Thursday 12 June 2014

Job Hunting - Chapter 1



Salam wbt dan Hai, folks.

Memandangkan dah lama macam tak tulis benda yang bermanfaat, kita rasa nak kongsilah pengalaman kita mencari kerja. Sebenarnya, pada saat kita mula menaip ni, kita tak dapat kerja lagi. Semua application tgh pending/proses. Harapnya, ada yg sudi menyunting kita utk diambil bekerja pada masa terdekat ni. Haha..menyunting..ok, abaikan flowery word ni.

Apakah tujuan kita kongsi ni? Firstly, ini pengalaman pertama kita mencari kerja sbg engineer lepas graduasi. I think, it might help someone out there and give the idea for those who are going to face similar phase as me. Mungkin ada yg rasa bermanfaat, mungkin ada yg anggap “this is rubbish”. That is fine by me. Secondly, kita share utk motivasi bagi sesiapa yg mungkin membaca ni. Ok, perkataan motivasi mcm terlalu besar, kita ganti dgn semangat. Kita kongsi utk kasi semangat. Tak kisahlah, job seeker atau students, atau sesiapa sajalah. So, ini bukanlah bertujuan untuk memomokkan sesiapa.

Secara umum, ni antara tmpt yg panggil untuk temuduga dan akan ada tambahan dari masa ke masa. Kita guna short form utk melindungi nama mereka, kot ada kenalan atau sedara mara dlm tu kot terkecil hati. 

  • PTG
  • AP
  •  Honeywell Engineering - HE
  •  Shin-Etsu Malaysia - SEM
  • Strand Aerospace Malaysia - SAM
  • GIS
  • MSR
  • Subsea 

Pertama: Untuk PTG ni, kerja part time jadi tutor. Masa ni mula2 balik lepas exam tu, pastu bersemangat lah apply. Saja nak isi masa mengajar anak org. Dapat, tapi tak teruskan sebab tak dapat kebenaran emak dan faktor2 lain. Antara faktornya, sebab balik malam dan membahayakan. Selain itu, waktu kerja varies. Petang, malam, dan weekend. Ok, pastu terpaksalah tak teruskan.

Pengajaran: Dengarlah cakap emak anda. Tapi better kerjalah part time kalau boleh. Hehehe..takde pengajaran sangat.


Kedua: AP ni kita apply melalui jenjob.com. Masa tu kita dapat panggilan telefon petang rabu dalam pukul 4 ptg, org tu suruh dtg esoknya, khamis pukul 11 pagi. Masa tu macam, “Alamak! Nak cakap ape benda ni? Baju, kasut, tudung takde. Fail tak kemas lg”. Nampak tak gelabah nya di situ? Malam tu, baca2 lah details company ni. Company ni pejabatnya kat Sunway, sebelah Sunway Pyramid. Masa baca tu, bisness company tu mcm tak sesuai langsung dgn keinginan di hati dan apa yg kita study. 

Lepas itu, bincang2 dengan emak. Apa yang mak cakap masa tu, macam kasi rasa down jugaklah. Sebab mak kata, ini scam ni. Panggil orang, nak suruh kita jual produknya. Malam itu, macam “Kalau dah scam, malas lah nak pergi”. Pastu adik2 pun kata, “Alaaa.. kak. Ko pergi je. Belajar, cari pengalaman interview. Ko pergi utk belajar je. Tak rugi pun”. Masa tu, dalam hati berdoa apa yg mak ckp tu salah dan biasalah, remaja ni sifatnya memberontak. Rasa diri sendiri yang betul belaka. 

Pagi tu, kuatkan semangat lah pergi. Masa tu pergi dgn adik yg bongsu. Dia yg drive, bawak keta kancil. Senang nak mencilok. Kalau siapa yg tau, dari Puchong, kena lalu area IOI Mall, toll Sunway. Azab juga lah traffic area situ kalau hari bekerja. So, kereta comel harapnya dptlah mencilok dengan smoothnya. Adikku terer lah. Masa tu sampai awal 45 minit, maka duduk-duduk lah dulu. 15 minit sebelum pukul 11 pagi, kita pun pergi. Tempatnya macam rumah kedai sederet dengan kedai lain tetapi tingkat dua. Masa itu dalam kepala, 50 percent dah bersedia untuk terima hakikat bahawa ini adalah scam dan kena alert dgn persekitaran, tengok arah mana nak cabut just in case anything happen. 50 percent lagi bersedia utk interview. 

