Wednesday 21 January 2015

Misi Pasca Banjir - Kelantan


Assalamualaikum DUNIA!

Aku tanya apa khabar? Apa khabar? Apa khabar semua? Hahaha….Kita, Alhamdulillah sihat walafiat. Cuma batuk-batuk ja. Ok, tajuk di atas dengan terang-benderang menyimpulkan apa yang ingin dikongsikan dalam entry kali ini. So, tak payah panjang sangat mukadimahnya. Kita mulakan dengan bagaimana kita boleh terjebak dengan misi ini.

Kita dimaklumkan oleh kawan mengenai misi ini oleh seorang kawan, Encik Afdhal dalam 2-3 minggu sebelum tarikh misi tersebut. Kita pun on aja memandangkan tiada komitmen lain pada masa itu.

Misi ini dinamakan Misi Kemanusian Tarbiyah dan Tazkiyah, seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Tarbiyah bermaksud mendidik, manakala tazkiyah bererti pembersihan. Misi ini secara umumnya bertujuan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan petaka banjir  di bahagian Dabong, Kelantan. Empat pihak yang terlibat dengan misi ini, Persatuan Kebajikan AnNajah Selangor (PKAS), Real Adventure Team (RAT), Ghulam Al-Dakwah, dan Moi Adventure Team.


Nota - Gambar-gambar kebanyakan dari kamera sendiri dan juga dari facebook PKAS, boleh klik Facebook PKAS untuk tengok lebih lanjut.

16 Januari, Jumaat

Mengikut tentatifnya, berkumpul di PKAS yang bertempat di Sri Rampai pada 8.30 malam. Pada awalnya macam blur-blurlah juga sebab tak kenal sesiapa bila sampai tu, tapi belasah jelah. Ada lebih kurang tiga hari bersama, nanti kenallah. Sebenarnya bila kita setuju join tu, kita tak tahu pun siapa yang anjurkan. Kita hanya tanya Encik Afdhal, siapa yang anjurkan, tempat berkumpul, dan waktu pulang semula ke KL. Malas nak banyak soal. Bila tiba tu, kita memang tiada idea berapa ramai yang join, pergi naik apa, dan lain-lain. Bila dah sampai PKAS, baru tanya. Secara ringkasnya, lebih kurang 80 orang akan sertai konvoi ini menaiki lebih kurang 30 four wheels drive aka powiil, dan sebuah lori. Ok, got it.

Powiil Chef Ijam
Lepas solat Isyak, dan dah ramai mula berkumpul di sana. Pukul 9.30 malam dah mula turun ke bawah tunggu kenderaan masing-masing seperti yang telah disusun oleh pihak pengurusan. Kita akan naik dengan Chef aka Ijam, mengikut kata kakak-kakak tu. Makanya, bolehlah minta resepi masakan, gurau kita. Haha...Selain kita, ada Iskandar, dan Kak Yazma. Pada pengamatan awal kita, kak Yazma macam antara orang utama misi ini sebab ramai orang bertanyakan pendapat dia. Dalam pukul 11 lebih, dah naik kenderaan dan gerak ke stesen minyak untuk berkumpul dengan orang lain yang akan turut serta dalam misi ini. Jalan raya sangat padat dengan kenderaan, mungkin ramai balik ke kampung sempena malam minggu. Ada juga beberapa pasukan konvoi lain yang menuju ke pantai timur yang membawa misi yang sama. Dalam pukul 12.00 tengah malam, 17 Januari, semua berkumpul untuk taklimat dan tazkirah ringkas oleh Ustaz Muen dan ketua konvoi, Encik Aidi kot namanya. Masa ini, mata kita dah berpinar-pinar tahan mengantuk sebenarnya. Hahaha…

Tazkirah dari Ustaz sebelum konvoi bergerak
Intipati yang kita dapat dari tazkirah ustaz tersebut, kita haruslah betulkan niat kita semua apabila kita bersetuju untuk menyertai misi ini. Selain itu, memanglah tujuan misi untuk membantu mereka yang terkesan dengan banjir, tetapi yang paling utama adalah penting untuk kita membantu diri kita sendiri dahulu. Jaga waktu solat, jaga perlakuan kita, jaga hubungan dengan Allah SWT. Barulah kita layak untuk bantu orang lain. Hablumminallah, hablumminannas.

Dalam 12.45 pagi, tayar pun dah rolling. Setiap pemandu powiil akan berhubung menggunakan walkie-talkie. Kita tanya Chef Ijam, "Biasa ke drive continuously ni?". Katanya, "Bolehlah". Kita pun ok je dan pesan bawak elok-elok, kita nak tidur neyh. Hikhikhik…

Lepas berkenalan serba ringkas dengan Iskandar, Kak Yazma, dan Chef Ijam, kita pun tidur. Perjalanan ke Kelantan melalui negeri Pahang, dan targetnya sampai ke Gua Musang dalam waktu Subuh. Kita rasa Kak Yazma tak tidur sepanjang perjalanan sebab dia macam tengok jalan sambil berborak dengan Chef Ijam. Kadang-kadang terasa lengan kita ditepuk-tepuk oleh Kak Yazma sambil dia bercakap, macam cakap dengan kita. Tapinya kita tidur, hahaha...

17 Januari, Sabtu

Setelah berhenti di beberapa stesen minyak untuk mengisi minyak dan mencari tempat sesuai untuk solat, akhirnya dalam 6.15 pagi, konvoi semua berhenti di Masjid Gua Musang untuk menunaikan solat Subuh dan bersarapan. Kita pun bersihkan diri, solat, dan sarapan bersama dengan lain. Sarapan pagi tu, Nasi Impit, sambal ikan bilis, rendang ayam, roti sandwich beserta air kopi. Lepas tu, semua konvoi bergerak ke dataran yang berhampiran dengan masjid dan bergabung dengan Moi Adventure Team. Moi Adventure Team, diketuai oleh Moi dan mereka memang dah berada di Kelantan dan standby di sana. Dari Gua Musang, mereka akan ketuai konvoi untuk ke Dabong sebab mereka lebih arif kawasan ini.


Mengikut kata Chef Ijam, perjalanan ke Dabong dalam 70 km mengambil masa lebih kurang sejam. Tayar rolling, kita pun masuk alam mimpi semula. Iskandar satu geng, dia pun membuta juga. Hahaha.. Bila dah sampai ke Dabong, kak Yazma kejut kitorang tunjuk kesan-kesan banjir yang melanda kawasan perkampungan. Sepanjang yang kita tengok, ada kawasan rumah transit yang sedang dalam pembinaan untuk mangsa-mangsa banjir, hutan yang sepatutnya berwarna hijau telah bertukar coklat, seperti disimbah dengan cat coklat dan penduduk yang menjalankan aktiviti mereka tersendiri.

