Salam w.b.t dan hai
semua.
Wahsap yaw! Pe kaba?
InsyaAllah, kali ini kita mahu kongsikan sebuah perkongsian dari Ustazah
Nurhafizah Musa yang kita dengar dari Radio Klasik. Tajuk kali ini berkisar
tentang empat kata-kata yang boleh menceriakan kehidupan seharian kita dan
orang lain.
Here comes the list:
Kemaafan
'Sorry', 'I am
sorry', 'Maafkan saya'. Ini adalah antara kata-kata yang boleh menjernihkan
perhubungan. Pada masa yang sama, ia mendidik untuk merendahkan ego diri kita.
Apabila kita mudah meminta keamaafan dari orang sekeliling kita, ia akan
memupuk kebahagiaan.
Penghargaan
'Thank you', 'Terima
kasih', 'I really appreciate this' menggambarkan penghargaan kita kepada insan
lain. Pernah kita dengar, bila kita menghargai pemberian orang lain, kita
secara tidak langsung mensyukuri nikmat Allah S.W.T. Ini juga menandakan kita
sayang orang lain, dan orang sekeliling kita juga akan menyayangi diri kita.
Kasih sayang
"I love
you", "Saya sayangkan kamu kerana Allah SWT" dan sewaktu
dengannya. Kan best kalau ada orang ucapkan ini pada kita, apatah lagi
diucapkan secara random. Mesti kita rasa dihargai, tak begitu? Hehehehe...ye.
Selain dari menunjukkan kasih sayang dengan perbuatan, kata-kata juga
sememangnya mampu membahagiakan diri kita dan orang sekeliling. Kalau kita tak
pernah buat, apa kata kita cuba perlahan-lahan dengan diri kita sendiri. Setiap
pagi, masa menghadap cermin tu ke, kita ucapkan kata-kata sayang pada diri kita
sendiri dahulu. Lama-lama biasalah danboleh disebarkan kepada orang lain pula.
Pertolongan
'Can I help you?',
'Do you need a hand?', 'How can I help you?'. Kata-kata ini mampu memupuk
hubungan yang mesra sesama manusia. Contohnya, kita nak masukkan kotak berat ke
dalam bonet kereta tetapi tiada orang yang ada di sekeliling untuk tolong kita.
Tiba-tiba ada orang tak dikenali datang, "Do you need a hand?". Dan
mestilah kita rasa macam, "Yes, yes. Thank you". Kita mesti rasa
lega, bersyukur, dan beranggapan baik
fikir mesranya orang-orang di sini.
Ehsan Google |
Sebenarnya, banyak
lagi. Bukan setakat empat ni je. Nak disenangkan cerita, setiap kata-kata yang
baik tu, ringankanlah mulut kita untuk ungkapkan. InsyaAllah, setakat ini
dahulu. Wah! Skemanya ayatku. Take care
and Salam w.b.t.
P/S - Terlajak
perahu boleh reverse, terlajak kata, penampar makannya. Selamat Hari Raya, Maaf
Zahir Batin. Wahaha...puasa tak penuh, ada hati nak raya. Ceyt!
No comments:
Post a Comment
What is on your mind? Share it with me :D