsi apa yang kita ada. Kita memang dah tak boleh nak cope dengan penangan dari company ni. Kita akan cerita every bits and details utk pengalaman ni, sebab kita ingat setiap saat ni. Bukanlah berdendam, tapi terkesan jugalah dalam hati. 

Rabu – Dalam pukul 10-11 pagi, kita baca iklan di Mudah.my untuk cari O&G Technical Engineer dan kita pun apply. Hantar resume melalui emel. Dalam pukul 2.30 ptg pada hari yg sama, kita dapat call. Perbualannya lebih kurang macam ni ye;

Caller: Hello, sy nak bercakap dgn cik siti nor atiqah

Me: Ya, saya bercakap

Caller: OK, awak nak kerja tak?

Me: (Dalam hati, of course lah nak, tp entah sapa2 call. Tak introduce diri ke apa). Ya, saya tgh cari kerja lagi ni. 

Caller: Ok, awak ada apply kat Mudah.my kan? Kitorang nak kasi awak kerja berkaitan dgn facility management. Kalau dah ok, baru hantar ke KLCC. 

Me: Oh, ok. Tapi, bukan kat iklan tu O&G Technical Engineer ke? Kenapa tukar?

Caller: Eh, awak nak kerja mcm tu ke? Tapi perempuan susah la sikit.

Me: (Kita mcm bengang lah, iklan lain, cakap lain. Lepas tu, reason nya “perempuan susah la sikit”. Nampak mcm kebodohan terserlah di situ). Kenapa ye perempuan susah la sikit?

Caller: Erm, erm..kejap ye, sy tanya boss sy.

Me: Ok, tiada masalah.

**** (Dalam seminit dua tunggu) ****

Caller: Macam nilah, awak dtg interview dulu. Awak bila boleh datang? 

Me: (Dalam hati, ape ke hal org ni? Dia lah tetapkan masa, mcm main2 pulak). Ermm..

Caller: Esok, boleh?

Me: Esok? Ok. Pukul berapa?

Caller: Pukul berapa awak boleh datang?

Me: Erm… (sambil berfikir waktu yang sesuai)

Caller: 10.30 pagi, boleh?

Me: Ok, 10.30 pagi.

Caller: Ok, esok ye. Bawa sekali updated resume awak sbb yg sy ada ni tak lengkap mcm status perkahwinan ke. 

Me: Di mana ye nanti interview? (Kita memang ada apply, tapi bukanlah satu company je. Banyak, so tak ingt sgt nama company).

Caller: Alamatnya ada di website mudah.my, awak ada apply kn? Kat situ ada alamat.

Me: Ok, sy nak tahu saya bercakap dgn siapa ni?

Caller: Oh, saya Azlan. 

Me: Ok, jumpa esok pukul 10.30 pagi.

Dari perbualan telefon, kita rasa mcm tak professional langsung “Azlan” tu. Macam cakap dengan budak-budak sekolah. Dahlah tak perkenalkan diri, pastu tanya, “Awak nak kerja tak?”. Soalan apa mcm tu. Other than that, I can sense the gender discrimination or sexism practice in the company. Kita memang pantanglah kalau ada yang sexism ni, takkanlah nak tukar jantina semata-mata nak kerja sebagai engineer. Lagi satu, selama kita dipanggil interview, kita tak pernah la pula tetapkan hari apa, pukul berapa nak datang. Orang HR tu lah tetapkan berdasarkan availability of his boss, dan baru tanya kita boleh datang ke tak. Bukan sebaliknya, lagipun bukannya kita ni bukan sesiapa out of the blue pop up at someone’s office. Kita pun risau kot ini scam, sebab panggil terburu-buru. Tapi, kita decide untuk datang jelah. Malam tu, buat research dan baca websitenya. Ni macam syarikat yg ditubuhkan oleh bekas pekerja sebuah syarikat minyak di Malaysia. Dalam syarikat tu, ada dua jenis, MFM (management) dan MSR (technical). Yang diiklankan tu, lebih kepada MSR.

Esoknya, kita bertolak dengan mak kita ke Menara UOA, Bangsar, lokasi interview. Kita first sampai di officenya, dalam pukul 10.20 pagi. Tunggu kat lobi dan receptionist panggil Azlan.