Masuk je dalam office tu, orang lelaki berbangsa India yang sambut, namanya Alex. Dalam ofis tu, macam takde apa. Adalah plak, medal, dan sijil bagai. Pastu ada poster pasal company AP ni. Ada dua orang perempuan, tengah salin-salin something dekat whiteboard. Kita teliti lah apa yg tertulis atas whiteboard tu. Antaranya, lebih kurang macam inilah ya, “Adab-adab menegur pelanggan”, “Selamat Pagi”, “Terima kasih”, dan banyak lagi lah. Umur dua orang perempuan tu dalam range umur kita la (Cari sendiri umur kita). Sambil kita duduk-duduk tu, kita tengoklah persekitaran. Tiada employee lain dah, Alex tu jelah. Temuduga tu sekali gus dengan lagi dua orang lelaki, tak ingatlah nama mereka. Sorang tu, fresh graduate dgn marine engineering background dari UniKL tp tak ingt UniKL mana. Sorang lagi, dah pernah bekerja di rumah kebajikan sebagai kerani, nak cari pekerjaan baru. Interview tu dalam 20 – 30 minit, campur-campur BM dan BI. Masa interview tu, tak banyak yg Alex tanya pasal apa yang kitorang boleh buat. Misalnya, kemahiran teknikal ke, latar belakang pendidikan, dan lain-lain. Basically, dia suruh perkenalkan diri tak sampai sepuluh minit pun. Selebihnya, dia terangkan business nya. Apa yang company tu buat, dan apa yang employees nya buat. Dia cakaplah company nya paling bagus, apa entah. Oh, kita ada terbaca kat dinding yang kata HR terbaik tahun ni. Sambil2 dia explain tu, kita tnya lah banyak soalan just nak tengok berapa jauh dia boleh pergi. Dalam kepala otak kita, “Aku dah pernah masuk company yg lagi bagus. Macam Malakoff, MMHE, Technip, SLB. Jauh sangat bezanya ni”. Dah akhir sesi tu, dia cakaplah esok (Jumaat) datang pukul 8 pagi untuk bincang pasal gaji dan lain-lain. Dah tu, kita dan yang lain dah nak start blah. Pastu, dia hantar budak-budak lelaki ke arah pintu dan tutup pintu. Maka tinggallah kita dalam tu. Masa tu dia cakap (lebih kuranglah) seperti berikut:

Alex: I would like to speak with you about your strength.

Me: Yes, sure.

Alex: I can see that you have excellent communication skills and you are thinking-type person. I can see that because you asked a lot of questions, which show that you are interested and understand what I say.

Me: Oh, it is my habit to ask questions (Tolong jangan muntah semua).

Alex: Ok, that is good. That is good. Ok, I hope I will see you tomorrow.

Me: Alright. I will see you tomorrow.

Pastu, saya pun blah cepat-cepat sebab ingat nak kejar yang lelaki dua orang yang interview sekali. Nak cakap, ini scam. Tapi masa keluar tu, dorang dah tiada. Pastu, kita pun pergilah ke arah kereta tempat adik kita tunggu. Adik cakap, “Kak, kita kena saman sebab salah parking”. Haish…Petang tu buat research lagi pasal company AP ni berdasarkan maklumat tambahan yg dia kasi masa interview tu dan juga hasil google mak kita. Esoknya, kita tak datang. Sah, SCAM!

Pengajaran: Selidik betul-betul company sebelum datang interview. Selain itu, pastikan kita lindungi maklumat diri kita sebab bila dah letak online, sangatlah membahayakan. Akhir sekali, sebelum pergi interview, pastikan parking kereta kat tempat yang betul.