Sebenarnya, Dabong bukan tempat konvoi akan berhenti. Lokasinya dalam dan jauh lagi laluannya, lalu hutan, perkampungan, dan rasa kita, lama jugalah nak betul-betul sampai ke based camp. Ada budak-budak yang melambai-lambai bila nampak konvoi kami, dan ada powiil yang berhenti untuk menghulurkan jajan untuk mereka. Kalau powiil kita berhenti untuk menghulurkan apa-apa kepada budak, kita selalu cakap kat budak-budak ni, "Pergi sekolah tak? Belajar rajin-rajin". Dalam hati doa jugalah suatu hari nanti budak-budak ini akan jadi orang bijak pandai dan mampu membantu keluarga dorang keluar dari kepompong kemiskinan.

Sepanjang perjalanan, Moi akan memberikan penjelasan melalui walkie-talkie mengenai keadaan kampung sewaktu banjir dan ketinggian air banjir pada masa itu. Maka, konvoi semua pun dapat idea bagaimana dahsyatnya badai air yang melanda kampung-kampung ini.


Chef Ijam turut beritahu bahawa Moi and the team merupakan antara yang terawal memberikan bantuan banjir ke kawasan yang tenggelam dilanda banjir. Menurutnya, mereka menggunakan backpack untuk mengisi makanan, mereka meredah air banjir yang tingginya paras dada untuk menghantar bekalan makanan kepada penduduk yang terperangkap di kampung-kampung dan juga bukit-bukit. MasyaAllah, kita kagum dengan semangat Moi dan pasukannya. Kalau air paras dada dorang, kalau badan kita, dah tenggelam sebab pendek.


Konvoi turut melalui Kampung Kemubu yang memang betul-betul lumpuh akibat dari amukan air banjir. Laluan kereta api musnah, khemah-khemah banyak di tepi-tepi jalan, keluarga-keluarga duduk di hadapan longgokan besar yang mungkin pada asalnya rumah mereka. Warna coklat lebih mendominasi pemandangan sekitar daripada warna-warna lain. Kata Chef Ijam, nak tahu tinggi mana air, tengok tinggi mana warna coklat mewarnai pokok-pokok atau kawasan sekitar. Sejujurnya, memang tinggi sebab macam pokok yang tinggi pun rebah menyembah bumi.




Kita tengok ada sungai yang mengalir tenang, tak silap kita namanya Sungai Galas. Tak sangka, sungai yang tenang tu yang lebarnya tak lebih 5 meter boleh menenggelamkan keseluruhan kampung yang pada agakan kita radiusnya dalam 0.8-1 km dari laluan Sungai Galas tu. Kuasa Allah, semua boleh berlaku kalau diizinkanNya.

Tu bumbung rumah dalam laluan air
Dalam pukul 12 tengah hari, konvoi semua tiba di based camp yang merupakan lokasi di simpang tiga. Ada sebuah madrasah, balai polis kemubu, dan ada sebuah rumah. Moi arahkan khemah-khemah didirikan, dan masing-masing geraklah buat apa yang patut. Cuaca sangat panas serta terik, tak berangin dan kering. Mengikut sukarelawan lain yang memang dah berkampung kat situ, kalau pagi sangat sejuk boleh jejah 19 darjah Celcius.

Masa tiba tu, kita pun macam blur pada awalnya, dan tanya, "Nak buat apa neyh?". Yang laki-laki, pasang khemah. Manakala, mak cik-mak cik yang join konvoi ni semua duduk berbual dengan team yang memang dah ada kat situ, dan bagi kita sendiri macam awkward la pulak kalau kita duduk je. Bila kita tengok Chef Ijam dah mula kasi arahan pada team dapur untuk memasak, kita pun join jelah team dapur. Sekurang-kurangnya, adalah benda nak dibuat. Kasi lincah sikit badan bila dah hibernate lama sangat dalam kereta.

Dah siap masak, makan, solat, dan kata Moi, pukul 3.30 petang, konvoi akan gerak ke sebuah kampung namanya Kampung Gemas. Kampung Gemas ke, Kemas. Antara dua tu lah. Bawak barang-barang yang dah di-unload dari lori menggunakan powiil. Tengoklah ye gambar-gambar ni.

Pokok balak yang tersangkut secara menegak dengan landasan kereta api
Bila lalu jalan-jalan ni, macam tak percaya ada orang yang masih tinggal di dalam hutan ini. Dalam kepala kita, macam mana dorang beli barang keperluan? Macam mana anak dorang gi sekolah? Minyak petrol beli di mana? Dan pelbagai lagi soalan yang hanya mampu dijawab oleh penduduk setempat. Malangnya, di penghujung jalan, Moi maklumkan tak boleh lalui laluan sebab jalan mati. Kita pun tak berapa faham apa yang berlaku di penghujung jalan tu, tapi konvoi akhirnya berpusing semula keluar.

Percaya atau tak, tepi tu gaung. Ini laluan masuk kampung. Serun bila tengok tepi.
Melalui walkie-talkie, Moi pun asyik cakap yang kita hanya merancang dan berusaha yang termampu. Tapi tuhan yang menentukan semuanya, sedikit sebanyak dia suruh ahli konvoi bersabar setelah terpaksa patah semula.


Jam pun hampir menunjukkan pukul 6.15 petang, dan konvoi yang diketuai oleh Moi menuju ke kampung yang lagi satu. Kita tak pasti apa nama kampung tersebut, tapi kami tiba di masjid kampung tersebut dalam pukul 7 petang. Mengikut pemahaman kita, kampung yang nak konvoi berhenti tu bukan kampung yang nak dituju. Sebaliknya, kampung tu depan dan dalam lagi. Memandangkan, jalan utama ke kampung tu tak boleh dilalui sebab tanah mendap ke, runtuh, kita pun tak pasti. Masih dalam pembaikan.

Makanya, barang-barang bantuan diturunkan di masjid dan ketua masjid/kampung tu diamanahkan oleh pihak konvoi untuk menyampaikannya kepada kampung yang sepatut menerimanya. Penduduk kampung yang terjejas akan mengambil barang bantuan dari masjid dengan berjalan kaki, tak silap kita.

Selepas menunaikan solat jamak Maghrib dan Isyak, konvoi pun bertolak semula ke based camp. Dalam perjalanan, konvoi turut menurunkan dalam 10 set bantuan makanan dan lain-lain untuk keluarga di Kg. Kemubu.

Ya, ini rumah mereka setelah bah melanda
Kita tiba di based camp dalam pukul 9 malam, dan kita tolong team dapur memasak. Memandangkan driver powiil adalah chef, makanya kita pun tolong team dapur. Bila dah siap buat apa yang patut, takde benda dah nak dibuat. Tinggal bahagian Chef Ijam untuk mencampakkan apa yang patut ke dalam kuali. Kita pun pergi bersihkan diri.

