Salam w.b.t dan
hallo semua!!! Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah. Sakit? Innalillah..moga cepat
sembuh.
Orait, dalam entry
ni kita nak kongsi satu benda yang agak janggal untuk kita kongsikan. Kalau
kita tak cakap "janggal", mungkin ini adalah normal bagi semua orang.
Tapi tidak pada kita. Kita nak kongsi satu puisi, dah lama kita tak buat puisi.
Wahaha..puisi? POYONYA AKU!!! Hahaha...takdelah, gurau ja. Nukilan hati ini
dihasilkan di tahun akhir pengajian kita di UWA. Kita kongsikan di sini untuk
tatapan semua.
Manusia,
Dalam melalui denai kehidupan,
Acapkali lupa,
Lupa menoleh ke belakang,
Melihat laluan yang ditinggalkan,
Mentafsir dan mengambil pengajaran,
Untuk dijadikan bekalan dalam
meneruskan perjalanan,
Seringkali alpa,
Alpa untuk menoleh ke kiri dan kanan
laluan,
Mentadabbur dan menikmati indahnya
kehidupan,
Akibat terlalu leka melihat ke
hadapan,
Akibat terlalu pantasnya kaki
melangkah,
Untuk segera tiba ke destinasi yang
diimpikan,
Menyebabkan tidak berpeluang memberi
manfaat,
Tak sempat mencipta teman,
Tidak sempat memahat kenangan,
Akhirnya penyesalan mengetuk hati,
Ironinya ia hanyalah satu perkataan
Sebenarnya, ia
dihasilkan bila masa tu kita sangat sibuk dengan assignments, thesis, projects,
rejections, dan konflik dalaman serta luaran. Bila kita melalui saat-saat
genting dalam kehidupan, kita biasanya akan berharap waktu itu berlalu dengan
pantas dan kita tak nak terperangkap dengan situasi yang tidak menyenangkan
dalam waktu yang panjang. Untuk itu, kita akan sibukkan diri kita dengan
macam-macam perkara, mengasingkan diri dengan orang lain sebab tak nak
melukakan hati orang lain, berjalan kaki dengan pantas, dan buat semuanya
laju-laju dengan harapan saat getir akan berakhir. Ia satu cara yang bagus,
dapat menyimpangkan fikiran kita. Tetapi pada masa yang sama, kita tidak dapat
nikmati saat indah yang kadang-kadang akan hadir di celah-celah waktu
kegetiran. Misalnya, kita berjalan pantas sampai tak perasan pemandangan indah
yang terbentang di depan mata. Itulah antaranya. Akhirnya, kita dapat duduk
sejenak dan renung balik apa yang berlaku. Hasilnya, kita buat puisi ini untuk
menzahirkan rasa di hati dan sedikit sebanyak mungkin menenangkan diri. Hehehe…
Oklah, itu ja
setakat ni. InsyaAllah jumpa lagi di entry yang lain. As usual, take care
folks! Salam w.b.t.
No comments:
Post a Comment
What is on your mind? Share it with me :D