Sunday 13 July 2014

Terbang Tunduk


Salam w.b.t dan Hai, folks.

Kabare waras? Hehehe...Alhamdulillah, kita sihat, macam biasa. Hahaha….Kita takda benda yang unik berlaku kebelakangan ini. Ada jugalah yang berlaku sebenarnya, tetapi tidaklah seunik mana. Takpe, itu kita cerita di entry lain kali.

Kita baru-baru ini dengar lagu baru dari Fynn Jamal yang bertajuk "terbang tunduk". Kita bukanlah peminat tegar atau fanatik gila, tapi kita follow lah intagram beliau dan baca perkongsian beliau. Dari situ, kita mula dengar lagu-lagu dia. Lagu yang terbaru (bagi kita lah terbaru, sebab baru dengar) adalah lagu ini.

Lagu ini bagi kita, banyak pengertiannya. Walau bagaimanapun, pengajaran yang paling melekat sekali di hati kita adalah, jangan mudah lupa dan tidak sombong bila dah berjaya. Pengajaran yang kedua adalah, pasti akan ada kesenangan yang menanti selepas susah payah. Bak kata pepatah, "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".

Mesti korang macam blur-blur je kan. Dalam kepala korang mesti tertanya-tanya, "lagu ape menda yang ko cakap ni Tiqah oi?". Hahaha….takpe2. Kat bawah ni lirik lagu Terbang Tunduk yang dinyanyikan oleh Fynn Jamal dan korang dengar lah ye lagu ni. Gempaks! Semua ini adalah ciptaan Fynn Jamal, kita ni tukang review jer memandangkan takde menda nak cerita. Kot cerita karang, asyik ngomel pasal kehidupan je kan. Wahaha….Kelakarnya saya ni. Hahaha...Oklah, enjoy lah ye dengar. Harapnya semangat tu akan berkobar-kobar bila dengar lagu ni. Kita bila rasa down, kita akan pasang lagu ni :)


Terbang Tunduk - Fynn Jamal

Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati.


No comments:

Post a Comment

What is on your mind? Share it with me :D

See you at the next pit stop