Malam masih awal lagi, dalam 10.15 malam dan perut kita pun tak lapar. Mana taknya, asyik mengunyah je dalam perjalanan. So, kita decide untuk tidur je lah terus. Kita tidur dalam madrasah bersama dengan empat orang mak cik yang lain. Ada yang ajak tidur dalam khemah, kita rasa takpelah. Esok senang bangun terus solat dalam madrasah. Mak cik-mak cik tu baik, dorang siap bentangkan toto, ambil selimut, kita tinggal landing je. Hehehe…Alhamdulillah :D

18 Januari, Ahad

Malam tu takde lah sejuk sangat, tapi bila menjengah subuh tu, mak aih….sejuk sungguh sampai ke tulang sum-sum. Memang dah macam kuih popia dah bergulung dalam selimut, dengan sweater, stokinnya. Sebelum Subuh, dalam madrasah tu dah macam medley lagu-lagu alarm dari henpon dah. Hehehe….Lepas Subuh, apa lagi, join team dapur tolong buat sarapan.

Lepas tu, buat sekali untuk makan tengah hari. Dalam pukul 12 tengah hari, dah settle semua. Dapur pun dah siap khemas, khemah-khemah dah dibuka oleh para sukarelawan, dan barang-barang semua memang dah siap kemas sebab petang nanti nak terus bertolak balik ke KL. Kita pun pergi bersihkan diri, kemas barang-barang.

Sebelum Zohor, konvoi bertolak ke Bertam. Sebenarnya, konvoi dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama dah gerak ke Kampung Kemubu untuk hantar barang bantuan, satu lagi akan ke Bertam. Tapi bila dah lewat tengah hari ni, Kak Yazma kata, tunggu team dari Kg. Kemubu balik ke based camp dan gerak sekali ke Bertam.

Sebenarnya, kita lemah sikit nak ingat nama-nama tempat dan susah sikit nak faham macam mana kawasan-kawasan ni dinamakan. So, kalau salah tu, ampunkanlah ya. Jangan bash kita. Hahaha.. :D

Sepanjang perjalanan ni, mata dilihatkan dengan kemusnahan yang melanda kampung-kampung ini. Kampung Bertam Lama, dan beberapa lagi. Menurut Encik Aidi, powiil yang kita tumpang naik, penduduk di sini kebanyakan rumah mereka di tepi-tepi sungai dan laluan kereta api. Sebab pengangkutan utama dorang bot/sampan kalau nak pergi ke mana-mana. Budak-budak pun pergi ke sekolah naik kereta api. Makanya, bila landasan kereta api musnah, memang sukar lah dorang pergi sekolah.




Ada kampung tu lokasinya di atas bukit, tak musnah dek air banjir. Tetapi terputus bekalan makanan, elektrik, air, dan perhubungan sebab tak boleh diakses. Laluan ke kampung-kampung yang di atas bukit ni memang penuh dengan air, jalan raya musnah, pokok yang tumbang lagi.

Memang perjalanan ke Pasir Tumboh banyak henti-henti di tepi jalan sebab ramai budak-budak di tepi jalan. Ada budak-budak yang tak berpakaian, telanjang boolat je. Kita tanya pada kanak-kanak lelaki yang kita jumpa, "Mana baju? Pakai, nanti kena gigit ulat baru tahu". Tersengih je budak tuh. Entahkan faham, entahkan tidak. Tapi bila dorang dah dapat jajan, gembira ja. Itulah kanak-kanak, tak mengerti lagi :)

Ada juga keluarga yang memang dah tunggu tepi jalan bila dah nampak konvoi yang bawa barang bantuan. Antara barang yang banyak diminta ialah tikar. Tikar, tikar, dan tikar. Tapi itu bukan lokasi yang ditarget untuk diturunkan barang bantuan. Encik Aidi kata, "Takpe, masa balik nanti kita akan lalu lagi kawasan ni. Nanti kita tengok apa yang boleh diberi".

Pintu masuk Sekolah Kebangsaan Pasir Tumboh
Powiil kami pun meneruskan perjalanan ke Pasir Tumboh. Jalan pun memang kecil, berbukit, mendap, dan setiap kenderaan kena charge, charge, charge lagi. Kita tanyalah Qistina, anak Encik Aidi, apa yang dimaksudkan dengan charge dalam konvoi ni. Katanya, "Tambah lagi power, tingkatkan power untuk redah laluan tu". Qistina tu, baru 16 tahun tetapi memang dah biasa ikut ayahnya masuk hutan untuk pelbagai tujuan. Kebiasaannya, mereka masuk hutan untuk jumpa orang Asli dan menyampaikan bantuan serta dakwah. Subhanallah, hebat!

Mereka nak pergi mandi. Kat mana? Entahlah.
Powiil berhenti bertanyakan mana anak beranak ni mahu pergi. Dorang nak pergi mandi. Menurut bapanya, air bersih tiada hampir sebulan dah. Terputus sejak bah besar melanda kampung mereka. Bila kita ambil gambar dorang, bapanya cakap, "Eh, takyahlah ambil gambar. Tak mandi lagi nih". Senyuman masih mampu diukirkan meskipun keadaan tak memihak pada mereka. Hahaha...kita senyum je. Tabah sungguh mereka.

Dah sampai lokasi, semua turunkan barang-barang bantuan di masjid.




Dalam kita tengah tengok orang kampung, ada budak perempuan ni datang tanya pukul berapa. Kita cakap dalam pukul 2.30 petang, tak silap kita. Tanyalah, "Kenapa Dik?". Budak tu pergi ke arah maknya, cakap waktu pukul berapa. Kita ikut budak tu dan ulang soalan yang sama pada maknya. Maknya kata, "Dah nak masuk sekolah dah ni. Tapi nak tunggu ambil baju sekolah dari bantuan ni, nak pakai ke sekolah". Ooohh..macam tu. Budak perempuan tu pun macam dah keresahan. Errmmm...Sabarlah dik...

Ucapan oleh Encik Yazmi
Ucapan  ringkas berisi dengan nasihat turut diberikan oleh Encik Yazmi dan Moi kepada penduduk kampung. Intipati ucapan Moi, untuk membangunkan kampung ini semula, bukannya perlu tunggu saja orang luar hantar sukarelawan-sukarelawan masuk untuk bersihkan kampung mereka. Sebaliknya, penduduk-penduduk sendiri kena bergerak untuk baiki semula kampung mereka. Yelah, ini tanah mereka sendiri, kat sini tempat mereka lahir, tempat mereka hidup, dan mungkin tempat mereka menghabiskan hayat mereka. Siapa lagi kalau bukan penduduk sendiri yang bekerjasama membaiki kemusnahan yang berlaku. Encik Yazmi turut menasihatkan, anggap ini sebagai pengajaran dan menguatkan lagi pergantungan seorang hamba kepada Sang Pencipta yang Agung, Allah SWT. Imarahkan masjid beramai-ramai, dan jangan putus doa.

