Salam w.b.t dan hai
semua.
Apa khabar?
Alhamdulillah, kita okey saja. Beberapa hari lepas, Zahra dah balik semula ke
rumahnya. Sebelum tu, kita perkenalkan dahulu Zahra ya. Nama penuhnya tak silap
kita, Nur Zahra Maisara berusia 1 tahun 4 bulan. Dia sebenarnya sepupu kita.
Sebenarnya, jarak umur kita dan adik beradik kita dengan sepupu-sepupu belah
emak kita ni sangatlah besar. Oleh itu, kalau tangkap gambar dengan sepupu ni,
macam dah mak cik dah rasanya. Hahaha…
Namanya Zahra, tapi
sebutannya Zara. So, kitorang pun panggil Zara. Kita sekeluarga jaga dia untuk
sebelas hari, sebab mak zara bersalin. Zara dapat adik lelaki, namanya Muhammad
Zhafran. Emaknya bersalin secara pembedahan, dan bibik dari Indonesia belum
sampai lagi. Ayahnya pun kerja. Maka, keadaan agak kelam-kabut sikit bagi
keluarga mereka. Adik dan angah pun ada di rumah, mak pun tolonglah jaga Zara.
Zara dibawa tinggal bersama dengan kami di Batang Kali.
Muhammad Zhafran, adik Zahra |
Dalam dua hari yang
pertama kita tiada di rumah sebab berada di Pekan. Bila dah balik tu,
macam-macam lah mak cerita. Zahra ni manja dengan adik kita. Makan macam-macam,
tak banyak kerenah. Bila kita dah balik rumah, kita pun mengambil bahagian lah
jaga Zara. Cuba bayangkan, empat orang dewasa jaga seorang budak kecil. Tapi
macam tak cukup tangan dan tenaga. Kalau masa kita kecil-kecil dulu, emak
seorang yang jaga tiga orang.
Kalau nak bermanja,
jalan-jalan, makan ke, Zahra pergi pada adik kita a.k.a Kak Ina. Adik kita yang
kedua, angah akan tolong mana-mana yang perlu. Kalau mandi, bersihkan pampers,
buat susu, tidur malam, emak kita uruskan. Hahaha...tunggang langgang dah waktu
tidur. Sekurang-kurangnya 3 kali bangun untuk bancuh susu. Kita pula, bermain
dengan dia. Isi masa dengan Zara kalau yang lain dah tidur. Kita lebih kepada
physical regime, hahaha...sebab nak drain out tenaga dia. Lambung, hempas atas
sofa, geli-geli, kejar, goleng, kuda, apa-apalah yang memerlukan tenaga. Tapi,
energy budak kecik ni, MasyaAllah. Mantap! Tak penat. Kita pula yang
berpeluh-peluh. Kalau kita penat, dia main cak-cak. Sampai ke malam mengigau
cak-cak.
Muka masa makan kek, tak bersalah |
Gigi dah ada
beberapa batang, so kalau ajar cakap tu, ade lah bunyi-bunyi nyer. Kalau dia
jerit, amboi! Dia jerit, kitorang pun jerit. Hahaha...Zahra ni satu yang unik,
mata dia. Bukan main besar dan bulat. Dia pandai main mata, jeling-jeling.
Jeling manja lain, jeling marah lain. Haha...Dia faham apa yang orang cakap,
kalau marah, dia terus nangis. Padahal bukan marah pun, macam cakap,
"Amboi dia". Terus menjerit nangis sambil datang peluk. Pandai ambil
hati budak ni.
Macam model posing. OOTD bak kata orang. |
Takut nak pegang mula-mula |
Jambatan gantung |
Adik, angah, dan Zahra |
Zahra atas kuda, tak nak turun dah |
Bila dia dah balik
semula ke rumahnya di Sungai Buloh, macam rindu jugaklah. Tapi tak larat weyh.
Kalau nak, stamina kena mantop dan meletop. Haha... Macam manalah ibu-ibu yang
membesarkan anak-anak ye….
Okay semua. Sebenarnya takdak menda sangat nak cerita, cuma tak nak sunyikan blog ni. Hehehe...Setakat ini dulu, nanti cerita benda lain yang lebih berfaedah di entry akan datang, InsyaAllah. Jaga diri, Salam w.b.t.
P/S - Bermain dengan kanak-kanak lelaki memerlukan stamina yang lebih mantop sebenarnya.
No comments:
Post a Comment
What is on your mind? Share it with me :D