Tuesday 30 August 2016

Jangan putus-asa



Lelah terasa diri ini sejak dua menjak ni.


Penat berusaha mencapai ekspektasi.


Mengah memaksa diri untuk mendaki tangga kejayaan.


Sering-kali terjatuh, tersungkur, bergolek-golek.


Bukan tak biasa tersungkur.


Bukan tak pernah rasa kecewa.


Bukan tak pernah menangis kerana gagal.


Tapi entahlah.


Setiap peristiwa itu unik.


Bukan boleh kata, "Oh, aku pernah kecewa bulan lepas. Sama ja. Tak payahlah nangis".


Tak sama.


Setiap kali, tak sama.


Penat, memang diakui sejujurnya.


Penat, lelah, mengah memaksa diri mengorak langkah.


Menaiki anak-anak tangga ke puncak.


Tetapi memikirkan, "Ah, tak lama lagi ni sampailah kita ke puncak".


"Sabar lah diri. Jangan putus asa. Tak mengapa kalau tersungkur buat kesekian kali. Tak mengapa menangis kecewa, menangislah. Tiada siapa larang".


"Selepas hilang kesedihan itu, kukuhkan tapak kaki. Kuatkan hati dan doa. Jangan putus harap, usaha".


"Pasti kejayaan menanti bagi mereka yang tidak berputus-asa".



The Pier, St. Andrews, Fife













See you at the next pit stop