Friday 27 February 2015

Bijakkah kita? Fikir semula


Salam w.b.t dan hai semua.

Apa khabar? Cepatkan masa berlalu, dah nak masuk bulan Mac dah. Hehehe….InsyaAllah kita akan kongsikan sebuah tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Hafizah Musa di Radio Klasik Nasional mengenai orang bijak. Dinilai bukan pada ijazah, IQ, atau apa-apa neraca dunia, sebaliknya orang yang bijak di sisi Allah S.W.T. Terdapat enam ciri-ciri seorang insan yang bijak di sisi Allah S.W.T.

Kriterianya seperti berikut:

  1. Apabila menyebut nama Allah S.W.T, dia berasa bangga
Apabila disebut mengenai Allah S.W.T, keagungan Allah S.W.T, sifat-sifat Allah S.W.T, dia akan berasa sungguh bangga. Dalam dirinya juga, dia berasa bangga kerana menjadi seorang Muslim. Bagi dirinya juga, cukuplah Allah S.W.T yang menjadi pelindung dan penolong dirinya, Hasbiallahunikmalwakeel.

  1. Apabila perihal dirinya disebut, dia merendah diri
Seandainya dirinya dipuji, dia tidak berasa besar diri. Sebaliknya dia merasa rendah diri dan sedar yang segala pujian selayaknya diberikan kepada yang Maha Berkuasa. Allah S.W.T yang berkuasa ke atas segala-galanya.

  1. Ambil pengajaran dari ayat-ayat Allah S.W.T
Orang yang bijak akan mengambil pengajaran dan hikmah dari ayat-ayat Allah S.W.T. Apabila membaca Al-Quran, bukan sekadar baca. Sebaliknya akan meneladani hikmah-hikmah yang disampaikan dalam ayat-ayat suci itu. Seterusnya, mempraktikkan dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim.

  1. Melawan keinginan untuk melakukan maksiat
Orang yang bijak sentiasa sedar bahawa godaan-godaan yang datang menduga itu adalah datang dari syaitan. Dia akan sedaya-upaya mengawal nafsu syahwatnya agar tidak melakukan maksiat dan perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah S.W.T.

  1. Apabila disebut tentang keampunan Allah S.W.T, dia berasa gembira
Keampunan Allah S.W.T merupakan perkhabaran yang paling menggembirakan orang yang bijak di sisi Allah S.W.T. Apabila diceritakan kepadanya mengenai keampunan Allah S.W.T, betapa Allah S.W.T Maha Pengampun kepada hamba-hambaNya, orang yang bijak ini akan rasa sungguh riang dan gembira.

  1. Menangis dan segera beristighfar apabila mengenangkan dosa-dosanya
Orang yang bijak pada pandangan Allah S.W.T, dia akan menangis dan segera istighfar sebaik teringat dosa-dosa yang pernah dia lakukan. Dia akan segera memohon keampunan kepada Allah S.W.T kerana berasa sangat takut dengan azab-azabNya.

Inilah kriteria orang yang bijak di sisi Allah S.W.T. Jom kita sama-sama buat 'checklist'. Adakah kita benar-benar bijak atau hanya kita yang syok sendiri rasa diri kita bijak? Take care!

Salam w.b.t.

P/S - Next week is gonna be awesome. InsyaAllah! :D

Sunday 15 February 2015

Allahyarham, Allahyarhamah, Arwah, & Almarhum


Salam w.b.t dan hai semua.

Apa khabar semua? Alhamdulillah, kita sihat walafiat. InsyaAllah kita nak kongsi sedikit perkongsian yang dikongsi oleh seorang Ustaz. Kita dengar perkongsian dari Ustaz Sirajudin, tak silap kita namanya macam tu, dalam program Nur di Radio Klasik, Jumaat lepas pada pukul 5.30 petang. Korang boleh dengar juga di frekuensi 98.3 setiap Jumaat, 5.30 petang. 