Lepas tu, Azlan dtg. Dalam hati kita, padanlah tak nampak professional. Kita anggarkan umur dia dlm 23 atau 24 tahun dan mungkin baru start kerja. Kita ikut je la, dan dia suruh isi borang. Belum duduk lagi, dah tanye kita, “Tau pasal aircond?, wiring ke?”. Kita kata, “HVAC ke? Eh, kita akan bincang masa interview la kan?”. Macam entah apa-apa je, tak study resume ak ke? Job offer pasal O & G, tetiba tnye pasal aircond. Mabuk ke laki ni. 

Borang tu, basically pasal resume kita. Cuma ada lah maklumat tambahan misalnya, pasal adik beradik, nama atok nenek belah ayah dan mak, mcm irrelevant pun kalau letak. Lagi satu, mana lah tau nama penuh atok n nenek belah ayah kita. Kita isi pun seadanya je, dan pada masa yg sama ada beberapa calon lain datang. Dalam 5-6 org, dan diorg pun isi borang dan kita perasan dorang ada borang tambahan. Kita jelinglah nak tengok borang apa tu. Rupan-rupanya, borang tu buat essei, kenapa nak kerja ni, bila boleh start kerja, dan pasal diri. Kita berdoa kita tak dapat borang tambahan tu, sebab memang takde mood nak buat essei pagi-pagi ni. Kita dah siap isi, pastu Azlan panggil suruh masuk interview. Kita pun pergi masuk dengan sangkaan yg boss dia akan interview kita. Bila masuk je, JENG-JENG-JENG…….

Rupa-rupanya dia yg akan jadi interviewer. Hati kita pun masa tu mcm dah tawar, sebab mcm tak rasa seronok. Mungkin kita expect untuk berhadapan dgn boss dia, lebih challenging. Tapi kita teruskan jelah. Azlan tu pegang kertas A4, kita tengok kertas tu macam kertas markah. Untuk pelbagai aspek, macam komunikasi, ilmu pengetahuan, dan lain aspek dari  0 – 9 tak silap kita. Lepas borak-borak dgn Azlan dalam BM, dia pun ckp, “Oklah kita start interview dlm BI ye. Boleh ckp Inggeris kan?”. Kita pun takdelah nak bragging dan kita kata, “Bolehlah”. Dia pulak jawab, “Elleeh, mestilah lagi hebat ckp Inggeris dari saya sebab belajar luar negara”. Kita masa tu dalam kepala otak, memang sahlah budak ni first time interview org, baru masuk kerja, dan tak professional serta tak matang langsung. Dari segi percakapan, mcm kelakar sungguh.

Panjang sebenarnya kisah interview ni, tapi mood kita ni turun naik untuk menulis. Tapi takpelah, kita ceritakan sedia adanya lah ya. Ada tiga interviewers, Azlan, project manager, dan sorang engineer, semuanya laki. Yang dua orang lagi tu datang masa Azlan panggil dorang. Mula-mula Azlan interview kita untuk jadi Facility Supervisor kat KLCC. Kita peliklah, dan cakap kat iklan tulis lain. Sekarang cakap lain. Mana satu yang betul? Dan kita berminat dengan apa yang diiklankan tu. Dia macam, “Eh, yeke? Tapi macam tak sesuai”. Lepas kita tanya beberapa soalan, mungkin dia tak pasti nak buat apa, dia panggil boss dia. Tu yang dua orang masuk sekali dalam bilik tu. 

Pada awal interview tu, ada salah sorang tu sounds macam racist lah. Dia kata banyak applicants yg dari bangsa ***, dia kalau boleh nak amik Melayu. Yelah, mungkin dengan niat nak tolong bangsa Melayu. Kita pun masa tu, instantaneously ckp, “It is not a good thing to differentiate people based on their race”. The point is, kita ni masih outsider dan kalau nak pilih bangsa tertentu untuk bekerja, tiada kepentingan untuk cakap depan kita. Diorang boleh bincang in private dalam office, bukan depan kita sebab kita masih outsider. Bukanlah kita nak kata kita ni pejuang hak sama rata ke apa, tapi tak baguslah nak jadi racist. Selain itu, masa interview tu macam-macam lah ada soalan yang ditanya, macam interview yg biasa. Pasal O&G, BOSET, SOP, etc. Tapi dalam banyak-banyak soalan tu, ada soalan yang terlalu private dan tak rasional untuk ditanya. Antaranya perancangan untuk kahwin (tahun berapa, kenapa macam tu), kenapa nak kahwin sekian-sekian, pandai seni mempertahankan diri ke tak, dan boleh ke kerja di luar kawasan serta beberapa soalan lain yg tak irrelevant masa tu. Itu pandangan kita, ye lah mak kita sendiri pun tak tnya pasal private matters. Masa tu kita jawablah soalan diorang, tapi bila balik rumah tu macam fikir balik, the questions were rubbish. The interview was last for about an hour. 

