Ada suatu petang
Jumaat, masa tu kita dalam kereta dengan emak dalam perjalanan balik ke rumah.
Biasanya petang Jumaat, dalam pukul 5.30 hingga 7 petang ada perkongsian dengan
seorang Ostad jemputan di radio Klasik.fm. Petang tersebut, topiknya bebas dan
ada persoalan dari para pendengar yang akan dijawab oleh Ostad tu.
Pada masa itu, ada
soalan dari seorang pendengar lelaki. Soalannya dalam ingatan kita lebih kurang
macam ini lah ya,
"Salam w.b.t Ostad. Saya ada pertanyaan mengenai
wang. Pada Ramadhan lepas, saya membelanjakan dalam RM150 untuk membelikan
juadah berbuka puasa untuk emak saya. Soalan saya, patutkah saya meminta
adik-beradik saya yang lain ganti duit RM150 atau sumbang semula duit yang saya
belanjakan untuk beli juadah berbuka itu? Macam mana tu, Ostad?"
Belum sempat Ostad
tu jawab, kita mencelah,"Alahai, sikit je
pun duit tu...tak payahlah nak berkira sangat kot, dengan emak sendiri
pun".
Masa itu emak kita
senyap je dengar kita ngomel.
Dah habis kita
menceceh, mak kita punya turn,"Kadang-kadang
kita tak tau orang itu hidup susah ke...Orang hidup susah ni, RM150 bagi dia
besar nilainya. Macam-macam boleh beli, lagi satu kot dia memerlukan sangat
duit tu. Kalau macam orang-orang banyak duit ni, sekejap je habis belanja.
Pergi shopping, tak sedar kejap je duit habis. Orang susah ni, bercatu duitnya
nak tunggu hujung bulan masuk gaji".
Lepas itu, kita pun
terdiam sejenak menghadam apa yang mak kita cakap. Memang tepat dan padu
jawapan mak tu, tak boleh disangkal lagi. Pada masa yang sama, kita tersedar
yang kita dah mula memandang enteng nilai duit ini. Maksud aku, 'memandang
enteng' kat sini macam dah tak hargai duit atau bahasa pasarnya, macam orang
senang tak heran duit belanja apa saja. Yelah, belajar obersea. Nilai duit kat
sana tinggi, balik Mesia sedaplah tukar-tukar. Pastu belum start kerja lagi,
belum rasa susah nak cari duit. So, dari situ kita mula macam, "Sedar
Tiqah, sedar. Jangan lupa, jangan lupa".
Pengajaran pertama
kat sini yang kita cuba sampaikan, sesuatu yang kecil/mudah bagi kita, tak
semestinya kecil pagi orang lain. Misalnya, kita mungkin treat RM10 macam takda
nilai sangat, selit-selit je celah poket. Kalau ada, ada. Kalau hilang,
lantaklah. Kot-kot, tak sedar pun duit tu hilang. Tapi, kita tak tau ada orang
di luar sana, dengan RM10 tu lah nak beli makanan anak-beranak untuk bertahan
seminggu sebelum gaji masuk (Ini pengalaman mak kita sendiri masa kitorang
kecik-kecik dulu). Kesimpulannya, dalam kehidupan seharian kita semua, jangan
ambil mudah perkara-perkara yang simple dan kecil.
Kita kongsikan
jawapan Ostad tu ya. Ini berdasarkan ingatan kita lah ya. Ostad tu cakap, "Kalau boleh, bincanglah adik beradik elok-elok
untuk kongsi budget beli makanan tu. Yelah, kenalah sama-sama jaga ibu bapa
kan. Bukannya sorang ja yang kena bertanggungjawab semua. Bahagikanlah, sorang
beli ni, sorang beli tu. Gilir-gilir lah agar dapat sama-sama berbakti kepada
orang tua. Kalau berkemampuan, anggap jelah apa yang kita belanjakan itu adalah
sedekah. Kalau mampu, niatkanlah sedekah. Berganda-ganda pahala yang kita dapat
nanti, InsyaAllah".
Pengajaran kedua
yang kita belajar dari jawapan Ostad ni, menjaga ibu bapa tu bukannya
tanggungjawab anak tertentu ja. Maksud kita, macam ni,"Ko anak sulung, ko
lah kena jaga mak bapak". Atau,"Ko tak kahwin lagi, takda
tanggungjawab pada laki/bini. So, ko jaga mak bapak". Ataupun, "Anak
laki je yang kena jaga mak bapak ni, anak pompuan jaga husband dan
anak-anak". Kita secara peribadi berpendapat, tugas menjaga dan berbakti
kepada kedua orang tua ni takde had pada sapa-sapa, bukan kepada yang sulung,
yang lelaki, yang bujang, atau yang bongsu. Oleh itu, kenalah sama-sama
berganding bahu berbuat baik dan berbakti kepada kedua orang tu. Siapa yang
hidupnya senang sikit, tolong tampung yang kurang. Siapa yang sebaliknya, cubalah
buat mana yang mampu.
Selama mana kita ni
masih bergelar seorang anak, selagi itulah kita kena berbakti tak kisahlah kita
ni anak ke berapa. Macam ada ungkapan berbunyi, "Seorang ibu mampu jaga 10
orang anaknya, tetapi 10 orang anak belum tentu mampu seorang ibunya".
Tambahan pula, walaupun kedua-dua orang tua dah menghadap Ilahi, tugas seorang
anak takkan pernah selesai. Kita kena mendoakan dorang, beramal ibadat supaya
mak bapak kita tak dipersoalkan di akhirat nanti hanya disebabkan kekhilafan
diri kita, dan banyak lagi lah. Kita yang menulis ni pun ada silapnya kat mak
kita. Kalau kena suruh tu, bukan main liat nak buat. Rasa macam nak
guling-guling. Tapi semakin meningkat usia ni, sama-samalah kita ya semua
mencantikkan tingkahlaku kita, lebih-lebih lagi kepada kedua orang tua. Jangan
sampai bila dorang dah takde baru nak menyesal, dah takda menda dah boleh nak
buat. Harapnya kita semua tidaklah sampai tahap itu.
Oleh itu,
sama-samalah kita ingat-mengingati ya.
Salam w.b.t.
No comments:
Post a Comment
What is on your mind? Share it with me :D