Salam w.b.t dan hai
semua.
Apa khabar? Cepatkan
masa berlalu, dah nak masuk bulan Mac dah. Hehehe….InsyaAllah kita akan
kongsikan sebuah tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Hafizah Musa di Radio
Klasik Nasional mengenai orang bijak. Dinilai bukan pada ijazah, IQ, atau
apa-apa neraca dunia, sebaliknya orang yang bijak di sisi Allah S.W.T. Terdapat
enam ciri-ciri seorang insan yang bijak di sisi Allah S.W.T.
Kriterianya seperti
berikut:
- Apabila menyebut nama Allah S.W.T, dia berasa bangga
Apabila
disebut mengenai Allah S.W.T, keagungan Allah S.W.T, sifat-sifat Allah S.W.T,
dia akan berasa sungguh bangga. Dalam dirinya juga, dia berasa bangga kerana
menjadi seorang Muslim. Bagi dirinya juga, cukuplah Allah S.W.T yang menjadi
pelindung dan penolong dirinya, Hasbiallahunikmalwakeel.
- Apabila perihal dirinya disebut, dia merendah diri
Seandainya
dirinya dipuji, dia tidak berasa besar diri. Sebaliknya dia merasa rendah diri
dan sedar yang segala pujian selayaknya diberikan kepada yang Maha Berkuasa.
Allah S.W.T yang berkuasa ke atas segala-galanya.
- Ambil pengajaran dari ayat-ayat Allah S.W.T
Orang
yang bijak akan mengambil pengajaran dan hikmah dari ayat-ayat Allah S.W.T.
Apabila membaca Al-Quran, bukan sekadar baca. Sebaliknya akan meneladani
hikmah-hikmah yang disampaikan dalam ayat-ayat suci itu. Seterusnya,
mempraktikkan dalam kehidupan seharian sebagai seorang Muslim.
- Melawan keinginan untuk melakukan maksiat
Orang
yang bijak sentiasa sedar bahawa godaan-godaan yang datang menduga itu adalah
datang dari syaitan. Dia akan sedaya-upaya mengawal nafsu syahwatnya agar tidak
melakukan maksiat dan perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah S.W.T.
- Apabila disebut tentang keampunan Allah S.W.T, dia berasa gembira
Keampunan
Allah S.W.T merupakan perkhabaran yang paling menggembirakan orang yang bijak
di sisi Allah S.W.T. Apabila diceritakan kepadanya mengenai keampunan Allah
S.W.T, betapa Allah S.W.T Maha Pengampun kepada hamba-hambaNya, orang yang
bijak ini akan rasa sungguh riang dan gembira.
- Menangis dan segera beristighfar apabila mengenangkan dosa-dosanya
Orang
yang bijak pada pandangan Allah S.W.T, dia akan menangis dan segera istighfar
sebaik teringat dosa-dosa yang pernah dia lakukan. Dia akan segera memohon
keampunan kepada Allah S.W.T kerana berasa sangat takut dengan azab-azabNya.
Inilah kriteria
orang yang bijak di sisi Allah S.W.T. Jom kita sama-sama buat 'checklist'.
Adakah kita benar-benar bijak atau hanya kita yang syok sendiri rasa diri kita
bijak? Take care!
Salam w.b.t.
P/S - Next week is
gonna be awesome. InsyaAllah! :D
No comments:
Post a Comment
What is on your mind? Share it with me :D