Dari interview tu, dia suruh kita fikir kita nak ke tak kerja tu. Pastu dia suruh kita call ASAP untuk kasi tahu apa keputusan kita. Kita masa tu mcm, “BANG!!” terasa beban atas bahu kita. Kita fikir, kenapa kita pula nak decide. Adakah maksudnya kita dapat position tu? Sebab at the end of the interview tu pun dah siap explain pasal contract, salary, medical cover, etc. Lepas keluar dari office tu, kita rasa harapan tinggi dan sangat gembira. Kita cerita kat mak, dan mak pun happy sebab ada dapat kerja. Tapi kita pun nervous at the same time sebab fikir kalau ada possibility dapat better offer dari company lain. Sebab masa tu kita tengah tunggu beberapa lagi company lain. 


Lepas fikir2 dan bincang dgn mak, the next day kita call Azlan tu. Tahu tak dia cakap apa? Kita memang tak pernah jangka akan dapat jawapan mcm tu. Kita call cakap kita nak the position. Dia jawab, “Owh, nanti kitorang kena fikir balik. Sebab semalam ada bincang-bincang dengan orang lain. Dorang risau kot HOMESICK nanti”. Masa tu, kita terkedu dan telinga serta hati kita sangat panas. Kita tak melenting, tapi kita cakap, "Ok dan inform kita the outcome later on". Lepas tu kita letak telefon, dan tengok conversation tak sampai 3/4 minit. Kita fikir, “I have done my part, now it is theirs”. Lepas tu, kita baru rasa menyirap. Kita komplen kat mak, “Teruk sangat ke jadi perempuan ni? Takkan nak tukar jantina. Laki tu pun tak professional, kasi alasan macam budak sekolah. At least, katalah dalam perbincangan lagi ke”. Sedap sikit hati, kalau tak dapat position tu pun. 

HOMESICK?? This is rubbish, seriously. Diorang tak study resume kita kot. Personally, kita dari kecik, dah memang selalu pindah-pindah rumah, ikut mak dan ayah dan selalu berulang-alik kampung. Lepas UPSR (12 tahun), kita dah start tinggal di asrama dan tak duduk rumah full time sampailah degree. Hampir 11 tahun. Homesick? You said it to the wrong person, man. Lepas tu, kita memang takde letak harapan supaya dia ambil kita kerja. Kita kalau boleh nak kerja yang tak bertentangan dgn prinsip kita. Antara prinsip kita; (1) No gender discrimination dan (2) Equal opportunities for everyone regardless of their backgrounds (race, religion, politics, etc).

Sebenarnya ada lagi beberapa perkara, tapi kita tak cerita semuanya lah ya sebab tak sesuai untuk dikongsi dengan umum. 

Pengajaran: Lepas interview ni, memang motivasi sangat-sangat rendah. Dia kasi harapan, pastu dia hancurkan dan hempaskan harapan tu. Dari situ, kita buat beberapa keputusan drastic, untuk pastikan kita tak terus lemah semangat. Pengajaran untuk kita jugalah, jangan percaya 100 percent orang walaupun orang tu nampak baik dan innocent like a baby.  

KELAPAN: SUBSEA

Company ni kita apply dari Jobstreet.com but it was a long time ago. Dalam April mungkin, kita tak ingat bila exactly tapi kita tanya calon lain yang datang. Dorang cakap dorang apply dalam bulan April, so kita assume kita apply dalam masa tu. So, dia panggil interview tengah bulan June. 11th June to be exact. Macam ni, petang Isnin tu kita dapat call dalam pukul 6 petang. Kita tengah kemas rumah masa tu, kelam kabut angkat telefon. Yelah, tak expect orang akan call lepas office hour. Orang yang call ni perempuan Melayu, macam biasa, tak perkenalkan diri. Just jump to the position offered dan tanya boleh tak datang interview. Kemudian confirmkan alamat email dan expect email dalam masa dua hari. Dia akan emel details of the interview. Kita pun tanya nama dia, dan namanya Fazila. By the way, the position offered was Project Coordinator and Pipeline Inspection.


