Salam w.b.t dan hai
semua.
Apa khabar? Apa
khabar? Apa khabar? Hehehe….banyak pulop….InsyaAllah, kali ini kita mahu
kongsikan sebuah perkongsian daripada Ustazah Nurhafizah Musa di Radio Klasik.
Tazkirah ini berkaitan dengan sifat wanita yang perlu dihindari. Ustazah
menceritakan tiga sifat, antara sifat lain boleh didapati dari Kitab Muhimah.
Sifat-sifat ini
perlu dijauhi oleh para wanita kerana ia tidak disukai oleh Allah S.W.T dan
juga manusia lain. Sekiranya wanita yang memiliki satu atau semua sifat-sifat
ini diambil sebagai pasangan hidup, ia akan sangat menyakitkan dan menyusahkan
diri si suami.
Tiga sifat adalah
seperti berikut:
Al-Ananah
Al-Ananah ialah
golongan perempuan yang suka berhias tetapi sangat suka berkeluh-kesah. Wanita
ini suka mengadu-ngadu dan suka menyakitkan hati orang lain. Apa yang dia tahu,
nak menghiaskan diri dia sahaja dan pada masa yang sama, suka berkeluh-kesah. Itu
tak cukup, ini tak cukup. Adakah kita memiliki sifat Al-Ananah?
Al-Mananah
Al-Mananah pula
ialah golongan perempuan yang suka mengungkit-ungkit. Setiap kebaikan yang dia
pernah lakukan, dia ungkit meskipun kebaikan itu kecil. Dan walaupun perkara
baik itu telah lama dilakukan, dia masih mengungkitnya. Contohnya dia kata,
"Aku banyak buat kebajikan, padahal, engkau suamiku, langsung tiada
guna". Dahlah dia ungkit kebaikan yang dia buat, lepas tu dia salahkan
suami dia. Al-Mananah, adakah ia wujud dalam diri kita?
Al-Hunanah
Al-Hunanah ialah
wanita yang mencintai lelaki lain dan berangan-angan ingin memiliki zuriat
dengan lelaki lain. Sudah ada suami, tetapi mencintai lelaki lain. Wanita ini
sudah memiliki suami, ada anak-anak, tetapi kadang-kadang dia masih
berangan-angan ingin memiliki zuriat dengan lelaki lain. Al-Hunanah, moga kita
dijauhkan dari sifat ini.
Ini adalah antara
sifat yang seorang wanita perlu elakkan. Bagi kaum lelaki pula, akan
menyusahkan diri para lelaki jika memiliki wanita yang sifat-sifat ini.
Sebenarnya, banyak
lagi sifat-sifat negatif yang mesti dilupuskan dan sifat positif yang perlu
diterapkan dalam diri kita, khususnya para wanita. Secara umumnya, kita perlu
berusaha menambah nilai diri kita dengan sifat-sifat mahmudah agar berjaya
menjadi Wanita Solehah.
Oklah, itu sahaja
setakat ini. Harap bermanfaat untuk semua, dan jom kita saling
ingat-mengingatkan untuk menjadi Muslimah awesome. Jaga diri, jumpa lagi di
entry lain.
Salam w.b.t.
P/S - Cemburunya
dengan Nurul Artikah Alias, pelajar perubatan dari Moscow. Pemergian beliau
berjaya menyentuh ramai jiwa. Meskipun nama kita hampir sama, tapi entahlah.
Harap dapat contohi beliau, InsyaAllah
No comments:
Post a Comment
What is on your mind? Share it with me :D