Salam w.b.t dan
hello semua.
Kaifa haluki? Bil
khair? Ana bilkhair, Alhamdulillah. Hahaha….Macam makwe Arab tak? Ahaks!!!
Tajuk kali ini
adalah, "Soalan Koman yang Sentap". Entry kali ini akan menjadi agak
kontroversi dan panazz!! Hahaha…Sebelum tu, nak kasi kredit dulu pada pencetus
idea untuk entry kali ini, Cik Ecah kita a.k.a Cik Aisyah, meskipun dah
berzaman. Hehehe…
Rasanya, dah ramai
orang kongsi kisah sebegini di laman-laman sosial. Kalau google, bersepah je
mana-mana. Hal ini kerana pada pandangan kita, telah ramai yang mengalami
peristiwa ditanyakan soalan-soalan panas ni. Kali ini, nak kongsi antara soalan
yang telah ditanya bila kita habis belajar dan balik ke Malaysia. Berikut
adalah antara soalan/ayat kontroversi yang pernah ditanyakan pada diri.
Bila nak dapat
kerja?
Nanti kerja mana?
Gaji berapa?
Bila nak fly/pergi?
Dah ada calon ke
belum?
Dah ada boyfriend ke
belum?
Bila nak kahwin?
Dah kahwin? Dah ada
anak?
Dah ada
bunyik-bunyik ke belum?
Ni datang rumah ni
nak jemput datang sambut menantu ke?
Nanti jangan kahwin
dengan orang mata biru pulak.
Kahwin dengan orang
putih nanti, anak jadi belang lah nanti.
Terdapat satu
persamaan dalam setiap soalan ini, iaitu mereka bersifat futuristik. Masa mula
orang tujukan soalan ini pada kita, jawapan kita macam apa yang terlintas dalam
kepala otak. So, tak sempat nak tapis-tapis ke ape.
Contohnya, kalau gi
mana-mana majlis tu,
Orang: Bila nak dapat kerja?
Kita: Entahlah, kita bukan Tuhan.
Orang: Haa! Nanti jangan kahwin dengan orang
mata biru pula (Foreigner)
Kita: Apa salahnya kan.
Bila kita kongsi
jawapan ni pada mak, mak tanya dengan muka cuak, "Eh, akak cakap macam tu
ke?".
Kita dengan derk
nya, "A'a. Kenapa mak?".
Termenung je mak
lepas tu.
Dari situ kita
fikir, 'Eh, ada skema jawapan ke?'. Kita ni jenis, tak amik kisah apa pandangan
orang pada kita, lantaklah. Janji kita tak susahkan orang tu, dan orang tu tak
menyusahkan kita. Settle!
Tapi, biasalah kan,
bila dealing dengan sedara-mara, kaum kerabat, dan jiran-jiran ini, macam-macam
lah. Jawapan kena halus, cantik, tak sentap, dan sedap untuk telinga dengar.
So, boleh lah dorang kompang semasa mesyuarat tingkap dorang. Kalau jawapan sentap,
mau dikatanya macam-macam.
Contohnya,
"Ko tau tak
Bedah, anak Si A tu kata, ape salahnya kahwin dengan orang mata biru. Salah
didikan agama anak dia tu. Habes..", sambil dimuncung-muncungkan mulutnya.
Ha! Nampak tak
permainannya di situ? Dia bukan sebut nama kita sendiri, sebaliknya nama mak
bapak kita. Anak Si A, Anak Si B. Mak bapak pula disalahkan padahal mak bapak
kita tengah sedap makan nasi minyak time majlis kawin. Oleh itu, memang
patutlah mak kita risau bila kita jawab soalan orang dengan selamba lengkap
dengan muka toya.
Oleh itu, mak kita
ada ajar beberapa jawapan pada kita dan adik-beradik kita.
SITUASI 1
Kalau orang tanya,
"Bila nak kerja?".
Jawapannya,
"Tengah berusaha, doalah yang terbaik untuk kita ya", sambil senyum.
SITUASI 2
Kalau orang tanya,
"Dah ada calon ke belum?".
Jawapannya,
"Doalah yang terbaik. InsyaAllah, bila tiba masanya, akan
dimaklumkan".
SITUASI 3
Orang cakap,
"Owh, dah dapat kerja lah ya. Berapa gaji bulan-bulan?".
Jawapannya,
"Alhamdulillah, bolehlah hidup dan bayar hutang-hutang".
SITUASI 4
Orang cakap,
"Wah, senanglah mak awak nanti, anak dah kaya".
Jawapannya,
"Ameen….Semoga Allah makbulkan doa mak cik (dengan nada panjang, sambil
tadah tangan dan raup muka).
Yang paling kita
ingat, Situasi 4. Masa tu, kita dan mak tengah basuh kereta kat luar rumah.
Jiran sorang ni pun datang, dah borak-borak, terkeluar lah Situasi 4. Memang
masa tu, kita dan mak serentak jawab dengan lantangnya. Pastu, terdiam orang
tu. Keh keh keh...Yelah kan, setiap kata-kata yang baik tu kan doa.
Sejak itu, memang
inilah jawapan skema yang mak, kita, dan adik-adik kita gunakan. Kalau diorang
tanya lebih-lebih, kitorang pun senyum dan perlahan-lahan blah dari situ. Takde
faedahnya layan lama-lama. Jawapan-jawapan ni bukan digunakan untuk orang luar
je, even kita adik-beradik pun guna sesama kitorang.
Pastu, kita ada
terbaca artikel ini, nukilan Imam Muda ape tah namanya. Tak ingat, tapi dari
bahagian Harian Metro. Kita kongsi kan kat sini ye. Bacalah.
Diambil dari Harian Metro |
Pengajarannya,
memang rutinlah untuk orang tanya soalan berkisar topik-topik gini. Kebanyakan
masanya, bukan nak tahu sangat pun. Dorang just nak cari jalan nak berborak.
Ragam manusia. So, kita-kita yang diajukan soalan-soalan sebegini, jangan lekas
melatah, sabarlah, dan jawab yang mana daya. Tak larat nak jawab, just leave
the scene swiftly.
Dan, ingat. Akan
tiba satu hari nanti, diizinkan Allah SWT untuk kita semua hidup lagi, kita
juga pasti akan jadi seorang ibu, ayah, mak cik, pak cik, nenek, atok, atau
sesiapalah. Kita usahakanlah untuk tidak bertanya soalan-soalan sentap begini
pada orang lain. Kita sendiri sepatutnya lebih tahu dan faham betapa susahnya
nak jawab soalan sebegini, maka janganlah bebankan mereka.
Cukuplah tu...tanya
lah soalan yang senang, misalnya, "Pandai masak nasi tak? Anak laki mak
cik yang bujang tu suka makan nasi". Kalau macam tu, memang kita angguk
kepala laju-laju. Hehehe…
Alright, tu je lah
setakat ini. Harap bermanfaat untuk semua. Jaga diri dan see you in the next
entry.
Salam w.b.t dan
chow!
P/S - Perut tengah
berzapin, tapi mata dah macam terkelip-kelip tahan mengantuk. Ape-ape pun
publish post ni dulu. And, Alhamdulillah, mission accomplished! Wahahaha...
hahahaha aku suke yg last tuuuu!!
ReplyDeleteAngguk laju2 kalo anak laki makcik hensem je kann?? Hehehe :p
Kalo benda baik org ckp, ko ameen kan je lain kali. Harap2 makbul. Hahaha...
DeleteSelain hensem, kena ada banyak lg faktor kena consider. Kalau hensem, tp pemalas, hodoh jadinyer. Hahaha..