Salam w.b.t semua.
Apa khabar? Sihatkah? Sejahterakah? Gembirakah? Hehehe...banyak sungguh
"kah" nya. Sedar tak sedar, kita dah memasuki bulan Ramadhan, bulan
yang penuh barakah dan penuh keberkatan. Alhamdulillah. Selain itu, ini kali
pertama kita sambut bulan puasa bersama dengan keluarga di Malaysia setelah
hampir tiga tahun berpuasa di luar negara. Pada 1 Ramadhan yang lepas,
bersamaan dengan hari Ahad, kita perpeluang bersahur, berpuasa, dan berbuka
dengan atok serta wan kita di kampung. Walaupun tak semua ada, khususnya adik
kita, suasana tetap juga meriah. Meja makan, meriah dengan makanan, dan juga
banyak celoteh. Bersyukur, kerana masih berpeluang merasai nikmat-nikmat yang
dikurniakan Allah SWT. Ok, panjang sungguh mukadimah kita. Sebenarnya, dalam
entry ni kita nak kongsi cerita mengenai hari pertama kita training. Many
unexpected things happened, either good or bad.
Seperti yang
dimaklumkan sebelum ini, kita proceed dengan option Strand. Training bermula
pada 1 Julai, dan kita expect training di Damansara, pejabat Strand. Walau
bagaimanapun, beberapa hari sebelum start iaitu pada 27 Jun, semua trainee
dapat email yang lokasi bertukar ke KKTM Masjid Tanah. Lubok China, Masjid
Tanah. Maka, nak tak nak, terpaksalah ke Masjid Tanah dan kita rasa boleh cari
tempat ni sebab lima tahun duduk Melaka, takkanlah tak tau. Ye dak? Sebelum
dapat email pasal ni, ada member namanya Azila pun dah kasi hint pasal ni,
walaupun tak in detail. Tapi pada masa itu, kita rasa ini unreliable
information dan kita abaikan. Oleh itu, pada hari tersebut, kita pun bertolak
lah ke Melaka dan memandu seorang diri. Emak kita nak hantarkan, tetapi kita
tak kasi ikut. Selain risau emak akan penat, angah pun ada di rumah nanti tiada
siapa nak teman dia. Kita pun tak kasi emak ikut, sebab kita tak dapat nak
bayangkan suasana yang akan ditempuh apabila tiba di lokasi nanti. Rasanya,
kita dah cukup dewasa untuk deal with any situasions. (Cewaaahhh, POYO!!!)
Kita sampai di
lokasi dalam pukul 12 tengah hari, dan kita jumpa dengan Azila dan Rodiah.
Seronok, sebab sebelum ini hanya berhubung secara online saja. Ini bila dah
jumpa, Azila kecil dan cantik manis orangnya. Manakala, Rodiah tinggi lampai
orangnya. Hehehe...kecoh dan gembira bila tukar-tukar cerita. Lepas tu, kita
pun check in bilik. Kita tak dapat sebilik dengan dorang tapi takpelah, ok kot.
Bila ke bilik, kita tak dapat masuk sebab dah berkunci dan budak bilik entah ke
mana. Dorang dah check in dulu. Kita tengok, sebilik empat orang, ada katil dan
tilam, ada lokar sebijik, dan meja sebijik untuk setiap orang. Sebenarnya, at
the moment kita jalan ke bilik, kita rasa down giler. Sebab macam balik ke
zaman asrama dan ini sangatlah tidak best. Shower dan toilet adalah berkongsi.
Bila kita dah angkat barang kita, baru kita sedar, kita nyer tempat takde lokar
dan meja. Tak tahulah kenapa takde, so kita letak je barang-barang kita di tepi
katil. Barang yang penting, macam laptop, kita letak dalam kereta je dulu.
Bila dalam bilik,
bertembunglah dengan roommate baru. Tiga-tiga dorang dari UniKL, dan dah kenal
satu sama lain. So, kita ni ibaratnya orang asing lah dalam bilik tu. Kita tak
pernah jumpa dorang, dan kita fikir mungkin dorang ni dari interview session yang
lain. First impression kita pada dorang, dorang agak rude dan some sort of
discriminate. Antara soalan yang awal ditanya, Uni mana? Bukan tanya nama, apa
khabar ke. Untuk buat korang faham, kita kasi contoh situasi ye. Kalau masuk
MRSM untuk tingkatan 4 dan 5, macam pertembungan antara budak yang memang MRSM
dan budak government atau dikenali sebagai "budak gogo". Macam itulah
kita rasa pada saat ditanya soalan-soalan, cumanya kali ini kita di posisi
budak gogo, the minority. "Lantaklah", gumam hati kita. Mungkin itu
cara dorang berkenalan.
Lepas itu, kita dan
Azila dan Rodiah, bergerak ke surau. Duduk berbincang sambil tunggu masuk waktu
Zohor. Kitorang kongsi rasa kekecewaan kerana situasi ini unexpected.
Sepatutnya, kita semua berada di Damansara, bukan di sini. Selain itu, kita
turut menyuarakan pasal kita tak expect akan berjumpa lagi ramai dengan orang
lain yang tak dikenali. Dari perbincangan kitorang, kita simpulkan yang
kitorang expect lebih bergaul dengan orang yang lebih professional dan korporat
seperti yang berlaku semasa ditemuduga selama empat hari di Strand. Contohnya,
engineers dari Strand. This is not bragging or over expecting. Seriously, we
are all expecting this kind of situation and what is happening is should not
happen at all! Besides, we are no longer a student that should be confined in a
hostel. Petang itu, pukul 2 petang ada taklimat dan kita decide untuk bertanya
soalan-soalan yang penting. Yelah, ini berkaitan dengan masa sekarang, dan juga
masa depan.
Petang itu, kita
nampak beberapa muka yang dikenali seperti Matthew dan Shai. I was quite happy
and feel relieved when saw them. Walau bagaimanapun, semasa briefing more
attention was paid to the students who haven't take their IELTS test yet. I was
only able to ask one question due to time constraints, it was about the
schedule. Rasa macam tak berapa puas hati dan terasa terumbang-ambing kerana
tak dapat maklumat jelas. Kita ada banyak soalan yang nak ditanyakan kepada
mereka especially kepada orang Matthew and Shai. Petang itu, macam hopeless dan
tak rasa eager untuk training. Malam tu, lepas terawih, kita dan Azila decide
untuk request a discussion session dengan Matthew dan kalau Shai dapat datang,
it will be very great. Malangnya, Matthew tak dapat datang on the next day. Dia
akan datang pada hari Khamis, dan kitorang kena tunggu satu hari lagi sebelum
dapat berbincang. Dia ada kata boleh Skype, tapi macam tak sesuai. This
requires a face-to-face discussion. Oleh itu, bersabarlah hati. Tunggulah sehari
lagi….
Ok, InsyaAllah.
Itulah situasinya sekarang. Mungkin macam pointless untuk kongsi, tapi
takpelah. At least I can do something in this isolated place. Hopefully akan
bertemu di entry akan datang. Take care, and Ramadhan Al Mubarak to the all
dear readers. Salam w.b.t.
P/S: Di sini takde
internet connection atau wifi. Kita bawa broadband, namun tiada connection
juga. Maka, mungkin ada masalah dengan kronologi peristiwa pada masa akan
datang sebab kita tulis henti-henti.
No comments:
Post a Comment
What is on your mind? Share it with me :D