Bergambar kenangan dengan penduduk kampung
Setelah selesai semuanya, dalam pukul 4 petang, kami semua bertolak pulang ke based camp. Dalam perjalanan pulang tu, berhenti lagi di kampung Bertam Lama. Kasi tikar, pada yang memerlukan. Lepas tu, ada sebuah keluarga, suami isteri beserta anak dan ibu tua mereka duduk di tepi longkang. Berhenti untuk hulurkan jajan pada anak kecil tu, tanyalah ayahnya, "Mana rumah?" Ditunjukkan pada satu arah, tapi yang kita nampak macam longgokan besar kayu-kayu. Tiba-tiba isteri dia pusing belakang sambil tundukkan kepala. Menangis, dah tak mampu nak cakap apa-apa. Kita pun terkedu jugalah bila dia bereaksi macam tu, sebab rasanya banjir yang melanda tu dah hampir 3 minggu berlalu. Tetapi rasa sedih tu masih penuh di dada si isteri tu lagi. Ibu tua yang ada tu ceritalah, yang tangannya sakit. Tapi, apalah yang mampu kitorang lakukan. "Sabar dan berdoalah", itu yang mampu diucapkan. Memang dah tiada khemah, tikar atau apa lagi nak diberikan pada keluarga tu. Kemudian Encik Aidi keluar dari powiil ke belakang dan keluarkan sesuatu dari belakang kenderaan. Rupa-rupanya, khemah Qistina, diberikannya kepada keluarga tu. Memangla tak muat untuk satu keluarga, tapi sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk mereka.

Rumah yang dilalui, selut ni semua dah kering dan ditepikan dari laluan
Perjalanan ke based camp diteruskan dan masih ramai kanak-kanak melambai-lambai di tepi kiri kanan jalan. Encik Aidi kata, "Kalau dorang lambai tu, kita kena berhenti sekurang-kurangnya tanya apa yang dorang nak". Tikar, tikar, dan tikar. Tikar dah habis, kasi susu, botol susu, kasi telekung, kain sembahyang je yang tinggal. Dipesan oleh Encik Aidi pada mereka, "Bencana, bencana juga. Sembahyang jangan tinggal".

Bila dah sampai based camp, solat dan bersiap-siap untuk pulang ke KL. Dalam pukul 7 petang, tayar rolling dan berhenti kejap ambil gambar konvoi.


Berhenti di masjid, tak ingat masjid apa namanya untuk solat jamak Maghrib dan Isyak. Dalam masjid tu, kita tengok ada banyak giler pakaian tapi tak di-sort lagi. Mungkin pakaian yang telah didermakan, tapi tak dikemas. Macam bergumpal-gumpal je, dan ada juga beberapa orang penduduk bermalam dalam masjid. Lepas solat, ada kakak tanya, ada toto tak? Sebab ada keluarga minta toto, dorang takde mungkin untuk dijadikan alas tidur. Kita kata tiada, sebab powiil memang dah kosong dan barang-barang dah memang clear.

19 Januari, Isnin

Dalam perjalanan pulang, Chef Ijam cakap, konvoi ada terlepas pandang sebuah kampung yang berhampiran dengan based camp kami. Kampung tu ada 13 keluarga, dan lokasinya memang ceruk, ceruk sangat. Tiada bantuan sampai lagi ke situ. Konvoi dimaklumkan mengenai kampung tersebut oleh seorang guru dan beberapa wakil konvoi dibawa menggunakan kereta pajero guru tu untuk pergi ke kawasan tu. Menurut Chef Ijam, memang menyedihkan keadaan keluarga-keluarga kat situ. Selut yang setebal buku lali orang dewasa masih memenuhi rumah mereka. Apa yang diminta oleh penduduk di situ? Water jet dan alat-alat untuk membersihkan rumah mereka. Tiada bantuan lagi tiba, anak-anak tak dapat pergi ke sekolah sebab tiada pakaian. Tidur mereka pun di atas selut yang memang dah mengeras tu. Alahai….Chef Ijam kata mereka akan rancang perjalanan untuk hantar barang bantuan khas untuk 13 keluarga tu, memang tak boleh tunggu 2-3 minggu lagi. Silap-silap, hujung minggu ni pergi. Kak Yazma sebagai wakil PKAS pun dah tawarkan untuk membantu mencari dana.

Beberapa powiil mengalami masalah ketandusan diesel sebab kebanyakan diesel di stesen-stesen minyak di Gua Musang dah habis. Chef Ijam dah isi di Shell sebelum kami tiba di Gua Musang, makanya memang dia bersyukur lah sebab dia dah isi. Pukul 12 tengah malam, kami masih lagi di Gua Musang. Para pemandu dan penumpang makan dulu sebelum meneruskan perjalanan. Separuh konvoi ikut laluan Kuala Lipis, dorang dah gerak dulu. Kita termasuk konvoi yang ikut laluan Lojing, ada sebelas powiil.

Kita hanya melelapkan mata sepanjang perjalanan pulang, tekak pun dah sakit. Kitorang semua tidur, tinggal Chef Ijam je drive. "Mata dah rabak, mata dah rabak", banyak kali Chef ulang. Konvoi berhenti di Cameron Highlands, dalam mamai-mamai kita nampak signboard ladang strawberry. Ada yang keluar kereta tengok pemandangan, entah nampak ke tidak. Pukul 2 pagi, takkan nampaknya strawberry. Pukul 3.30 pagi, kita tersedar yang semua konvoi tengah berhenti di Stesen Petronas Ipoh. Tak tahu berapa lama berhenti, mungkin semua tengah tidur.

Pukul 4 pagi, konvoi rolling dah. Pukul 5.30 pagi, konvoi semua berhenti di Perhentian Rawang, tak silap kita. Chef Ijam tidur, katanya, kereta dah ke kiri, ke kanan, ke kiri, ke kanan dah. Mengantuk sangat. Lepas solat Subuh, barulah gerak semula. Sampai di PKAS dalam pukul 8.30 pagi, dan kita tumpang Kak Yazma untuk ke Stesen LRT untuk pulang ke rumah. Dalam 11.30 pagi, barulah sampai rumah. Alhamdulillah.

Apa yang dapat dari pengalaman ini?

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana berpeluang sertai konvoi ini ke Dabong, Kelantan. Selama ini, semua visual kesan-kesan banjir yang dipaparkan di televisyen, surat akhbar, media sosial, akhirnya kita dapat tengok dengan mata kepala sendiri. Dapat kita jejakkan dua kaki ini ke kawasan yang terjejas dengan bencana ini. Tiada air mata yang dititiskan dalam misi ini bukanlah maksud kita berhati kering. Cuma entahlah, rasanya semua dah sedia maklum dengan keadaan mereka. Menitiskan air mata tak dapat membantu mereka, tetapi doa boleh, InsyaAllah. Bagi yang mampu, sumbangan material mungkin boleh dihulurkan.

