Salam wbt
dan Hai, folks.
Memandangkan
dah lama macam tak tulis benda yang bermanfaat, kita rasa nak kongsilah
pengalaman kita mencari kerja. Sebenarnya, pada saat kita mula menaip ni, kita
tak dapat kerja lagi. Semua application tgh pending/proses. Harapnya, ada yg
sudi menyunting kita utk diambil bekerja pada masa terdekat ni.
Haha..menyunting..ok, abaikan flowery word ni.
Apakah
tujuan kita kongsi ni? Firstly, ini pengalaman pertama kita mencari kerja sbg
engineer lepas graduasi. I think, it might help someone out there and give the
idea for those who are going to face similar phase as me. Mungkin ada yg rasa
bermanfaat, mungkin ada yg anggap “this is rubbish”. That is fine by me. Secondly,
kita share utk motivasi bagi sesiapa yg mungkin membaca ni. Ok, perkataan
motivasi mcm terlalu besar, kita ganti dgn semangat. Kita kongsi utk kasi semangat.
Tak kisahlah, job seeker atau students, atau sesiapa sajalah. So, ini bukanlah
bertujuan untuk memomokkan sesiapa.
Secara umum,
ni antara tmpt yg panggil untuk temuduga dan akan ada tambahan dari masa ke masa. Kita guna short form utk melindungi
nama mereka, kot ada kenalan atau sedara mara dlm tu kot terkecil hati.
- PTG
- AP
- Honeywell Engineering - HE
- Shin-Etsu Malaysia - SEM
- Strand Aerospace Malaysia - SAM
- GIS
- MSR
- Subsea
Pertama: Untuk PTG ni, kerja part time jadi tutor. Masa ni mula2 balik
lepas exam tu, pastu bersemangat lah apply. Saja nak isi masa mengajar anak
org. Dapat, tapi tak teruskan sebab tak dapat kebenaran emak dan faktor2 lain.
Antara faktornya, sebab balik malam dan membahayakan. Selain itu, waktu kerja
varies. Petang, malam, dan weekend. Ok, pastu terpaksalah tak teruskan.
Pengajaran:
Dengarlah cakap emak anda. Tapi better kerjalah part time kalau boleh. Hehehe..takde pengajaran sangat.
Kedua: AP ni kita apply melalui jenjob.com. Masa tu kita dapat panggilan
telefon petang rabu dalam pukul 4 ptg, org tu suruh dtg esoknya, khamis pukul
11 pagi. Masa tu macam, “Alamak! Nak cakap ape benda ni? Baju, kasut, tudung
takde. Fail tak kemas lg”. Nampak tak gelabah nya di situ? Malam tu, baca2 lah
details company ni. Company ni pejabatnya kat Sunway, sebelah Sunway Pyramid.
Masa baca tu, bisness company tu mcm tak sesuai langsung dgn keinginan di hati
dan apa yg kita study.
Lepas itu,
bincang2 dengan emak. Apa yang mak cakap masa tu, macam kasi rasa down
jugaklah. Sebab mak kata, ini scam ni. Panggil orang, nak suruh kita jual
produknya. Malam itu, macam “Kalau dah scam, malas lah nak pergi”. Pastu adik2
pun kata, “Alaaa.. kak. Ko pergi je. Belajar, cari pengalaman interview. Ko
pergi utk belajar je. Tak rugi pun”. Masa tu, dalam hati berdoa apa yg mak ckp
tu salah dan biasalah, remaja ni sifatnya memberontak. Rasa diri sendiri yang
betul belaka.
Pagi tu,
kuatkan semangat lah pergi. Masa tu pergi dgn adik yg bongsu. Dia yg drive,
bawak keta kancil. Senang nak mencilok. Kalau siapa yg tau, dari Puchong, kena
lalu area IOI Mall, toll Sunway. Azab juga lah traffic area situ kalau hari
bekerja. So, kereta comel harapnya dptlah mencilok dengan smoothnya. Adikku
terer lah. Masa tu sampai awal 45 minit, maka duduk-duduk lah dulu. 15 minit
sebelum pukul 11 pagi, kita pun pergi. Tempatnya macam rumah kedai sederet
dengan kedai lain tetapi tingkat dua. Masa itu dalam kepala, 50 percent dah
bersedia untuk terima hakikat bahawa ini adalah scam dan kena alert dgn
persekitaran, tengok arah mana nak cabut just in case anything happen. 50
percent lagi bersedia utk interview.
