Salam w.b.t dan hai semua.
Perasan tak?
Dalam kehidupan seharian kita, kita pasti
akan ketemu dengan orang yang mesti kena berteman. Kalau tak berteman, atau
dilihat keseorangan, mesti dianggap macam pelik atau kera sumbang, pada firasat dia.
Sebab itu, ada sesetengah orang akan
berusaha gila-gila untuk membuatkan dirinya diterima dalam kelompok orang
ramai.
Misalnya, seorang pemuda pada asalnya
berambut hitam sisir tepi, dan berpakaian kemas apabila keluar bertemu
rakan-rakan. Tetapi, bagi memastikan dia dikira sebagai “geng” dan nampak
kamceng dengan kawan-kawannya, maka mulalah mengubah penampilannya.
Contohnya, rambut perang, pakaian pun
ala-ala hipster, itu tak kira lagi lenggok bahasanya.
“Sial”, “Bodoh”, “Fuck”, dan lain-lain
sering meniti di bibir, kononnya, barulah dikatakan COOL.
Pemudi pun tak dapat lari dari senario ini.
Kalau sebelum ini, rambut hitam lurus dan
berpakaian sopan seperti kebanyakan gadis Melayu. Namun, nak mengelakkan diri
tergolong dalam golongan kebanyakan, maka diubahlah penampilannya. Diwarnakan,
dipakaikan topi ala-ala musim winter di atas kepala, disarungnnya skinny jeans.
Kemudian, dilaunglah sekuat-kuatnya, “Aku UNIK”.
Golongan Muslimah pun tak terkecuali.
Lahirlah Hijabster, Turban-ster, Kpop-ster. Macam-macam lah, -ster.
Iyalah…mengikut peredaran zaman. Tidak mahulah dikatakan perempuan Muslimah ini
jumud dan terkebelakang.
Itu baru dari segi penampilan. Hakikatnya,
banyak aspek dalam diri manusia diubahsuai hanya untuk memastikan diri diterima
dalam kelompok tertentu.
Hairan. Begitu mudah terpengaruh..
Kagum. Begitu banyak usaha, material, dan
wang terbuang hanya untuk membuatkan diri diterima masuk dalam kalangan yang
dikatakan, “GENG”.
Ya, mungkin juga masih mencari identiti
diri. Mencarilah, kerana ia tak pernah dilarang.
Namun, janganlah dikorbankan perkara yang
satu ini.
Iaitu, harga diri.
P/S – Kerana dirimu begitu berharga ;D
No comments:
Post a Comment
What is on your mind? Share it with me :D