Bila pergi sendiri, dapatlah kita meminjamkan telinga kita bila ada atok kongsi cerita di kedai kopi. Meskipun tak berapa faham disebabkan loghat, sekurang-kurangnya bolehlah dibawa berbual. Ada mak cik-mak cik yang berulang kali berterima kasih sebab sudi lawat kampung mereka. Macam bagi kita, takde benda pun yang kita buat. Tapi pada pandangan kita, bila orang luar datang, sekurang-kurangnya dapat melegakan hati mereka sedikit kerana mereka tahu dunia luar sudah mula menyedari kewujudan mereka dan situasi yang mereka sedang lalui. Selama ini, kita sendiri pun tak tahu kewujudan kampung-kampung ini, tapi bila dah banjir melanda, dan dapat datang sendiri, barulah kita tahu.

Okey, rasanya itulah setakat ini. Panjang berjela pula rasanya. Terima kasih kerana membaca. Jom sama-sama berdoa agar diberikan kekuatan, ketabahan, dan kesabaran kepada mereka yang terkesan dengan bencana ini. Meskipun akan tiba saat di mana kepayahan mereka sudah tidak lagi diviralkan di televisyen, surat khabar, dan media sosial, harapnya kita semua masih tidak lupakan mereka. Mereka di sana masih bergelut meneruskan kehidupan.

Salam w.b.t dan jaga diri!

P/S - When the government says do not panic and everything is under control, actually that is the time when everyone should be panicked and prepare for the worse. Semoga semuanya bertambah baik, baik dari segi kehidupan dan ekonomi.

Tuesday 20 January 2015

Seminar, Sebelum Aku Bernikah


Salam w.b.t semua.

Baru jumpa promosi ni, seminar Sebelum Aku Bernikah. Tak pernah pergi dan terasa macam mahu pergi. Dah baca bukunya, tetapi mahu dengar lebih lanjut dari pengarangnya dan juga insan-insan mantap yang lain. Ada promosi kalau daftar ramai-ramai. Lagi ramai, lagi murah.

Sumber gambar adalah dari LangitIlahi.

Kalau ada yang berminat untuk join, roger kita, boleh? Kita mahu turut serta sekali. Tapi kalau dah sampai sebelum tamat promosi, takde geng nak join, kita gi sendiri la kot. Hahaha…(Loser! Haha..)

Ni link kalau nak tahu lebih lanjut.


Mohon roger kita please, kalau mahu pergi.

Terima kasih.

P/S -  Perkara baik, kalau buat secara berjemaah lebih manis rasanya. Tak begitu? Hehehe...padahal nak save cost.

Wednesday 14 January 2015

Misi Pasca Banjir - Pahang


Salam w.b.t dan hai semua.

Apa khabar semua? Sihat? Macam mana kehidupan setakat ini? Harapnya semua berlalu dengan baik ya, InsyaAllah. Rasanya, bila dah baca tajuk kat atas, dah dapat agak kan apa yang kita mahu tulis di entry kali ini? Kan, kan? Hehehe…. Kita nak kongsi pengalaman kita menyertai Misi Pasca Banjir kali ini. Ada kawan, Bee yang suruh kongsi gambar-gambar bila kita berada di Pahang, sebab nak tengok keadaan di sana dan apa yang kita buat di sana. Tetapi macam segan pula, mungkin macam selekeh sangat. Hahaha….Entahlah….

Walaubagaimanapun, kita kongsi di blog je lah ya. Selain daripada kongsi gambar, kita boleh kongsi dengan lebih mendalam di sebalik gambar-gambar yang diambil. Macam biasa, hanya ada beberapa keping saja gambar yang kita ambil. Selebihnya, para sukarelawan yang lain ambil. Okey, stop! Panjang sungguh mukadimahnya!

Kita daftar online pada 1 atau 2 Januari sebagai sukarelawan bila jumpa link di Facebook, di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM). Kemudian, pada 6 Jan, dalam pukul 9 malam dapat email dari MBM yang mereka perlukan orang untuk misi dan perlu berkumpul pagi esoknya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada jam 9 pagi. Misi bantuan ini akan mengambil masa 3 hari, dari 7 Jan hingga 9 Jan. Nampak macam tergesa-gesa tetapi ini yang kita tunggu-tunggukan, memang nak pergi tolong tak kisahlah siapa yang kelolakan.

Cakap pada emak yang kita nak sertai misi ini ke Pahang, tetapi emak macam berat hati nak kasi kebenaran. Emak tanyalah dari mana kita daftar, siapa yang uruskan, berapa lama, dan berkumpul di mana. Tak banyak sangat soalan ditanya, tapi jauh di sudut hati kita, kita tahu emak tak setuju. Yelah, entah siapa-siapa yang kita jumpa nanti, kot risau perkara tak baik berlaku. Tambahan pula, mak risau dengan bengkak dari kaki kita masih belum surut. Kita pun tak berapa nak ambil pusing, kita kemas beg baju dan apa yang patut untuk bergerak esok. Sebenarnya, ini adalah kali pertama dalam hidup kita sertai misi pasca banjir. Macam tak berapa pasti apa yang nak dibawa, tapi kita bawa jelah apa yang ada. Tak sempat nak membeli barang yang tiada. Minyak gamat, bam serai, panadol, dan beberapa bekalan ubat yang lain. Kasut getah takde, so bawa winter boot yang 20 dollar tu. Hahaha…belasah sajalah.

7 Januari - Hari Pertama

Bertolak dari rumah dalam 6.30 pagi, dan emak hantar ke TBS. Di sana berkumpul dan jumpa para sukarelawan yang lain. Untuk misi ini, akan ada tiga buah bas yang akan bawa sukarelawan ke Kem Bina Negara (KBN) Kuala Lipis yang merupakan tempat tinggal kami selama tiga hari. Urus setia turut beri taklimat serba ringkas mengenai perjalanan ke Kuala Lipis. Dalam pukul 10 pagi, kami pun mula bergerak ke Kuala Lipis, Pahang. Sepanjang perjalanan, lepas berbual dengan Zuliana, kawan baru, kita pun tidur je sebab mengantuk sangat. Kita sedar pun bila tiba di Perhentian Bentong. Bila di perhentian, nampak ada beberapa kumpulan konvoi membawa misi yang sama, membantu mangsa banjir. Ada dari JKM, Bomba, Tentera, dan ada juga konvoi dari Johor. Ada bas, lori, trak, 4WD, serta kereta. Meriah! Macam balik raya. Dalam pukul 2.00 petang, kami selamat tiba di KBN.


