Salam w.b.t dan
wassap semua!
Apa khabar? Sihat?
Hehehe….InsyaAllah kita nak kongsi sebuah tazkirah yang diberikan oleh Ustazah
Nurhafizah Musa di radio Klasik Nasional mengenai "Bersangka Baik kepada Allah S.W.T".
~ Alkisahnya…..
Dalam sebuah
kampung, terdapat tiga orang mak cik yang menyara kehidupan mereka dengan
menjual kuih-muih di pekan. Mak cik-mak cik ini dinamakan sebagai Mak Cik A,
Mak Cik B, dan Mak Cik C.
Seperti biasa setiap
hari, seawal sebelum Subuh lagi mereka sudah bangun dari tidur untuk menyiapkan
kuih-muih yang mahu dijual di pekan. Selepas terbitnya matahari, mereka pun
sudah keluar dari rumah masing-masing sambil membawa bekalan kuih-muih yang sudah
sedia dan menuju ke perhentian bas untuk menaiki bas ke pekan.
Ketiga-tiga mak cik
ini bertemu di tempat menunggu bas. Semasa menunggu bas, tiba-tiba seekor ular
muncul dari celah-celah rumput dan memeranjatkan mereka bertiga. Akibat
terkejut yang amat sangat, Mak Cik A tercampakkan bakulnya yang terisi dengan
kuih-muih itu ke dalam longkang yang berhampiran. Ular yang kelihatan tadi pula
telah hilang dengan pantas. Habis semua kuih-muih Mak Cik A yang sepatutnya
dijual pada hari itu rosak akibat digenangi dengan air longkang.
Manakala bakul Mak
Cik B dan Mak Cik C tidak terjadi apa-apa, dan mereka tetap menaiki bas untuk
ke pekan. Dengan penuh rasa kecewa, Mak Cik A pulang semula ke rumah. Sejak
daripada kejadian itu, Mak Cik A tidak habis-habis mengeluh mengenangkan apa
yang telah berlaku.
'Ya Allah, kenapa
perkara begini terjadi pada aku. Aku kan hambaMu yang taat, aku lakukan semua
suruhanMu, Ya Allah. Aku sembahyang setiap hari, tak macam Si B dan Si C tu.
Sembahyangnya entah ke mana'.
'Ya Allah, habislah
kuih-kuih aku, langsung tak dapat dijual. Tiadalah hasil untuk aku hari ini'.
'Kalau kuih-kuih tu
jatuh atas rumput, aku masih boleh tiup dan bersihkan lagi. Tetapi dah jatuh
dalam longkang, memang habis musnah'.
'Kenapa Kau timpakan
aku perkara yang malang ini, Ya Allah?'
Sejak dari kejadian
yang menimpanya di pagi itu, sampailah ke Zohor, dan bersambung sampai ke Asar,
memang diulang-ulang keluh-kesahnya, kekecewaannya, dan kesedihannya. Selepas
Asar, seorang budak datang ke rumahnya.
"Salam w.b.t
Mak Cik A. Kawan-kawan Mak Cik, Mak Cik B dan C meninggal pagi tadi. Mereka
meninggal dunia sebab kemalangan bas", kata budak itu.
"Innalillah",
itu yang terluah dari mulut Mak Cik A bila terkenangkan rakan-rakannya.
Hati Mak Cik A
tersentap dengan perkhabaran yang bari diterimanya
"Astaghfirullahalazim,
ampunkan aku Ya Allah kerana mempersoalkan takdirMu. Ampunkan aku Ya Allah
kerana aku sudah nampak hikmahMu. Terima kasih Tuhanku kerana masih memberi
peluang untuk aku terus hidup lagi. Seandainya Kau mengambil nyawaku antara
waktu pagi tadi sampai Asar, dalam keadaan aku mempersoalkan ketentuanMu,
tentulah aku termasuk dalam kalangan orang yang rugi. Aku bersyukur kepadaMu Ya
Allah kerana Kau masih memberiku peluang untuk melihat hikmah kejadian yang
menimpaku pagi tadi".
Tak habis-habis Mak
Cik A memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kekhilafannya dan mengucapkan
rasa kesyukurannya kerana masih bernafas.
~ Pengajaran dari
kisah ini
Allah S.W.T
mendatangkan sesuatu perkara, yang pada kita tidak berkenan akannya, tetapi
sebenarnya perkara itu adalah kebaikan untuk diri kita. Allah S.W.T ingin
melorongkan kita ke arah yang lebih baik. Cuma cara Allah S.W.T itu unik, hanya
Dia yang mengetahui dan kita sebagai hambaNya akan dapat melihat hikmahnya
setelah berlalunya perkara yang pada awalnya tidak kita suka.
Gambar diambil dari Google |
Oleh yang demikian,
kita perlulah sentiasa bersangka baik kepada Allah S.W.T kerana Dia tidak akan
pernah berlaku zalim kepada hamba-hambaNya yang taat. Itulah yang kita dapat
kongsikan dengan anda semua. Harapnya semua dapat pengajaran dari kisah ini.
InsyaAllah sampai
sini dulu. Jumpa lain kali. Jaga diri, dan jangan lupa banyakkan minum air masak.
Cuaca makin panas dan tidak menentu sekarang ini. Macam maks-maks pula rasanya
kasi nasihat cenggini. Hehehe.. Ok, chow and Salam w.b.t.
P/S - Chin-up folks,
InsyaAllah rainbow will show up after
the rain.
No comments:
Post a Comment
What is on your mind? Share it with me :D