Friday 23 May 2014

Masuklah Syurga Dulu….



Bila dah berkumpul adik-beradik di rumah ni, macam-macam boleh jadi. Hari tu ada lah perbualan dengan Adek yg ketiga, Shakina. Bunyi azan menandakan masuknya waktu solat, tapi tak ingat waktu apa, rasanya Asar. Masa tu tengah dok lepak bermalas-malasan sambil buat apa entah kat bilik belakang dengan Adek. Perbualannya lebih kurang macam inilah.

Aku: Weyh, dik. Ko gi semayang dulu. Dah masuk waktu.
Adek: Lah, ko gi lah dulu. Lepas ko, orang la pulak.
Aku: Laaa..ko lah.

Dah asyik suruh-suruh, lepas tu masing-masing senyap, sibuk layan hal sendiri.

Aku: Weyh dik. Orang ada cerita, ni macam cerita rekaan orang lah. Ko nak dengar tak?
Adek: Haa, apa ceritanya?
Aku: Macam ni lah. Kan ko suruh orang gi semayang. Ibaratnya kan, macam ko suruh orang gi masuk syurga dulu. Nanti ko ikut. Lebih kurang macam ni lah ayatnya, "Weh kak, ko gi masuk syurga dulu. Nanti orang ikut.". Ko faham tak cerita orang?
Adek: (Berdekah-dekah dia ketawa) Haha..Poyo la ko. Oklah fine.

Pastu masing-masing mulalah bergerak nak gi amik wudu'.

Pengajarannya di sini, kalau boleh buat perkara baik/bermanfaat secara bersama-sama. Sebab nak masuk syurga sama-sama.

Kucing kalau bermalas-malasan, masih boleh dimaafkan

Tuesday 20 May 2014

Konflik, Sesuatu Yang Tidak Berkesudahan


Konflik, bagi aku ia bermaksud permasalahan dan ia adalah sesuatu yang tidak menyenangkan diri. Perkara ini sangatlah merunsingkan dan mengganggu ketenangan jiwa. Aku yang pada dahulunya hanyalah pemerhati dari jauh, kini sedikit sebanyak tempiasnya dah rasa. Tidaklah aku berminat untuk cerita apa isunya, cuma nak kasi bayangan atau situasi apa yang terjadi bila anda terlibat dengan konflik. Berikut adalah perasaan yang akan anda alami (berdasarkan apa yang aku sendiri alami):
  • Penat memikirkan bila lah nak habis
  • Bosan dengan benda yang sama, maksudnya tak ke mana pun
  • Keliru dengan pendirian diri, nak sokong mana ni
  • Rasa keseorangan seperti bersendirian melawan dunia
  • Risau sekiranya bertemu dengan pihak yang berkonflik, apa nak buat
  • Kesian dengan pihak lain yang terlibat dengan konflik
  • Ke manakah tempat yang boleh dituju untuk menyelamatkan diri sekiranya keadaan menjadi lebih teruk
  • Sedih
Ini antara perasaan yang akan dialami sekiranya terjebak dengan konflik. Konflik apa? Macam-macam, konflik perang, konflik diri, konflik cintun, konflik keluarga, dan pelbagai lagi. Bosan!

Gambar ehsan dari Encik Google. Saja kasi deep sikit maksud conflict.

P/S: Sebab tu aku tak suka tengok rancangan TV yang ada adegan laki bini bergaduh, pompuan konfius nak kawen dengan laki mana satu, anak derhaka pada mak bapak, mak bapak dera anak, gengster bergaduh yang asyik cakap lu wa, dan lain-lain. Realiti sendiri dah penuh dengan konflik, tak perlu lah nak tambah dengan konflik plastik dalam rancangan TV. Letih nak menengoknya.

See you at the next pit stop