Makan tengah hari, solat, taklimat, dan dalam pukul 3 petang kami gerak ke tempat mangsa banjir. Sebelum bergerak, kita memang tak ingat apa nama lokasi yang dituju. Bila dah sampai, baru tahu nama kampung tersebut adalah Kampung Aur Gading. Kampung tu dalam sejam dari KBN dan dalam 4.30 petang baru tiba di tempat berkumpul di mana trak tentera sepatutnya mengambil kami dan bawa kami ke kampung. Jalan lama dalam ladang kelapa sawit akan kami lalui sebab jalan utama tak boleh guna sebab jambatan runtuh. Malangnya, trak tentera tiada sebab diorang pergi mengambil bekalan makanan dan keperluan lain di bahagian lain kampung tersebut.



Hendak tak hendak, kami perlu berjalan kaki ke kampung tersebut yang jauhnya dalam 2 km. 2 km, tak jauh sebenarnya kalau jalan itu berturap dan bersih. Tetapi, jalan tanah merah, berselut, lecak dan kotor serta penuh simpang-siurnya. Jam lebih kurang pukul 5 petang, dan suasana mulai gelap. Kita berjalan kaki tanpa banyak cakap, sebab nak jimat tenaga. Tidak lama kemudian, semua sukarelawan tiba di hadapan sebuah sekolah. Tak silap kita, Sekolah Rendah Aur Gading. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan, lelaki dan perempuan. Perempuan akan bersihkan sekolah, dan lelaki akan ke kampung. Kita tak tahu kisah orang lelaki. (Tapi esoknya, diorang kata orang lelaki kena angkat rumah orang kampung yang teralih sebab arus banjir tolak. Memang tak tergeraklah rumah tu kalau sekadar guna tenaga manusia. Perlukan jentera lebih besar untuk keluarkan rumah tu dari lumpur).
 

Meskipun langit mula gelap dan gerimis hujan mula turun, kerja tetap dijalankan. Sekolah tu macam dah separuh dibersihkan, tiada selut atau lumpur tebal yang perlu dibuang. Tugas para sukarelawan, angkat almari, basuh peralatan, buang barang yang tak diperlukan dan beberapa lagi. Walaupun kedengaran mudah, hakikatnya tak mudah. Banyak almari, kena angkat ke kawasan lapang untuk dibasuh dan macam-macam lagi. Kotor, dan kita sedar kita tak bawa sarung tangan. Alahai nasib badan….doa jelah takde kena apa-apa. Yang kelakarnya, bila jumpa katak dalam almari, semua orang melompat selamatkan diri masing-masing. Hahaha….Walaupun penat dan malam mula menjelma, kerja tetap diteruskan. Bila dah jumpa ramai orang ni, masing-masing ada ragam yang tersendiri. Satu je, memang tak kering gusi. Kira oraitlah kan, walaupun penat masing-masing masih mampu tersenyum dan berlawak jenaka :D


Dalam pukul 7.30 malam, semua dah berhenti dan duduk sambil tunggu kenderaan untuk bawa kami ke tempat bas menunggu. Kita dan 3 orang lain kumpulan pertama yang diangkut 4WD ke bas melalui jalan yang sama kita lalui untuk sampai ke kampung. Bila naik 4WD, baru kita sedar jalan sangat kecil. Kenderaan yang kita naiki terpaksa berundur sampai ke sekolah bila bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan. Aduhai… Dalam 8.30 malam, semua sukarelawan dah ada dalam bas dan bas bergerak pulang ke KBN.


Setelah makan malam, bersihkan diri, dan solat, kami semua berkumpul untuk taklimat dalam pukul 10 malam. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan, A, B, dan C dan diberi penerangan untuk perjalanan hari esoknya. Pukul 11 malam, bila dah siap sapu ubat, kita pun tidur.

8 Januari - Hari Kedua

Hari kedua kita bermula seawal 5.30 pagi. Lepas solat dan sarapan, naik bas pukul 8 pagi. Alat-alat membersih dah dimasukkan ke dalam bas. Kami bertolak ke sebuah kampung yang mengambil masa dalam 2 jam untuk tiba. Kita tak sedar ada jalan jem dan sekeliling, sebab bila duduk je, kita terus tidur mati. Memang tidak sedar langsung. Macam kayu, kata member sebelah. Hahaha…

Bila tiba, ada beberapa kenderaan 4WD, van, dan lori turut tiba pada masa yang sama. Kami semua diangkut menggunakan kenderaan-kenderaan ini ke kampung yang dinamakan Kampung Chegar Perah, dalam 8 km. Jalan utama tak boleh lalu, maka bas tak boleh masuk.


Lokasi berkumpul atau based kami semua adalah masjid kampung tersebut. Sepanjang jalan ke masjid, kita tengok rumah penduduk yang terkesan akibat banjir. Ada yang masih elok, ada yang roboh, dan sampah-sarap bersepah-sepah merata tempat. Kami bergerak mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Kita dalam kumpulan B yang mempunyai kekuatan 37 orang. Dari 37 orang, kami dipecahkan lagi kepada tiga kumpulan kecil. Kumpulan kecil kita dalam 8 orang dan kami dibawa oleh penduduk kampung ke rumahnya untuk dibersihkan. Mengikut maklumat yang diberi, para sukarelawan akan membantu membersihkan rumah atau tempat yang tidak mampu dibersihkan oleh tuan rumah. Mungkin disebabkan mereka terlalu uzur, tak mampu buat seorang diri, atau rumah terlalu teruk akibat dilanda banjir.



Kumpulan kita pergi ke rumah penduduk yang tak silap kita namanya Kak Mie, dan kami semua berjalan kaki sambil bawa alat-alat membersih. Lokasi rumahnya agak jauh dari masjid, dan agak kelakar sebab sepanjang berjalan, budak-budak lelaki berulang kali tanya, "Jauh lagi ke Kak?", "Jauh lagi ke Mak Cik?", "Jom singgah kedai minum dulu kak!". Macam biasa, kita tak banyak cakap untuk jimat tenaga. Sepanjang jalan, kita turut memerhati kawasan kampung cuba membayangkan tinggi air banjir dan macam-macam lagi. Menurut Kak Mie, kami merupakan kumpulan sukarelawan pertama yang masuk kampung untuk membantu penduduk. Oleh itu, pada pengamatan kita, memang banyaklah kerja penduduk kampung ini disebabkan tiada bantuan.



