Salam w.b.t dan hai
semua.
Apa khabar? Kita,
Alhamdulillah...masih diberikan kesempatan oleh Allah S.W.T untuk bernafas di
atas muka bumi ini. InsyaAllah, kali ini mahu dikongsikan sebuah tazkirah oleh
seorang Ustaz di Radio Klasik Nasional mengenai Istighfar.
ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ
Astagfirullahaladziim…Kalimah yang sering
dilafazkan untuk meminta ampun kepada Allah S.W.T.
Istighfar ini sangat
bagus untuk membersihkan hati kita. Ustaz tersebut mengibaratkan kalimah
istighfar sebagai wiper kenderaan. Manakala, hati kita adalah cermin kenderaan.
Bagi siapa yang tak
tahu apakah itu wiper, mohon Google. Terima kasih. Ia digunakan untuk mengelap
cermin kereta dari kotoran dan juga semasa hujan. Kemudian, kelajuan wiper ini
boleh diubah-ubah; perlahan, sederhana laju, dan laju.
Wiper, bila kita
tekan butang "On", maka ia akan bergerak ke kiri, ke kanan untuk
membersihkan cermin kenderaan. Ia akan bertambah laju pergerakannya bila kita
pilih paling laju. Semakin lama, semakin bersih cermin kenderaan kita, dan
akhirnya makin jelas penglihatan kita melalui cermin itu. Bila dah bersih
cermin itu, lagi mudahlah pemanduan kita.
Macam itulah juga
istighfar.
Hati manusia,
apabila kotor perlulah dibersihkan dengan meminta ampun kepada Allah S.W.T.
Antara caranya adalah dengan beristighfar.
Astagfirullahaladzim….
Setiap istigfar itu,
akan mencuci hati kita dari titik-titik hitam. Semakin banyak kita
melafazkannya, semakin bertambah bersih kita dari noda-noda yang menggelapkan
hati kita.
Apabila hati kita
dah makin bersih, kita akan menjadi mudah untuk melalui kehidupan ini. Petunjuk
dari Allah S.W.T akan menjadi mudah untuk kita lihat dan ikuti.
Oleh itu, setiap
kali terlintas untuk melakukan maksiat dan setiap kali kita terlanjur melakukan
perkara yang terlarang, cepat-cepatlah kita beristigfar. Pohon keampunan kepada
Allah S.W.T.
Namun, seperti
wiper, akan sampai satu masa di mana getah wiper itu akan haus dan sudah
tidak effektif untuk digunakan lagi. Mungkin juga wiper itu akan patah sebab
dah guna ganas sangat. Maka, kenalah ganti dengan wiper yang baru.
Begitulah juga
dengan hati manusia. Kalau kita dah sering sangat melakukan maksiat, hati kita
akan menjadi lut. Maksudnya, sampai satu masa, ia dah menjadi keras. Cahaya
petunjuk sukar nak tembusi masuk. Istighfar mungkin dah tak mampu nak
membersihkan hati kita yang dah semakin keras itu. Oleh yang demikian, perkara
yang kita perlu lakukan adalah bertaubat nasuha dan mulakan dengan permulaan
yang baru. Kembali kepada Allah S.W.T dan tidak ulang perkara yang Allah S.W.T
murkai.
Oleh itu, marilah
kita perbanyakkan istigfar. Astaghfirullahadzim….
Sekian untuk kali
ini. Seperti biasa, jaga diri.
Salam w.b.t and
Adios.
P/S - Hati manusia,
berwarna merah. Hati hamba Allah S.W.T yang sejati, berwarna putih berseri.
No comments:
Post a Comment
What is on your mind? Share it with me :D