Ustaz ada ulas mengenai perbezaan antara Allahyarham, Allahyarhamah, Arwah, dan Almarhum. Seperti yang kita semua sedia maklum, pada 12 Februari lepas, Tuan Guru Nik Aziz telah meninggal dunia dan pemergian beliau merupakan kesedihan bagi semua penduduk bumi. Maka, semua orang, media massa, dan media sosial menggunakan pelbagai gelaran sebagai merujuk kepada insan yang meninggal dunia. Gelaran yang sering kita semua dengar adalah Allahyarham, Allahyarhamah, Arwah, dan Almarhum.

Allahyarham
Gelaran ini digunakan untuk merujuk kepada si mati yang berjantina lelaki. Maksudnya, Allah merahmati. Ustaz ada ulas lebih sikit mengenai kata kerja dan kata nama, tapi agak kompleks untuk kita jelaskan. Secara ringkasnya, Ustaz itu mengatakan bahawa penggunaan ini tidak tepat. Bukan tak boleh guna, boleh, cuma tidak tepat.

Allahyarhamah
Gelaran ini digunakan untuk merujuk kepada si mati yang berjantina perempuan. "-ah" ditambah pada hujungnya sebagai merujuk kepada perempuan. Sebenarnya, salah di situ. Dalam bahasa Arab, tiada wujud perkataan ini dan tiada digunakan untuk merujuk kepada si mati. Hanya kita masyarakat Melayu yang menggunakannya, kerana mungkin kita sangka ia betul.

Arwah
Arwah merupakan kata jamak, atau plural kepada roh. Kalau seorang, kita panggil roh dan kalau ramai si matinya, dipanggil arwah. Walau bagaimanapun, sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu sejak zaman dahulu menggunakan "Arwah" untuk merujuk kepada si mati. Ini tidak berapa tepat, menurut Ustaz tu.

Almarhum
Kalau di Malaysia, Almarhum ni macam digelar untuk orang-orang yang elit atau kerabat diraja je kan? Sebenarnya, menurut Ustaz tu ini adalah yang paling tepat sekali untuk merujuk kepada si mati, sesuai dengan maknanya dalam Bahasa Arab. Kita tak ingat apa Ustaz tu jelaskan mengenai maksudnya, tetapi dari pembacaan kita dari laman web, ia juga bermaksud Allah rahmatinya. Digalak menggunakan Almarhum untuk lelaki, manakala Almarhumah untuk wanita. Bukan menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat Melayu menggelar si mati sebagai Almarhum/Almarhumah kepada si mati. Yelah, nanti kot orang dengar, ingatkan kerabat diraja.

Pada masa yang sama, Ustaz tu mengajak kita semua untuk sama-sama perbetulkan penggunaan istilah-istilah ini. Walaupun susah, kita kayuh perlahan-lahan ya. Boleh check laman-laman web lagi untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut. Ini merupakan antara website yang kita rujuk.


InsyaAllah, itu yang kita dapat dari perkongsian Ustaz tersebut. Sekiranya terdapat khilaf dalam penulisan kita di atas, diharap ada yang sudi membetulkan kita. Kita pun dengar sekali je, mungkin ada yang kita salah dengar. Diharapkan ia bermanfaat dan dapat menambah ilmu kita semua di dada meskipun tak banyak.

Setakat ini dulu entry kali ini. Jumpa di lain entry, InsyaAllah. Take care and Salam w.b.t.

P/S - Cukuplah kematian sebagai peringatan untuk memperbaiki diri kita semua

Friday 6 February 2015

Nur Zahra Maisara


Salam w.b.t dan hai semua.