Akhirnya, sampai juga ke rumah kak Mie tersebut. Jalan nak masuk ke rumah pun dah penuh cabaran, berselut! Redah aje lah. Kami bersihkan sampah-sarap dan juga barang-barang di luar rumah yang dihanyutkan oleh banjir. Ada banyak tilam, kayu, tikar getah, pakaian, dan macam-macam lagi. Semua dikumpul di bahagian belakang rumah untuk dibakar. Sambil-sambil buat kerja tu, banyak perkara mencuit hati yang berlaku. Ada yang tergolek bila tarik tilam yang berat kerana terlalu basah. Turut ada budak lelaki yang sedang menyodok sampah terlompat tinggi bila nampak ada makhluk di sebalik gumpalan sampah. Hahaha...mengucap budak tu. Rupa-rupanya tikus. Mencicit tikus tu lari. Macam-macam makhluk lain, mengkarung, anak ular tedung, tikus, lipan, dan cacing pun dah tak serupa cacing. Besar gedabak!


Kak Siti dah macam pembaca berita dah.


Penat! Tapi kira okey lah. Lepas tu, mak cik tu bawa kami ke rumah penduduk lain. Kami dibahagi dua kumpulan, lelaki dan perempuan. Lelaki ke arah lain, perempuan pergi basuh pinggan mangkuk di rumah lain. Kita pun gembira la juga sebab nak basuh pinggan, main air, kira macam boleh rileksla sikit, tak perlu nak angkat barang-barang lagi. Jalan untuk ke rumah penduduk yang untuk dibasuh pinggan mangkuk pun tidak kurang dahsyatnya. Kaki yang dah mula sakit pun, kita tahankan je. Kami redah selut, lalu landasan kereta api, dan barulah tiba.


Kedatangan kami disambut dengan seekor lembu yang berada di belakang rumah penduduk tersebut. MasyaAllah...kawasan belakang rumah tu memang berselut dan lecak saja. Sepatutnya belakang rumah tu bersih, diturap dengan batu-batu kerikil. Tapi, semua hanyut dibawa air banjir. Kata mak cik tu lagi, masa banjir, lembu-lembu ditambat pada bot dan ditarik sekali masa proses pemindahan. Manakala, ayam, itik, angsa banyak yang mati. Mungkin sebab dah penat berenang meredah arus banjir yang deras.

 

Mak cik tu dah siap asingkan pinggan, mangkuk, dan cawan untuk dibasuh. Kami diminta untuk basuh cawan dan gelas. Berbesen-besen cawan dan gelasnya. Pada awalnya, kita ingat sikit je tuh dan bolehlah basuh pinggan sekali harung. Tetapi, tak mudah sebenarnya. Cawan-cawan dan gelas-gelas yang berlumpur dibilas dengan air, basuh dengan sabun, kemudian barulah bilas semula dengan air bersih. Kami membasuh di tempat terbuka di belakang rumah orang tu yang pada asalnya merupakan kandang lembu. "Belasah je lah", kata sukarelawan yang lain. Cawan dan gelas yang sudah siap dibasuh dimasukkan ke dalam rumah. Dalam dua jam jugalah kami membasuh, dah macam kenduri-kendara. Sukarelawan lelaki pun turut tiba untuk membantu. Kata mereka, mereka pergi ke rumah orang lain untuk angkat-angkat barang. Macam nak patah pinggang, katanya. Haha..nasiblah depa. Pukul 1.30 petang, kami berangkat semula ke masjid untuk makan tengah hari dan solat. 

 

Lepas selesai makan dan solat, kami diarahkan untuk mengeluarkan sampah-sarap, bungkus dalam plastik, dan letak ditepi jalan dan trak sampah akan kutip. Kumpulan kita, perempuan saja sebab yang lelaki semua dah diambil untuk disuruh buat benda lain. Berbekalkan dua kereta tolak, beberapa batang shovel, kami pun berjalan ke rumah-rumah tanya ada sampah untuk dibuang atau tak. Disebabkan penat serta tak mahu berjalan jauh, kami berlegar di rumah-rumah yang berhampiran dengan masjid. Banyak sampah-sarap serta barang yang perlu dibuang kami angkat dari kawasan rumah penduduk dan diletakkan di tepi jalan. Bau? Tak usah cerita lah. Bayangkan bau tempoyak, belacan, dan pampers baby digaul bersama. Hahaha...Kita dengan tiada glove serta mask, lagi lah rasa macam tak mampu tahan. Tapi, kuatkan diri je lah. Dari satu rumah, ke satu rumah kami bergerak. Dalam perjalanan, ada beberapa sukarelawan lelaki yang sertai kumpulan kami.


Ada rumah nenek ni, berselut sungguh di sekitar rumahnya. Kita tanya lah, macam mana nak buang selut ni mak cik? Mak cik tu pun cakap, "Entahlah". Bingung agaknya. Nenek tu cerita, masa banjir, kucing-kucingnya tak dapat dibawa sekali ke pusat perlindungan. Selama empat hari kucing-kucingnya duduk atas bumbung rumah, dan bila mak cik tu balik, makanan tiada nak diberi pada kucing-kucing tu. Kasi makan biskut je lah. Di bahagian depan rumahnya, bergumpal-gumpal pakaian kotor. Katanya, nak basuh tetapi mesin basuh rosak. Makanya, biar je lah dulu. Dia turut membandingkan banjir sebelum ini dan banjir yang baru melanda kampungnya.
 

Hujan semakin lebat dan selepas tu, kami pun bergerak semula ke masjid untuk berteduh. Kelihatan sukarelawan lain turut berteduh dan makan. Kami duduk berehat sambil menunggu yang lain pulang dari tempat masing-masing, sebelum bertolak pulang ke KBN. Dalam pukul 6 petang, kami dah berada di dalam bas dan menuju ke KBN.

Malam tu, lepas taklimat, duduk-duduk dengan orang lain sambil bertukar cerita dengan orang-orang hebat yang kita jumpa. Berborak dengan Kak Rahimah, yang merupakan seorang mahir dengan ilmu pelayaran. Meskipun masih muda, dia dah berlayar ke banyak tempat, sudah merentasi banyak laut, melalui banyak teluk, mengemudi pelbagai jenis kapal, dan banyak pengalaman yang menarik. Selain itu, ada yang pernah praktikal dengan AirAsia. So, tukar-tukar cerita dan sangat memotivasikan. Pukul 12.00 malam kita pun tidur.

Kiri = Kak Rahimah, Tengah = Zuliana, Kanan = Kak Siti

9 Januari - Hari Ketiga dan terakhir.

Lepas solat Subuh, kemas barang-barang sebab nanti lepas Zohor nak bertolak balik ke KL. Selepas sarapan, kami bergerak ke lokasi. Kita tak tahu nama lokasi selagi belum tiba ke tempat tu. Kali ini, kami akan bersihkan sekolah. Nama sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Tanjung Jambu, tak silap kita. Dari tempat bas, kami diangkut menaiki lori. Padat! Tetapi menyeronokkan sebab macam roller coaster bila dah naik lori tu. Hehehe….


