Tuesday, 20 May 2014

Konflik, Sesuatu Yang Tidak Berkesudahan


Konflik, bagi aku ia bermaksud permasalahan dan ia adalah sesuatu yang tidak menyenangkan diri. Perkara ini sangatlah merunsingkan dan mengganggu ketenangan jiwa. Aku yang pada dahulunya hanyalah pemerhati dari jauh, kini sedikit sebanyak tempiasnya dah rasa. Tidaklah aku berminat untuk cerita apa isunya, cuma nak kasi bayangan atau situasi apa yang terjadi bila anda terlibat dengan konflik. Berikut adalah perasaan yang akan anda alami (berdasarkan apa yang aku sendiri alami):
  • Penat memikirkan bila lah nak habis
  • Bosan dengan benda yang sama, maksudnya tak ke mana pun
  • Keliru dengan pendirian diri, nak sokong mana ni
  • Rasa keseorangan seperti bersendirian melawan dunia
  • Risau sekiranya bertemu dengan pihak yang berkonflik, apa nak buat
  • Kesian dengan pihak lain yang terlibat dengan konflik
  • Ke manakah tempat yang boleh dituju untuk menyelamatkan diri sekiranya keadaan menjadi lebih teruk
  • Sedih
Ini antara perasaan yang akan dialami sekiranya terjebak dengan konflik. Konflik apa? Macam-macam, konflik perang, konflik diri, konflik cintun, konflik keluarga, dan pelbagai lagi. Bosan!

Gambar ehsan dari Encik Google. Saja kasi deep sikit maksud conflict.

P/S: Sebab tu aku tak suka tengok rancangan TV yang ada adegan laki bini bergaduh, pompuan konfius nak kawen dengan laki mana satu, anak derhaka pada mak bapak, mak bapak dera anak, gengster bergaduh yang asyik cakap lu wa, dan lain-lain. Realiti sendiri dah penuh dengan konflik, tak perlu lah nak tambah dengan konflik plastik dalam rancangan TV. Letih nak menengoknya.

No comments:

Post a Comment

What is on your mind? Share it with me :D

See you at the next pit stop