Esoknya (Selasa), pukul 6.45 petang, baru dapat emel. Tapi kita check emel dalam pukul 8 malam. Kita baca details, dan ok, interview pada hari Rabu, 11 June, 12 tengah hari. Kita fikir, “Owh, Rabu. Ada seminggu lagi, sempatlah nak prepare”. Pastu masa tengah makan terfikir, “Eh, ari ni 9 ke 10 june?” Pastu dengan cekap dan pantas, check email balik. 11 June, dan hari ni adalah Selasa dan 10 June. ESOK! 

Alamak, baju, file, tak study lagi. Lepas tu cepat-cepat iron baju, tudung, dan sediakan file serta print apa yang patut. Malam tu bacalah di website pasal business activites nya sebelum tengok cerita Criminal Minds. Interview, interview jugak. TV series, cannot avoid. Hehe..pastu tidur dan harapnya esok adalah lebih baik dari hari ini.

Esoknya bertolak lah ke Mutiara Damansara, lokasi interview. Kita masuk office nya dalam pukul 11.40 pagi, isi borang dan duduklah tunggu turn interview. Sebenarnya ada lagi dua candidates, sepatutnya dorang start interview pukul 11.00 dan 11.30 pagi. Kita punya giliran pukul 12, tapi delay sebab mungkin orang company tu ada hal. Kita nya turn pukul 12.20 tengah hari dan interview tu dalam 1 jam, sebab kita keluar bilik tu dalam kul 1.30 tengah hari. Kita di interview oleh Technical Manager, nizam namanya tak silap kita. Tak ingat sangat. Dia sorang jer interview kita dan dia pegang marking sheet kat depan dia. Interview ini dimulakan dgn sesi soalan. Dia tanya, kalau kita ada soalan pasal company dan the position being offered. 

Kita ada tanya soalan, pasal job nature, apa yang dibuat, work in office or onsite, career development dan beberapa lagi. Sambil-sambil tu dia pun explain pasal company, role dia, dan jawab soalan kita. Lepas tu barulah start interview perkenalkan diri kita, pengalaman kerja, kenapa nak join O&G industry, dan banyak lagi. Dia ada juga tanya pasal apa tak dapat-dapat kerja lagi, tak kerja part time ke kat KFC, McD, etc. Pasal kewangan family dan dia turut share “honest” opinion dia. Bagi kita, kadang-kadang honest opinion ni bagus tapi menyakitkan.

Owh, antara jawapan kita kenapa nak O&G adalah sebab kita nak kerja di lapangan (field engineer), travel, dan nak penetrate the industry that is dominated by men. Kita jelaskan pasal ada gender discrimination yg sesetengah company praktis, mcm pompuan duduk kat office. Buat kerja-kerja admin dan bukan teknikal. Kita tak nak macam tu kalau boleh, itu yg kita cakap. Kita turut tegaskan yg di Perth, tiada masalah pasal gender ni. Sebab kita sendiri ada kawan Aussie yg kerja offshore dan dia adalah perempuan. So, what’s the big deal? Dia pun sendiri cakap, pompuan susah lah nak masuk industry ni. Kita dalam hati, “You are narrow-minded man”. Macam mana nak masuk kalau tak diberi peluang. Macam ni lah ibaratnya, orang pergi audition menyanyi dan belum pegang microphone nak nyanyi, judges dah kata suara hang tak sedap. Pitching lari ke laut, vocal hampeh. Padahal tak start nyanyi lagi. Nampak tak ironi di situ?


Masa interview tu dia turut bincangkan pasal perbezaan local and oversea graduates. Antaranya, local graduates have poor communication skills, lack of confidence, dan blah blah blah. Kita tak rasa semua oversea graduates bagus, dan semua local graduates ni hampeh. Ada je yg lagi berjaya walaupun tak belajar di luar negara. Ye lah, cuba baca berita atau majalah atau media sosial. Banyak je kisah orang berjaya. Kadang-kadang, kewangan atau keluarga tak mengizinkan dan banyak lagi faktor lain. Cumanya kita ni tergolong dalam insan yang bernasib baik berpeluang belajar di luar negara. Takdenya, cop ditanggung “BAGUS” bila belajar luar negara dan cop ditanggung “HAMPEH” bila belajar dalam negara. Semuanya berbalik pada diri sendiri. Dan manusia memang suka judge orang lain, so jangan kisahkan dorang. Lantak dorang lah. 