Setibanya kami di sekolah, kami memulakan kerja pembersihan. Angkat kerusi masuk dewan, dan lepas tu ada cikgu wanita panggil kita suruh bersihkan peti ais. Kita dengan kawan pun, ok je. Tak expect apa-apa yang luar biasa. Yelah kan, bersihkan peti ais, mesti takdelah kotor sangat. Itu dalam kepala kita. Bila tengok peti ais, "Mak aihhh…". Dalam dua tiga minit jugalah kami merenung peti ais sambil berfikir macam mana nak bersihkan. Baunya dah lain, air kuning dalamnya, dan ada ulat kecil-kecil yang macam jejentik kat melekat-lekat dalamnya. Mata kita dah berair sebab cuba tahan diri daripada muntah, lepas tu kawan ni tolonglah lap air kuning. Kita pun lap cepat-cepat sambil kembang-kempis hidung. Banyak kali kena bilas peti ais tu. Dalam sejam, dah settle peti ais tu.


Kami pun turun ke tingkat bawah cari kerja lain. Banyak kerja mencuci lantai nak dibuat, tetapi pili air ada satu je. Makanya, berebut-rebut dengan kumpulan lain yang turut memerlukan untuk membasuh. Lepas berus tangga, kita bergerak ke belakang sekolah. Kita bergilir dengan kumpulan yang tengah bersihkan belakang sekolah. Guna water jet buang selut, pastu berus longkang. Selesai dalam 12.30 tengah hari, kami berkumpul semula untuk pulang ke KBN. Sebelum naik lori, kami mengambil gambar kumpulan sebagai kenangan di sekolah.

Tiba di KBN dalam pukul 2 petang, makan tengah hari, bersihkan diri, solat dan bertolak pulang. Bas berhenti di TBS dalam pukul 6 petang sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka. Kita bersalaman dan sukarelawan yang lain pun dah berpisah membawa haluan masing-masing. Dari TBS, kita naik KTM untuk pulang ke rumah. Dalam pukul 9 malam, kita pun tiba di Batang Kali.


Apa yang dapat dari pengalaman ini?

Alhamdulillah, Alhamdulillah...syukur kepada Allah SWT sebab kita berpeluang untuk sertai program ini. Bila tengok kat TV, berita, rasa macam hopeless. Bila berpeluang pergi sendiri tengok situasi sebenar, memang rasa gembira sangat sebab sekurang-kurangnya bolehlah kita bantu apa yang termampu. Kita ada terbaca di Facebook, "Malapetaka untuk mereka tetapi rezeki untuk kita semua kerana berpeluang melakukan kebaikan". So true!

Selain itu, kita dapat berkenalan dengan orang-orang baru. Banyak nasihat dan panduan yang mereka kongsikan, memang seronok. Oh! Kita ada juga jumpa SLB-new-hired dan dia akan ke Texas, US. Sama intake dengan kita. Seronok! Bila dah berbual, rupanya dia satu kelas di UTP dengan kawan lama kita di MRSM. Sayangnya, kita tak sempat ambil gambar Chan a.k.a. Fairus. Jumpa juga dengan Zuliana, Kak Rahimah, Kak Siti. Kak Siti, pada awalnya kita ingat dia umur dalam 28 atau 29 tahun. Bila dah berbual-bual, rupanya dia tiga tahun muda dari emak kita. Tetapi, tenaga dan semangat dia sepanjang misi mengalahkan sukarelawan lain yang berusia 19 tahun. Tabik spring!

Sebenarnya, banyak lagi cerita yang berlaku yang tidak mampu kita gambarkan dengan perkataan di sini. Terima kasih kepada sukarelawan-sukarelawan yang berkongsi gambar, ini semua hak milik mereka. Kita hanya meletakkan di sini untuk memberikan gambaran di sana.

Secara peribadi, cabaran utama yang ditempuhi semasa misi ini ialah dugaan untuk mengekalkan nawaitu sebagai sukarelawan ke lokasi bencana. Macam biasalah tabiat manusia, bila dah penat, macam-macam yang terkeluar dari mulut, riak wajah pun dah lain. Oleh itu, belajar kawal diri ya. Kadang-kadang bila dah sampai ke tempat, ada sesetengah yang semacam pelancong, melihat kawasan sekeliling, mengambil gambar, berselfie, groufie, dan pelbagai lagi. Tak salah, cumanya sebagai sukarelawan perlu bersederhanalah dan tak perlulah melebih-lebih. Hal ini kerana akan membantutkan pergerakan sukarelawan yang lain yang jenuh menunggu.

Selain itu bawalah kelengkapan yang secukupnya. Antaranya, kasut getah, sarung tangan, baju hujan, pakaian khas dan bersih untuk solat, dan lain-lain lagi. Jangan macam kita, terus redah aje.

Oraitlah, rasanya setakat ini saja perkongsian kita kali ini. InsyaAllah, jumpa lagi di entry akan datang. Seperti kelaziman, jaga diri semua. Salam w.b.t and chow!

P/S - Balik ke rumah bukan hanya bawa pulang beg yang dipenuhi baju kotor, tetapi turut bawa pulang nasihat dan panduan dari orang-orang yang ditemui. Sebagai bekalan untuk kita menempuhi masa akan datang :D

Tuesday 6 January 2015

Resume, What Could Be In It?


Salam w.b.t and hello folks!

How is everybody doing? Right, I would like to share what can or should you put in the resume. Some asked me, "How many pages my resume is?"," What did you put in it?"," Can I have a look at your resume?".  

I can answer the questions, and I can give my resume to you to have a look at. The thing is, my resume is not necessarily the best resume of all time. It depends on many factors, such as, the individual who looks at my resume as well as the type of job I am applying for. Therefore, it is paramount for a job seeker to keep improvise the resume before sending it to the recruiter.

Anyhow, I am not playing stingy. Thus I will share what I put in my resume as a guideline for those who  wants to know.  Here it comes. 
  1. Passport Picture 
  2. Full Name 
  3. Postal Address 
  4. Date of Birth 
  5. Marital Status 
  6. Contact Number 
  7. Email Address 
  8. Sponsorship 
  9. Type of Driving License 
  10. Strengths 
  11. Desired Field Of Work 
  12. Knowledge and Skills Areas 
  13. Education and Achievement 
  14. Selected University Coursework 
  15. Work Experience 
  16. Extracurricular Activities 
  17. Proficiencies 
  18. References 
I put all these information in two pages, which I think sufficient for a fresh graduate level. I would like to remind you again, keep improving your resume before sending them out. Make them catchy, attractive, simple, and understandable for people to read. You have less than 10 seconds to catch the recruiter's attention. It is a short time window, therefore, make a full use out of it.

Hope this helps. Take care and see you later. Salam w.b.t and chow!

P/S - I am free and not much to do in coming weeks. I can proofread your resume if you want.

See you at the next pit stop