Apa khabar? Alhamdulillah, kita okey saja. Beberapa hari lepas, Zahra dah balik semula ke rumahnya. Sebelum tu, kita perkenalkan dahulu Zahra ya. Nama penuhnya tak silap kita, Nur Zahra Maisara berusia 1 tahun 4 bulan. Dia sebenarnya sepupu kita. Sebenarnya, jarak umur kita dan adik beradik kita dengan sepupu-sepupu belah emak kita ni sangatlah besar. Oleh itu, kalau tangkap gambar dengan sepupu ni, macam dah mak cik dah rasanya. Hahaha…

Namanya Zahra, tapi sebutannya Zara. So, kitorang pun panggil Zara. Kita sekeluarga jaga dia untuk sebelas hari, sebab mak zara bersalin. Zara dapat adik lelaki, namanya Muhammad Zhafran. Emaknya bersalin secara pembedahan, dan bibik dari Indonesia belum sampai lagi. Ayahnya pun kerja. Maka, keadaan agak kelam-kabut sikit bagi keluarga mereka. Adik dan angah pun ada di rumah, mak pun tolonglah jaga Zara. Zara dibawa tinggal bersama dengan kami di Batang Kali. 

Muhammad Zhafran, adik Zahra
Dalam dua hari yang pertama kita tiada di rumah sebab berada di Pekan. Bila dah balik tu, macam-macam lah mak cerita. Zahra ni manja dengan adik kita. Makan macam-macam, tak banyak kerenah. Bila kita dah balik rumah, kita pun mengambil bahagian lah jaga Zara. Cuba bayangkan, empat orang dewasa jaga seorang budak kecil. Tapi macam tak cukup tangan dan tenaga. Kalau masa kita kecil-kecil dulu, emak seorang yang jaga tiga orang.

Kalau nak bermanja, jalan-jalan, makan ke, Zahra pergi pada adik kita a.k.a Kak Ina. Adik kita yang kedua, angah akan tolong mana-mana yang perlu. Kalau mandi, bersihkan pampers, buat susu, tidur malam, emak kita uruskan. Hahaha...tunggang langgang dah waktu tidur. Sekurang-kurangnya 3 kali bangun untuk bancuh susu. Kita pula, bermain dengan dia. Isi masa dengan Zara kalau yang lain dah tidur. Kita lebih kepada physical regime, hahaha...sebab nak drain out tenaga dia. Lambung, hempas atas sofa, geli-geli, kejar, goleng, kuda, apa-apalah yang memerlukan tenaga. Tapi, energy budak kecik ni, MasyaAllah. Mantap! Tak penat. Kita pula yang berpeluh-peluh. Kalau kita penat, dia main cak-cak. Sampai ke malam mengigau cak-cak.

Muka masa makan kek, tak bersalah
Gigi dah ada beberapa batang, so kalau ajar cakap tu, ade lah bunyi-bunyi nyer. Kalau dia jerit, amboi! Dia jerit, kitorang pun jerit. Hahaha...Zahra ni satu yang unik, mata dia. Bukan main besar dan bulat. Dia pandai main mata, jeling-jeling. Jeling manja lain, jeling marah lain. Haha...Dia faham apa yang orang cakap, kalau marah, dia terus nangis. Padahal bukan marah pun, macam cakap, "Amboi dia". Terus menjerit nangis sambil datang peluk. Pandai ambil hati budak ni. 

Macam model posing. OOTD bak kata orang.
Takut nak pegang mula-mula
Jambatan gantung
Adik, angah, dan Zahra
Zahra atas kuda, tak nak turun dah
Bila dia dah balik semula ke rumahnya di Sungai Buloh, macam rindu jugaklah. Tapi tak larat weyh. Kalau nak, stamina kena mantop dan meletop. Haha... Macam manalah ibu-ibu yang membesarkan anak-anak ye….

Okay semua. Sebenarnya takdak menda sangat nak cerita, cuma tak nak sunyikan blog ni. Hehehe...Setakat ini dulu, nanti cerita benda lain yang lebih berfaedah di entry akan datang, InsyaAllah. Jaga diri, Salam w.b.t.
 
P/S - Bermain dengan kanak-kanak lelaki memerlukan stamina yang lebih mantop sebenarnya.

See you at the next pit stop