Kerja yang ditawarkan tu lebih kepada administration dan management dan di office. Misalnya uruskan freelancer dan engineers punya accommodation, flight, working hours dan lain-lain. Freelancer ni macam NDT inspector, pipeline inspector, dan employees lain yg kerja onsite. Ada juga terlibat dengan teknikal, buat report le. Kita macam, erm ye lah, “PEREMPUAN = REPORT”. Waktu kerja ni long hours, kerja di office dan from home. Yelah, dah kalau site personnels call suruh beli tiket kapal terbang, cari tempat tidur, dan lain2, dorang akan call bila-bila masa. Selain itu, dia kata boleh kalau nak kerja site, tapi kena masuk kerja office dulu lah. Lama-lama nanti bolehlah berkembang dan kerja di site. Kita macam percayalah, tapi entahlah. Mula-mula ni macam2 la cakap. 

Selain itu, ada juga bincang pasal gaji. Kita punya expectation quite high la juga, tapi sesuailah dengan zaman sekarang. Tapi dia kata maksimum yg dia boleh kasi RM2500. Itu max ye. 2-3 tahun lepas, gaji fresh grad, dalam range RM2500 jugak. Takkanlah tak boleh nak naik sikit dalam RM200-300 ke. Takde OT, dan kerja lebih masa tak termasuk dalam gaji. Kita memang dah set gaji yg tertentu atas beberapa faktor. Kalau the outsiders yg baca ni, memang akan judge yg kita ni demanding. Tak sedar diri dan lain2. It is up to you man, it does not hurt me at all. 

Untuk masa ni, kita tak letak harapan sangat. Tak tau lagi outcome of the interview, so just wait and see. 

Pengajaran: Don’t judge people based on what you see, you are not in their shoes. Selain itu, sebagai pihak yang dihakimi kena sediakan mental yang kuat dengar "honest opinion" orang walaupun dorang tu judge a book by its cover. Tak boleh nak halang orang dari judge diri kita, so kena kuatlah ya. Jaga mental dan senyum je. Kalau orang yang tak biasa mungkin boleh mengalir air mata. Syahdu...hehehe...

InsyaAllah, buat masa ni kita ada tiga chapter je untuk kongsi pengalaman kita dalam mencari kerja. Kalau ada lagi, InsyaAllah kita akan kongsi in the near future. Pada masa ini, kita agak sibuk menguruskan beberapa perkara dan agak hectic. Hopefully akan settle dan dipermudahkan Allah dalam masa terdekat. 


Ok, till next time folks. As usual, take care. Salam w.b.t.

Saturday 14 June 2014

Job Hunting - Chapter 2



Salam w.b.t and hi folks.  
 
Apa khabar? Hopefully you are doing great ;D 
InsyaAllah sekarang ni kita akan sambung entry yang sebelum ini pasal Job Hunting. Kalau korang tak baca lagi, bolehlah singgah jap di Job Hunting - Chapter 1 . Hehehe…

Keempat: SEM

Lokasi ini di Shah Alam, bertentangan dengan Proton. Untuk ini, kita tak apply tapi HR dia jumpa melalui jobstreet.com. Dia email kita hari Khamis untuk interview invitation, tapi kita tak dapat emel itu. Hari Jumaat dia call dan kata dia emel dah. Kita rasa dari pagi Jumaat sampai pukul 3 petang itu kita refresh email kita banyak kali. Takde dapat. Penting email itu sebab maklumat company dan masa semua ada dalam itu, tambahan pula masa itu kita tak berapa jelas company apa dia sebut. Petang tu, kita call dan cakap kita tak dapat email dari dia, pastu dia check. Nak tahu apa masalahnya? Dia salah hantar, kita nyer email adalah YAHOO, tapi dia hantar ke GOOGLE.MAIL yang kita tak pernah ada. Lepas tu, barulah dapat emailnya. Nampak tak tekanan perasaan di situ? Melibatkan masa depan, boleh pula salah hantar email. Interviewnya Khamis minggu selepas itu, so ada lah banyak masa untuk study dan prepare apa yang patut.

