Salam w.b.t dan hai
semua.
Kita nak kongsi
entry mengenai tajuk di atas.
Masa ini kami di
Secret Recipe pada waktu tengah hari dalam awal April yang lepas. Kita, emak,
dan angah sedang menunggu makanan yang kami order. Sambil menunggu tu,
berbual-buallah pelbagai perkara. Alaahh..borak-borak santai anak-beranak. Adik
yang bongsu tak balik cuti masa ni.
Sembang-sembang
pasal rumah, kerja, kahwin, dan perancangan masa hadapan. Kita pun sebenarnya,
tiadalah perancangan masa akan datang yang kukuh atau 'solid' bak kata omputeh.
Macam sesetengah orang, ada perancangan untuk 3 tahun, 5 tahun, atau 10 tahun akan
datang.
Macam kita,
rancangan macam rancangan koboi je. Nak start kerja dengan Schlumberger cepat,
kerja rajin-rajin, perform excellently, selesaikan hutang MARA, hutang rumah,
dan hutang kereta kalau boleh, secepat yang mungkin.
Secepat mana tu? Tak
lebih dalam 3 tahun, InsyaAllah. Pada masa yang sama semasa kerja tu, nak
travel lah ke sana ke sini. Dah kata kerja field engineer, kena lah travel kan.
So, kita ade lah angan-angan nak pergi ke mana, nak buat ape kat situ, dan lain-lain.
Macam yang kita cakap tadi, plan tu dalam kepala otak je la. Belum draft lagi
atas kertas. Hahaha...
Macam dah melencong
pula tajuk ni. Ok, kembali semula kepada perbualan kami tadi.
Dalam berbual tu,
kita cakaplah secara random, "Orang (Akak) kalau ada rezeki ingat macam
nak settle down kat luar negara, macam kat Perth, Australia ke. Beli rumah kat
situ, kerja situ, dan ada menetap situ bersama keluarga".
"Eh kak. Kalau
macam tu, tak macam lupa daratan ke?", kata angah sambil tersengih
sumbing. "Kotla macam dah tak ingat asal-usul ke", sambung dia.
Kita pun macam
sentap lah jugak bila dengar soalan tu.
Tiba-tiba, mak pula
mencelah, "Erm, kat sana nanti ada kubur tak?".
Kita senyap seketika
untuk ambil nafas.
"Kubur Islam ke
mak?", nak settle kan soalan mak dulu. "InsyaAllah, mestilah ada. Kat
mana pula nak tanam nanti bila dah mati. InsyaAllah ada, ada komuniti Islam kat
luar negara".
Kepala mak
terangguk-angguk mendengar jawapan tu.
Sekarang, nak
menjawab soalan sentap angah yang kedua tu. Lebih kuranglah jawapan kita, kita
pun tak ingat sangat.
"Ko rasa
orang(akak) lupa daratan ke… sekarang ni, masa kita susah, takde sapa nak
datang dekat tolong kita. Dalam negara, saudara-mara ada, duduk dekat-dekat.
Tapi semua hilang masa kita susah. Kalau duduk luar negara, tentu arah sikit
kalau takde orang nak tolong. Ade lah alasannya, dikatakan saudara-mara jauh.
Lagipun, macam start fresh, permulaan hidup yang baru".
Sambung kita lagi,
"Orang nak duduk luar negara, bukanlah orang dok sensorang je. Orang
bawaklah mak, ko dan adik. Kalau nak ikut. Kot nak bercuti ke, kerja luar
negara ke. At least ade la tempat nak
bertapak".
Kitorang pun tak
bincang lanjut mengenai perkara 'lupa daratan' tu sebab makanan dah sampai.
Walau bagaimanapun, soalan tu terngiang-ngiang di telinga kita sampaila
sekarang. So, kita decide nak tulis entry pasal ni nak tengok pandangan korang
yang membaca.
Bagi kita, sekarang
ini nak jaga diri kita, mak, dan adik-adik. Sebab mereka adalah tanggungjawab
kita dan top priority. Ye, atok dan nenek ada lagi tetapi keutamaan kita adalah
pada emak. Makcik2, pakcik2, semua hilang bila kami sekeluarga susah. Ade lah
tanya, tapi kita tahu la kan.
Ala… macam korang
lah, masa susah sape kawan korang? Masa senang, sape kawan korang? Macam itu
lah.
Keluarga kita
sebenarnya takdelah besar mana, tapi kucar-kacir. Ada 'Favourite daughter',
menatang minyak yang penuh sapa yang ada banyak duit, ada yang tak henti2
pandai ambil kesempatan, ada yang mulut takde insurans, dan macam-macam lagi.
Dalam setiap keadaan, emak kita selalu berada di losing side, mungkin
disebabkan statusnya sebagai anak sulung dan ibu tunggal. Takde sape nak stand
up untuk mak dan kena lah mengalah dengan adik beradik. Kita tahu emak berjauh
hati dengan mereka semua dan kita faham. Dulu masa kita tak reti bahasa, kita
ingat keluarga kita happy je. Tapi bila dah besar ni, barulah kita nampak dan
faham keadaan sebenar.
Entahlah..busuk-busuk
pun, keluarga sendiri. Tapi, rasanya dalam setiap keluarga ada macam-macam
kerenah kan. Cuma kita lebih terasa dengan beban kerenah-kerenah bodoh ini
semenjak balik dari Australia.
So, kita memang
memasang cita-cita untuk membawa diri kita, emak, dan adik-adik kita jauh dari
anasir-anasir negatif ni. I want the best for my family and our future.
Kiranya, adakah kita
lupa daratan? Apa korang rasa?
As usual, take care
and Salam w.b.t.
P/S - Adakah patut
remove post ini mungkin disebabkan kenegetifannya?
No comments:
Post a Comment
What is on your mind? Share it with me :D