Masuk je
dalam office tu, orang lelaki berbangsa India yang sambut, namanya Alex. Dalam
ofis tu, macam takde apa. Adalah plak, medal, dan sijil bagai. Pastu ada poster
pasal company AP ni. Ada dua orang perempuan, tengah salin-salin something
dekat whiteboard. Kita teliti lah apa yg tertulis atas whiteboard tu.
Antaranya, lebih kurang macam inilah ya, “Adab-adab menegur pelanggan”,
“Selamat Pagi”, “Terima kasih”, dan banyak lagi lah. Umur dua orang perempuan
tu dalam range umur kita la (Cari sendiri umur kita). Sambil kita duduk-duduk
tu, kita tengoklah persekitaran. Tiada employee lain dah, Alex tu jelah. Temuduga
tu sekali gus dengan lagi dua orang lelaki, tak ingatlah nama mereka. Sorang
tu, fresh graduate dgn marine engineering background dari UniKL tp tak ingt
UniKL mana. Sorang lagi, dah pernah bekerja di rumah kebajikan sebagai kerani,
nak cari pekerjaan baru. Interview tu dalam 20 – 30 minit, campur-campur BM dan
BI. Masa interview tu, tak banyak yg Alex tanya pasal apa yang kitorang boleh
buat. Misalnya, kemahiran teknikal ke, latar belakang pendidikan, dan
lain-lain. Basically, dia suruh perkenalkan diri tak sampai sepuluh minit pun.
Selebihnya, dia terangkan business nya. Apa yang company tu buat, dan apa yang
employees nya buat. Dia cakaplah company nya paling bagus, apa entah. Oh, kita
ada terbaca kat dinding yang kata HR terbaik tahun ni. Sambil2 dia explain tu,
kita tnya lah banyak soalan just nak tengok berapa jauh dia boleh pergi. Dalam
kepala otak kita, “Aku dah pernah masuk company yg lagi bagus. Macam Malakoff,
MMHE, Technip, SLB. Jauh sangat bezanya ni”. Dah akhir sesi tu, dia cakaplah
esok (Jumaat) datang pukul 8 pagi untuk bincang pasal gaji dan lain-lain. Dah
tu, kita dan yang lain dah nak start blah. Pastu, dia hantar budak-budak lelaki
ke arah pintu dan tutup pintu. Maka tinggallah kita dalam tu. Masa tu dia cakap
(lebih kuranglah) seperti berikut:
Alex: I
would like to speak with you about your strength.
Me: Yes,
sure.
Alex: I can
see that you have excellent communication skills and you are thinking-type
person. I can see that because you asked a lot of questions, which show that
you are interested and understand what I say.
Me: Oh, it
is my habit to ask questions (Tolong jangan muntah semua).
Alex: Ok,
that is good. That is good. Ok, I hope I will see you tomorrow.
Me: Alright.
I will see you tomorrow.
Pastu, saya
pun blah cepat-cepat sebab ingat nak kejar yang lelaki dua orang yang interview
sekali. Nak cakap, ini scam. Tapi masa keluar tu, dorang dah tiada. Pastu, kita
pun pergilah ke arah kereta tempat adik kita tunggu. Adik cakap, “Kak, kita
kena saman sebab salah parking”. Haish…Petang tu buat research lagi pasal
company AP ni berdasarkan maklumat tambahan yg dia kasi masa interview tu dan juga
hasil google mak kita. Esoknya, kita tak datang. Sah, SCAM!
Pengajaran:
Selidik betul-betul company sebelum datang interview. Selain itu, pastikan kita
lindungi maklumat diri kita sebab bila dah letak online, sangatlah
membahayakan. Akhir sekali, sebelum pergi interview, pastikan parking kereta
kat tempat yang betul.