Company ni basically dari Jepun, pasal semiconductor dan position yang ditawarkan adalah Process Engineer. Ok, boleh lah tu cuba. Khamis pagi tu, pergi lah. Interview start pukul 10 pagi, tapi kena sampai 1 jam 30 minit awal untuk buat test. Kita sampai dalam pukul 8.20 pagi, pastu buatlah test. Antaranya test mata, baca buku nombor-nombor yang bulat-bulat. Ini nak semak kita ni rabun ke tak, rabun warna ke tak. Kalau orang yang pakai cermin mata, tahulah buku apa yang dimaksudkan. Kalau tak tahu, buku tu macam di bawah ni.

Buku warna untuk semak mata

Lepas tu, matematik, tak boleh guna kalkulator. Nombor yang beratus-ratus tu, buatlah tambah, tolak, darab, bahagi. Bukan nombor bulat, ada perpuluhan bagai. Pakej! Dah lama tak kira-kira, biasa pakai kalkulator. Maka agak kekok lah juga masa buat tu. Lepas matematik, biasalah ujian Inggeris. Baca dan jawab. Lepas tu, ada lah macam soalan fizik sikit pasal kereta, kelajuan, dan fius. Soalan yg kita ingat, macam mana nak matikan fius, ada tiga fius. Pastu, ada lah syarat-syaratnya dan situasinya. Yang pentingnya, kita tak tahu jawapan. Kita taram lah cakap buat short circuit. Biar mampus semua fius tu. Hahahahaha…..serabut je.

Yang kita perasan satu benda company Jepun ni, kalau masuk office dorang, kena tanggal kasut kita dan pakai selipar yang disediakan. Sebab masa kita intern pun, macam tu juga. Kita dah siap test, kita pergi face-to-face interview. Kita calon pertama, ada dalam 7-8 calon lain. Tapi dorang tengah buat test, tak siap lagi. Ni interview yang secara tradisional, mengadap interviewers. Ada 4 orang, 1 Melayu (HR), 1 Cina (Process Engineer), dan 2 Jepun (Tak ingat jawatan). Korang tahu tak situasi, macam calon yang nak ditemuduga tapi calon tu tak bersedia. Tapi dalam kes ini, bukan calon yang tak bersedia, tapi si penemuduga tu tak bersedia. Masa dia panggil masuk tu, dorg tengah belek-belek kertas. Kita pun, “Ok, take time. Chill dulu”. Yang ni memang macam skema giler, perkenalkan diri serba sedikit. Dalam borak-borak tu, HR tu cakap, “Eh, awak major in Oil and Gas”. Macam terkejut giler. Kita pun ye kan lah sebab dah memang tertulis atas resume tu. Pastu empat-empat orang tu mcm dah takde benda nak cakap, macam “Krik, krik, krik”. Lepas tu, HR tu break the silence dengan bertanya, “What is your greatest strength?”. Kita macam dalam hati, “Owh man! Come one lah. Cliché nya soalan”. Tapi kita jawab jelah. Ada soalan yang ini, “Why do you want to work with us?”. Kita secara batin jawapannya, “Tak tahu lah sebab korang yang panggil suruh datang interview”. Tetapi secara zahir, kita jawablah elok2. Tak ingat apa jawapannya. Sepanjang interview tu, orang Jepun dua orang itu senyap, sengih, dan angguk-angguk je. Kita tak pasti dorang faham ke tak Bahasa Inggeris. Dah habis interview tu, kita tengok jam, “Tak sampai 10 minit pun interview”. Lantaklah…

Pengajaran: Kita tak pasti lah apa pengajaran untuk ini. Tapi, kita boleh nampak dengan jelas serta terang benderangnya yang interviewers memang tak bersedia. At least, study lah profile calon sebelum interview. Ini bukan pasal calon je yang kena bersedia, tukang tanya pun kenalah bersedia dan sediakan soalan yang membantu untuk pilih pekerja. Cumanya, untuk pihak kita, mungkin boleh start baca pasal fius. 


