Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, 12 July 2015

Empat Kata-Kata


Salam w.b.t dan hai semua.

Wahsap yaw! Pe kaba? InsyaAllah, kali ini kita mahu kongsikan sebuah perkongsian dari Ustazah Nurhafizah Musa yang kita dengar dari Radio Klasik. Tajuk kali ini berkisar tentang empat kata-kata yang boleh menceriakan kehidupan seharian kita dan orang lain.

Here comes the list:

Kemaafan

'Sorry', 'I am sorry', 'Maafkan saya'. Ini adalah antara kata-kata yang boleh menjernihkan perhubungan. Pada masa yang sama, ia mendidik untuk merendahkan ego diri kita. Apabila kita mudah meminta keamaafan dari orang sekeliling kita, ia akan memupuk kebahagiaan.

Penghargaan

'Thank you', 'Terima kasih', 'I really appreciate this' menggambarkan penghargaan kita kepada insan lain. Pernah kita dengar, bila kita menghargai pemberian orang lain, kita secara tidak langsung mensyukuri nikmat Allah S.W.T. Ini juga menandakan kita sayang orang lain, dan orang sekeliling kita juga akan menyayangi diri kita.

Kasih sayang

"I love you", "Saya sayangkan kamu kerana Allah SWT" dan sewaktu dengannya. Kan best kalau ada orang ucapkan ini pada kita, apatah lagi diucapkan secara random. Mesti kita rasa dihargai, tak begitu? Hehehehe...ye. Selain dari menunjukkan kasih sayang dengan perbuatan, kata-kata juga sememangnya mampu membahagiakan diri kita dan orang sekeliling. Kalau kita tak pernah buat, apa kata kita cuba perlahan-lahan dengan diri kita sendiri. Setiap pagi, masa menghadap cermin tu ke, kita ucapkan kata-kata sayang pada diri kita sendiri dahulu. Lama-lama biasalah danboleh disebarkan kepada orang lain pula.

Pertolongan

'Can I help you?', 'Do you need a hand?', 'How can I help you?'. Kata-kata ini mampu memupuk hubungan yang mesra sesama manusia. Contohnya, kita nak masukkan kotak berat ke dalam bonet kereta tetapi tiada orang yang ada di sekeliling untuk tolong kita. Tiba-tiba ada orang tak dikenali datang, "Do you need a hand?". Dan mestilah kita rasa macam, "Yes, yes. Thank you". Kita mesti rasa lega, bersyukur, dan beranggapan baik  fikir mesranya orang-orang di sini. 

Ehsan Google
Sebenarnya, banyak lagi. Bukan setakat empat ni je. Nak disenangkan cerita, setiap kata-kata yang baik tu, ringankanlah mulut kita untuk ungkapkan. InsyaAllah, setakat ini dahulu. Wah! Skemanya ayatku.  Take care and Salam w.b.t.

P/S - Terlajak perahu boleh reverse, terlajak kata, penampar makannya. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Wahaha...puasa tak penuh, ada hati nak raya. Ceyt!

Tuesday, 19 May 2015

Tiga Sifat Wanita yang Perlu Dihindari


Salam w.b.t dan hai semua.

Apa khabar? Apa khabar? Apa khabar? Hehehe….banyak pulop….InsyaAllah, kali ini kita mahu kongsikan sebuah perkongsian daripada Ustazah Nurhafizah Musa di Radio Klasik. Tazkirah ini berkaitan dengan sifat wanita yang perlu dihindari. Ustazah menceritakan tiga sifat, antara sifat lain boleh didapati dari Kitab Muhimah.

Sifat-sifat ini perlu dijauhi oleh para wanita kerana ia tidak disukai oleh Allah S.W.T dan juga manusia lain. Sekiranya wanita yang memiliki satu atau semua sifat-sifat ini diambil sebagai pasangan hidup, ia akan sangat menyakitkan dan menyusahkan diri si suami.

Tiga sifat adalah seperti berikut:

Al-Ananah

Al-Ananah ialah golongan perempuan yang suka berhias tetapi sangat suka berkeluh-kesah. Wanita ini suka mengadu-ngadu dan suka menyakitkan hati orang lain. Apa yang dia tahu, nak menghiaskan diri dia sahaja dan pada masa yang sama, suka berkeluh-kesah. Itu tak cukup, ini tak cukup. Adakah kita memiliki sifat Al-Ananah?

Al-Mananah

Al-Mananah pula ialah golongan perempuan yang suka mengungkit-ungkit. Setiap kebaikan yang dia pernah lakukan, dia ungkit meskipun kebaikan itu kecil. Dan walaupun perkara baik itu telah lama dilakukan, dia masih mengungkitnya. Contohnya dia kata, "Aku banyak buat kebajikan, padahal, engkau suamiku, langsung tiada guna". Dahlah dia ungkit kebaikan yang dia buat, lepas tu dia salahkan suami dia. Al-Mananah, adakah ia wujud dalam diri kita?