Ketiga: Honeywell Engineering
Yang ketiga
ni, kita tak apply pun. Dia dapat maklumat kita melalui Jobstreet.com, pastu
dia call dan interview melalui phone utk Mechanical Designer position. Orang
yang call tu namanya Jonathan, HR person utk HE inilah. Panik juga sebab
rasanya, takde hantar application. Dia pun explain serba sedikit pasal company
ni, terlibat dengan Oil and Gas, lebih kepada petrochemical process. Hujung
perbualan tu dia cakap, kalau terpilih, baru interview face-to-face dengan boss
dia. Lepas call tu, kita google, dan ya, company ni wujud dan bukan scam.
Yelah, tak nak perkara sebelum ini berulang lagi. Basically, company ni dari
US, ada branch di Malaysia. Dalam 2 minggu lepas itu, dia call suruh datang
untuk interview dengan boss nya hari Isnin pukul 9 pagi.
Company tu office nya
di Jalan P.Ramlee, KL. Pagi tu bertolak pukul 7 pagi, jalannya sesak sugguh.
Rasa nak menangis duduk dalam kereta, dengan nak interviewnya. Emak yang drive
pagi tu. Dalam pukul 8.30 pagi, mesej Jonathan ckp kita lambat sampai sebab
traffic teruk. Kita tak pernah bayangkan mcm ni teruk jalannya, sebab jalan ni
biasa lalu. Biasanya, tak sampai 30 saat pun lalu. Pagi tu, bukan 30 saat, nak
dekat 40 minit gerak macam siput. Akhirnya, pukul 9.10 pagi kita dah masuk
interview. Nama boss nya Alex, Chinese guy, around 40s. Jonthan takde, Alex ni
yang interview kita. Dia ni Project Engineer dan dia ada team of engineer dalam
26 orang. Sekarang ni, dia nak tambah lagi dua engineer. Jadinya 28 orang la
dalam team tu. Setiap orang dalam tu, adalah positionnya. Antaranya, Process
Engineer, Piping Engineer, dan lain-lain. Banyaklah…dan team tu orang yang
berpengalaman 7-8 tahun dan kita fresh graduate. Nampak tak beza di situ? Dia
tanye pasal diri, pengalaman, belajar, dan beberapa perkara biasa dalam
interview. Tetapi, yang uniknya interview kali ini, dia layan kita ni macam
kita ni dah 10 tahun bekerja dalam bidang O&G dan soalannya lebih kepada
bahagian proses. Masa itu, memerah jugalah kepala otak ni. Segala yang Brendan
ajar masa second year terpapar. Soalan yang lain misalnya, Mud mat, jarak
Perth-KL, kelajuan kapal terbang, ketinggian ia terbang, circumference of
Earth, dan lain-lain yang tak ingat sgt. Banyak soalan ni kita tak tau sebab
tak amik tau dan biasanya, dah tidur mati bila taklimat keselamatan dalam
flight tu. Dia pun ada bercerita pandangan dia pasal beza BMW-Proton, MAS dan
airlines lain, dan mengkritik generasi Y. Rasanya, dia tu generasi X sebab dah
tergolong dalam golongan tua yang suka membebel. Bila dia dah banyak cakap tu,
kita pun dah lost. Macam nak angkat kaki sebab rasanya tak relevan sangat
dengan perkara yang dibincangkan. Tapi, kita dengar jelah dia cakap diikuti
musik zapin yang perut ni buat. Lama jugalah interview dalam 1 jam 15 minit.
Balik tu, kita list kan soalan dan perkara yang dibincangkan untuk rujukan pada
masa akan datang. Memang tak panggil kerja pun.
Pengajaran:
Company ni lebih kepada mencari orang untuk buat kerja dengan betul dan cekap.
Dia bukan nak guide dan ajar kita buat kerja sebab dorang takde pengalaman hire
fresh graduate. Dorang pun tak nak bazirkan resources utk mengajar orang. Dalam
team tu pun, ramai yang senior engineer. So, kalau nak masuk team ni, sebagai
seorang fresh graduate, kenalah catch up dengan diorang yang dah bertahun-tahun
pengalaman. Kita fikir kalau masuk, kena jadi ‘probie’. Kalau anda peminat
NCIS, anda sure tau maksud ni.
InsyaAllah, till next time. Take care folks!
Salam w.b.t.
No comments:
Post a Comment
What is on your mind? Share it with me :D