Kelima: Strand Aerospace Malaysia (SAM) 

Ok, yang ni company ni kita tak nak sembunyikan namanya sebab tiada yang jelik pasal company ni. InsyaAllah, ini pandangan pertama kita. Hehehehe…

Kita mohon untuk join company ni melalui jobstreet.com sebab dia iklankan Strand Graduate Engineer, masuk sebagai stress analysis engineer. Kita terangkanlah serba sedikit pasal company ni ya. Company ni business nya ada menyediakan analisis dan design kepada aerospace industry, mereka adalah consultant. Terletak di Menara Bata, Damansara Perdana dalam 500 meter dari One Utama. Selain aerospace industry, ada menyediakan perkhidmatan untuk design oil rig tapi ini minor business. Major business adalah kepada aerospace dan aeronautic industry. Strand ni asalnya dari UK dan expand their branch ke Malaysia. Pada awal penubuhan, ada 5 orang Malaysian engineer yang buat stress analysis untuk kapal terbang Airbus bahagian sayap, tak silap kita. Lepas tu, Airbus percaya dengan kemampuan diaorang dan kasi lesen sebagai official analyst untuk Airbus di Malaysia dan Asia. So, dari situlah berkembangnya company Strand di Malaysia dan mendapat sokongan kerajaan Malaysia.

Kita mohon melalui jobstreet dalam awal bulan 3, dan dapat reply masa kita datang graduasi di Perth.  Interviewnya mengambil masa empat hari, bermula 2 hari lepas kita balik dari Perth. Kita balik hari Jumaat (28 Mac), interviewnya start Isnin lepas tu. Masa tengok tentative recruitment process sebelum RSVP kedatangan kita, macam dahsyat giler. Setiap hari selama 4 hari tu, akan assess macam-macam. Misalnya Inggeris, communication skills, presentation, group project, etc. Masa tu macam fikir, “Nak ke tak? Nak ke tak? Kalau nak, sempat ke nak buat persediaan utk pergi sebab baru balik dari Perth”. Pastu, mak pun kata, “Takpe kak. Pergi ja, belajar. Tengok tahap kemampuan akak takat mana. Tak payah nak takut”. Hehehehe…lepas beberapa kata pujukan, “Saya pun reply YES untuk be part of the recruitment process”. 

Ok, kita ringkaskan apa yang berlaku sepanjang empat hari ni ya.


Isnin:
  •  Ice – Breaking
  •  Sesi dengan Mr Mad Nor, Training Manager
  •  Sesi dengan Manager, Sir Naguib
  •   English test
Selasa:
  • Group project and presentation
  • Sesi dengan Sir Hafiez, General Manager
  • Mechanical Test
Rabu
  • Sesi dengan Sir Shai
  • Group project and presentation
Khamis
  • Interview
Secara umumnya, recruitment assessment ni menyeronokkan. Kita berpeluang berkenalan dengan calon-calon lain yang ramah dan hebat-hebat belaka. Selain itu, dapat tukar-tukar cerita dengan dorang dan kita rasa kita berasa seronok dapat jumpa orang baru. So, dapat kawan baru. Hehehe…Sepanjang empat hari tu, dapat jumpa dan dengar dari para engineer yg hebat yg kerja di Strand ni. Bukan engineer saja, staffs pun hebat dan friendly. Company ni diterajui oleh Generasi Y, yang membuatkan suasana tempat kerja ni seronok, welcoming, dan ok. Senior-senior pun ada, dari generasi X. Itu first impression kita masa kita mula-mula jejakkan kaki di office mereka. Memanglah kalau dah kerja barulah kenal dan faham situasi sebenar, apa-apa pun first impression is very important, right?

Masa berjumpa dengan engineer Strand ni, dorang memang hebat dan banyak pengalaman dalam bidang aerospace. Selain menaikkan motivasi, kongsi tips dan nasihat, dorang ni pun menghentam calon-calon. Sebenarnya, dorang hentam dulu kitorang sebelum cakap elok-elok. Panas jugaklah telinga bila awal-awal lagi dah kena hentam. Yelah kan, kenal pun tidak, dah sound orang. Masa dengar tu, motivasi dan semangat memang down, dah rasa macam takde harapan. However, at the end of the day, it turns out to be some kind of motivation for myself.  

So, dapat ke tak tawaran dari Strand? Itu soalan yang kita akan jawab di entry lain, sebab jawapannya agak menarik dan panjang. Tak sesuai cerita di entry ni. 