Ketiga: Honeywell Engineering

Yang ketiga ni, kita tak apply pun. Dia dapat maklumat kita melalui Jobstreet.com, pastu dia call dan interview melalui phone utk Mechanical Designer position. Orang yang call tu namanya Jonathan, HR person utk HE inilah. Panik juga sebab rasanya, takde hantar application. Dia pun explain serba sedikit pasal company ni, terlibat dengan Oil and Gas, lebih kepada petrochemical process. Hujung perbualan tu dia cakap, kalau terpilih, baru interview face-to-face dengan boss dia. Lepas call tu, kita google, dan ya, company ni wujud dan bukan scam. Yelah, tak nak perkara sebelum ini berulang lagi. Basically, company ni dari US, ada branch di Malaysia. Dalam 2 minggu lepas itu, dia call suruh datang untuk interview dengan boss nya hari Isnin pukul 9 pagi. 
Company tu office nya di Jalan P.Ramlee, KL. Pagi tu bertolak pukul 7 pagi, jalannya sesak sugguh. Rasa nak menangis duduk dalam kereta, dengan nak interviewnya. Emak yang drive pagi tu. Dalam pukul 8.30 pagi, mesej Jonathan ckp kita lambat sampai sebab traffic teruk. Kita tak pernah bayangkan mcm ni teruk jalannya, sebab jalan ni biasa lalu. Biasanya, tak sampai 30 saat pun lalu. Pagi tu, bukan 30 saat, nak dekat 40 minit gerak macam siput. Akhirnya, pukul 9.10 pagi kita dah masuk interview. Nama boss nya Alex, Chinese guy, around 40s. Jonthan takde, Alex ni yang interview kita. Dia ni Project Engineer dan dia ada team of engineer dalam 26 orang. Sekarang ni, dia nak tambah lagi dua engineer. Jadinya 28 orang la dalam team tu. Setiap orang dalam tu, adalah positionnya. Antaranya, Process Engineer, Piping Engineer, dan lain-lain. Banyaklah…dan team tu orang yang berpengalaman 7-8 tahun dan kita fresh graduate. Nampak tak beza di situ? Dia tanye pasal diri, pengalaman, belajar, dan beberapa perkara biasa dalam interview. Tetapi, yang uniknya interview kali ini, dia layan kita ni macam kita ni dah 10 tahun bekerja dalam bidang O&G dan soalannya lebih kepada bahagian proses. Masa itu, memerah jugalah kepala otak ni. Segala yang Brendan ajar masa second year terpapar. Soalan yang lain misalnya, Mud mat, jarak Perth-KL, kelajuan kapal terbang, ketinggian ia terbang, circumference of Earth, dan lain-lain yang tak ingat sgt. Banyak soalan ni kita tak tau sebab tak amik tau dan biasanya, dah tidur mati bila taklimat keselamatan dalam flight tu. Dia pun ada bercerita pandangan dia pasal beza BMW-Proton, MAS dan airlines lain, dan mengkritik generasi Y. Rasanya, dia tu generasi X sebab dah tergolong dalam golongan tua yang suka membebel. Bila dia dah banyak cakap tu, kita pun dah lost. Macam nak angkat kaki sebab rasanya tak relevan sangat dengan perkara yang dibincangkan. Tapi, kita dengar jelah dia cakap diikuti musik zapin yang perut ni buat. Lama jugalah interview dalam 1 jam 15 minit. Balik tu, kita list kan soalan dan perkara yang dibincangkan untuk rujukan pada masa akan datang. Memang tak panggil kerja pun.

Pengajaran: Company ni lebih kepada mencari orang untuk buat kerja dengan betul dan cekap. Dia bukan nak guide dan ajar kita buat kerja sebab dorang takde pengalaman hire fresh graduate. Dorang pun tak nak bazirkan resources utk mengajar orang. Dalam team tu pun, ramai yang senior engineer. So, kalau nak masuk team ni, sebagai seorang fresh graduate, kenalah catch up dengan diorang yang dah bertahun-tahun pengalaman. Kita fikir kalau masuk, kena jadi ‘probie’. Kalau anda peminat NCIS, anda sure tau maksud ni.

InsyaAllah, till next time. Take care folks! 

Salam w.b.t. 

No comments:

Post a Comment

What is on your mind? Share it with me :D

See you at the next pit stop