Status aku dan
adik-beradik secara automatik bertukar menjadi yatim.
Wali utama untuk
menikahkan kami pergi menghadap Ilahi.
Tonggak utama sebuah
keluarga sudah tiada, pergi tanpa meninggalkan apa-apa.
Tiada wasiat, tiada
harta, tiada kata-kata akhir dari seorang ayah.
Juga kenangan yang
terhad untuk kami pahat dalam ingatan.
Yang tinggal hanya
kami tiga beradik.
Menjadi bukti yang
dia pernah bergelar seorang ayah.
Kami tiga beradik,
puteri kesemuanya.
Ketika itu aku
berumur 7 tahun, adik-adik aku masing-masing 5 dan 4 tahun.
Tinggallah seorang
ibu muda, mungkin bingung memikirkan cara nak membesarkan kami.
Setelah hakikat
dihadam dan redha, maka kami pun meneruskan kehidupan.
Redha, seawal usia
itu manakan aku faham erti perkataan itu.
Yang aku tahu,
secara lahiriah, kehidupan kami tidak banyak berubah.
Mungkin dah terbiasa
dengan ketiadaaan ayah yang hanya sesekali berada di rumah.
Disebabkan kerjanya
sebagai permandu lori yang menuntut dia selalu berkelana.
Secara batiniah, aku
tahu dan faham yang emak sedang bergelut.
Bergelut memastikan
kami semua menjalani kehidupan seperti keluarga lain.
Yang ada tempat
berteduh, cukup makan pakai, ada pendidikan.
Kami adik-beradik
mula memahami kepayahan emak.
Kami belajar
berdikari.
Kami belajar tidak
meminta-minta.
Kami belajar
bertoleransi.
Kami belajar
bersyukur.
Kami belajar tabah
dan sabar.
Kami belajar
berterima kasih.
Kami belajar untuk
bertanggungjawab atas setiap tindakan kami.
Banyak perkara yang
dipelajari, yang tiada dalam silibus akademik.
Berpindah-randah
menjadi perkara rutin buat kami sekeluarga.
Berjauhan dengan
emak turut menjadi perkara biasa.
Kerana kami sering
dihantar pulang ke kampung sewaktu cuti sekolah.
Adik-adik selalu
ditinggalkan di kampung bersama atok dan nenek.
Pada waktu itu, aku
yang sering tinggal dengan emak kerana perlu bersekolah.
Selalu aku dengar
orang pesan, "Akak belajar rajin-rajin, jadi orang berguna bila besar
nanti".
Walaupun tak
diberitahu secara terperinci, namun aku sedar tanggungjawab aku.
Khususnya
tanggungjawab sebagai anak sulung.
Aku harus jadi yang
terbaik, contoh kepada adik-adik.
Ibaratnya, menjadi
penanda aras kepada agar mereka boleh mencontohi aku.
Atau lebih hebat
lagi.
Turut aku sedar,
tanggungjawab atas emak.
Menjaga dan membela
kebajikan emak dan juga adik-beradik aku.
Emak turut
menekankan betapa pentingnya pendidikan.
Pada awalnya, sering
aku leka dan tak serius dalam pelajaran.
Akibatnya, selalu
kena 'bantai' dengan emak bagi mendisiplinkan aku.
Ada satu ketika aku
pernah menipu emak dengan keputusan periksa akhir tahun.
Ketika itu, aku
berusia 8 tahun, bersamaan dengan Darjah 2.
Namun tembelang aku
bocor bila tibanya hari 'report card'.
Tiada air mata,
tetapi hanya kekecewaan yang mendalam terlihat dalam mata emak.
Pembantaian emosi yang maha hebat
kepada aku.
Sejak itu, aku
membulatkan tekad untuk lakukan yang terbaik.
Agar tak perlu
berbohong pada emak lagi.
Tanggal 15 November
1998.
Mengubah kehidupan
kami 360 darjah.
Bergelar yatim tidak
memberikan kami tiket.
Tiket untuk mendapat
layanan baik dari semua insan.
Kepahitan lebih
banyak mendominasi kemanisan perjalanan kami.
Namun, ia membentuk
kami yang hari ini.
Menjadikan aku yang
hari ini.
Berusaha dan doa
agar kehidupan kami sekeluarga lebih baik dari sebelum ini.
Mungkin keluarga
kami nampak tempang pada mata kasar.
Disebabkan tiada
seorang lelaki bergelar ayah.
Hakikatnya kami
semua berbahagia dalam erti kami sendiri.
Kerana ayah tetap
hidup dalam hati kami, InsyaAllah.
Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment
What is on your mind? Share it with me :D