Pengajaran: Cubalah ambil apa saja peluang yang datang, walaupun kadang-kadang kita rasa tak bersedia. We never know what lies ahead, so take it. 


Keenam: GIS

Yang keenam ni, berkaitan menjadi IT Analyst dan bekerja dengan menggunakan software dikenali sebgai Geographical Information System. Company ni, berasal dari US tapi pekerja di Malaysia ni bertanggungjawab beri support melalui telefon, emel, dan lain-lain. Officenya di Amcorp Mall, dan waktu kerjanya dari 6 pagi sampai 3 petang. Kita apply ni melalui website, tak ingat website mana sebab kita hantar je. Tak beri perhatian sangat, sebab masa tu dia tulis fresh graduates are encouraged to apply. Kita pun apply la. Sebenarnya yang iklan kerja tu recruitment agency, dan nama client diorang untuk kerja dirahsiakan pada masa tu. Tak lama lepas tu, a Chinese lady (Vivian) from the agency called me at one evening, on Thursday if I am not mistaken. Dia tanya pasal diri, kerja, boleh kerja tak dari 6 pagi-3 petang. Kita ok kan je, sebab baru screening process je pun. Dia kata, ok kalau kita berjaya kita akan diinterview oleh client dorang, yg HR person dari US company ni. Kita pun, ok kan.

The next day, at a very late in the evening, she called me to inform me the next interview. Tapi through phone je dulu, ye la kita rasa dia nak check fluency of English kita dan kerja nanti pun akan interact melalui telefon/emel/electronic media. 

Interview dengan HR tu hari Selasa minggu selepas itu, dalam pukul 10 pagi. A Chinese lady juga. Dia tanya pasal GIS, kita tak pasti sangat pasal software ni sebab tak pernah guna directly tp Vivian ada kasi beberapa bahan, suruh baca sebelum interview. Kita pun dah baca, dan jawablah semampunya. Pastu tanya pasal gaji dan waktu bekerja. Dia tanya boleh ke kita kerja dari 6 pagi-3 ptg. Kita sebenarnya takde masalah dengan waktu kerja sebab antara kriteria kerja yg kita idamkan adalah waktu kerja yg fleksibel. Kita nak elakkan jam, dan Amcorp Mall tu 30 minit je dari rumah kita, kalau tak jam. Cumanya, kita tanya la the lady, boleh tak start dalm 6.15 pagi ke. Pada awalnya kita tak kasi tau reason kenapa nak lambatkan 15 minit, then dia tanya. Kita pun ckplah, “Well, you know what. I am a Muslim and I need to perform a morning prayer. The prayer normally will take 10-15 minutes.” Kita kasi tau lah sebab kita. Pastu dia ckp, “Oh, I don’t think the time can be adjusted because the customer will start call exactly at 6 a.m.” Pastu dia tnye, kalau ambil sesi petang nak? Dalam pukul 3 petang sampai 9 malam, dan kita ok je tapi prefer waktu pagi. Dan waktu rehat adalah one hour utk mana-mana sesi pun. Pastu, kita fikir still akan kacau waktu sembahyang sebab nature of this job ni nak suruh kita duduk di meja waiting for the clients’ call. Dan kalau kita kerja, kena jaga clients bahagian US la. Selain tu, HR tu mcm tak boleh nak tolerate je dan macam rigid la. 

Selain itu, kerja ni kontrak dulu sebab dia akan kasi training 5 minggu dan contract 24 bulan, tak silap kita. Ke 12 bulan, antara dua tu la. Interview tu dalam 25 minit la, dan the lady tu pun mcm tak se-excited awal perbualan setelah kita sentuh pasal waktu kerja tu. Lepas habis interview tu, kita fikir kalau tak dapat pun takpela. Lagipun bukan berkaitan dengan background kita, mcm susah nak faham je. Kita pun bukannya IT savvy. At last, memang dorang tak contact kita semula, tak dapatlah teww. 

Pengajaran: Kita menggunakan peluang ni untuk belajar macam mana process phone interview. Sebelum ni takde pernah buat, so dari sini kita belajar la. Tak rugi pun. 

Ok, InsyaAllah sampai sini dulu Chapter 2. Kita tengah buat Chapter 3, InsyaAllah akan dikongsikan tak lama lagi. Till next time, take care folks. 

Salam w.b.t.

See you at the next pit stop