Salam w.b.t dan hai
semua.
Apa khabar semua?
Alhamdulillah, kita sihat walafiat. InsyaAllah kita nak kongsi sedikit
perkongsian yang dikongsi oleh seorang Ustaz. Kita dengar perkongsian dari
Ustaz Sirajudin, tak silap kita namanya macam tu, dalam program Nur di Radio
Klasik, Jumaat lepas pada pukul 5.30 petang. Korang boleh dengar juga di
frekuensi 98.3 setiap Jumaat, 5.30 petang.
Ustaz ada ulas
mengenai perbezaan antara Allahyarham, Allahyarhamah, Arwah, dan Almarhum.
Seperti yang kita semua sedia maklum, pada 12 Februari lepas, Tuan Guru Nik
Aziz telah meninggal dunia dan pemergian beliau merupakan kesedihan bagi semua
penduduk bumi. Maka, semua orang, media massa, dan media sosial menggunakan
pelbagai gelaran sebagai merujuk kepada insan yang meninggal dunia. Gelaran
yang sering kita semua dengar adalah Allahyarham, Allahyarhamah, Arwah, dan
Almarhum.
Allahyarham
Gelaran ini
digunakan untuk merujuk kepada si mati yang berjantina lelaki. Maksudnya, Allah
merahmati. Ustaz ada ulas lebih sikit mengenai kata kerja dan kata nama, tapi
agak kompleks untuk kita jelaskan. Secara ringkasnya, Ustaz itu mengatakan
bahawa penggunaan ini tidak tepat. Bukan tak boleh guna, boleh, cuma tidak
tepat.
Allahyarhamah
Gelaran ini
digunakan untuk merujuk kepada si mati yang berjantina perempuan.
"-ah" ditambah pada hujungnya sebagai merujuk kepada perempuan.
Sebenarnya, salah di situ. Dalam bahasa Arab, tiada wujud perkataan ini dan
tiada digunakan untuk merujuk kepada si mati. Hanya kita masyarakat Melayu yang
menggunakannya, kerana mungkin kita sangka ia betul.
Arwah
Arwah merupakan kata
jamak, atau plural kepada roh. Kalau seorang, kita panggil roh dan kalau ramai
si matinya, dipanggil arwah. Walau bagaimanapun, sudah menjadi kebiasaan dalam
masyarakat Melayu sejak zaman dahulu menggunakan "Arwah" untuk merujuk
kepada si mati. Ini tidak berapa tepat, menurut Ustaz tu.
Almarhum
Kalau di Malaysia,
Almarhum ni macam digelar untuk orang-orang yang elit atau kerabat diraja je
kan? Sebenarnya, menurut Ustaz tu ini adalah yang paling tepat sekali untuk
merujuk kepada si mati, sesuai dengan maknanya dalam Bahasa Arab. Kita tak
ingat apa Ustaz tu jelaskan mengenai maksudnya, tetapi dari pembacaan kita dari
laman web, ia juga bermaksud Allah rahmatinya. Digalak menggunakan Almarhum
untuk lelaki, manakala Almarhumah untuk wanita. Bukan menjadi kebiasaan dalam
kalangan masyarakat Melayu menggelar si mati sebagai Almarhum/Almarhumah kepada
si mati. Yelah, nanti kot orang dengar, ingatkan kerabat diraja.
Pada masa yang sama,
Ustaz tu mengajak kita semua untuk sama-sama perbetulkan penggunaan
istilah-istilah ini. Walaupun susah, kita kayuh perlahan-lahan ya. Boleh check
laman-laman web lagi untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut. Ini merupakan
antara website yang kita rujuk.
InsyaAllah, itu yang
kita dapat dari perkongsian Ustaz tersebut. Sekiranya terdapat khilaf dalam
penulisan kita di atas, diharap ada yang sudi membetulkan kita. Kita pun dengar
sekali je, mungkin ada yang kita salah dengar. Diharapkan ia bermanfaat dan dapat
menambah ilmu kita semua di dada meskipun tak banyak.
Setakat ini dulu
entry kali ini. Jumpa di lain entry, InsyaAllah. Take care and Salam w.b.t.
P/S - Cukuplah
kematian sebagai peringatan untuk memperbaiki diri kita semua
Salam. Yg penting simati pergi dgn kalimah.
ReplyDeleteInsya allah
ReplyDeleteInsya Allah
ReplyDeleteAminnnn..
ReplyDeleteAyat tersebut adalah doa yang baik. Kalau guna ayat yang betul. Ins Sha Allah doa akan sampai. Ini yang penting.
ReplyDelete