Al-Hunanah

Al-Hunanah ialah wanita yang mencintai lelaki lain dan berangan-angan ingin memiliki zuriat dengan lelaki lain. Sudah ada suami, tetapi mencintai lelaki lain. Wanita ini sudah memiliki suami, ada anak-anak, tetapi kadang-kadang dia masih berangan-angan ingin memiliki zuriat dengan lelaki lain. Al-Hunanah, moga kita dijauhkan dari sifat ini.

Ini adalah antara sifat yang seorang wanita perlu elakkan. Bagi kaum lelaki pula, akan menyusahkan diri para lelaki jika memiliki wanita yang sifat-sifat ini. 

Sebenarnya, banyak lagi sifat-sifat negatif yang mesti dilupuskan dan sifat positif yang perlu diterapkan dalam diri kita, khususnya para wanita. Secara umumnya, kita perlu berusaha menambah nilai diri kita dengan sifat-sifat mahmudah agar berjaya menjadi Wanita Solehah.

 
Oklah, itu sahaja setakat ini. Harap bermanfaat untuk semua, dan jom kita saling ingat-mengingatkan untuk menjadi Muslimah awesome. Jaga diri, jumpa lagi di entry lain.

Salam w.b.t.

P/S - Cemburunya dengan Nurul Artikah Alias, pelajar perubatan dari Moscow. Pemergian beliau berjaya menyentuh ramai jiwa. Meskipun nama kita hampir sama, tapi entahlah. Harap dapat contohi beliau, InsyaAllah

Thursday, 7 May 2015

Astaghfirullahaladziim


Salam w.b.t dan hai semua.

Apa khabar? Kita, Alhamdulillah...masih diberikan kesempatan oleh Allah S.W.T untuk bernafas di atas muka bumi ini. InsyaAllah, kali ini mahu dikongsikan sebuah tazkirah oleh seorang Ustaz di Radio Klasik Nasional mengenai Istighfar.

ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ

Astagfirullahaladziim…Kalimah yang sering dilafazkan untuk meminta ampun kepada Allah S.W.T.

Istighfar ini sangat bagus untuk membersihkan hati kita. Ustaz tersebut mengibaratkan kalimah istighfar sebagai wiper kenderaan. Manakala, hati kita adalah cermin kenderaan.

Bagi siapa yang tak tahu apakah itu wiper, mohon Google. Terima kasih. Ia digunakan untuk mengelap cermin kereta dari kotoran dan juga semasa hujan. Kemudian, kelajuan wiper ini boleh diubah-ubah; perlahan, sederhana laju, dan laju.

Wiper, bila kita tekan butang "On", maka ia akan bergerak ke kiri, ke kanan untuk membersihkan cermin kenderaan. Ia akan bertambah laju pergerakannya bila kita pilih paling laju. Semakin lama, semakin bersih cermin kenderaan kita, dan akhirnya makin jelas penglihatan kita melalui cermin itu. Bila dah bersih cermin itu, lagi mudahlah pemanduan kita.

Macam itulah juga istighfar.

Hati manusia, apabila kotor perlulah dibersihkan dengan meminta ampun kepada Allah S.W.T. Antara caranya adalah dengan beristighfar.

Astagfirullahaladzim….

Setiap istigfar itu, akan mencuci hati kita dari titik-titik hitam. Semakin banyak kita melafazkannya, semakin bertambah bersih kita dari noda-noda yang menggelapkan hati kita.

Apabila hati kita dah makin bersih, kita akan menjadi mudah untuk melalui kehidupan ini. Petunjuk dari Allah S.W.T akan menjadi mudah untuk kita lihat dan ikuti.

Oleh itu, setiap kali terlintas untuk melakukan maksiat dan setiap kali kita terlanjur melakukan perkara yang terlarang, cepat-cepatlah kita beristigfar. Pohon keampunan kepada Allah S.W.T.

Namun, seperti wiper, akan sampai satu masa di mana getah wiper itu akan haus dan sudah tidak effektif untuk digunakan lagi. Mungkin juga wiper itu akan patah sebab dah guna ganas sangat. Maka, kenalah ganti dengan wiper yang baru.

Begitulah juga dengan hati manusia. Kalau kita dah sering sangat melakukan maksiat, hati kita akan menjadi lut. Maksudnya, sampai satu masa, ia dah menjadi keras. Cahaya petunjuk sukar nak tembusi masuk. Istighfar mungkin dah tak mampu nak membersihkan hati kita yang dah semakin keras itu. Oleh yang demikian, perkara yang kita perlu lakukan adalah bertaubat nasuha dan mulakan dengan permulaan yang baru. Kembali kepada Allah S.W.T dan tidak ulang perkara yang Allah S.W.T murkai.

Oleh itu, marilah kita perbanyakkan istigfar. Astaghfirullahadzim….

Sekian untuk kali ini. Seperti biasa, jaga diri.

Salam w.b.t and Adios.

P/S - Hati manusia, berwarna merah. Hati hamba Allah S.W.T yang sejati, berwarna putih berseri. 


See you at the next pit stop