Salam w.b.t dan hai
semua,
Dalam entry ni, kita
mahu tulis pengenalan mcm ice breaking lah. Pengenalan sebab apa tulis blog, apa yang nak dicapai
dengan terhasilnya blog ini, dan beberapa perkara yang akan diselitkan dalam
entry ni. Wahaha...peliknya rasa. Yelah, mana tak peliknya sebab ini perkara pertama
yang patut dikarang sebelum menulis perkara lain. Tak begitu?
Hahaha...Takpelah, biar lambat asalkan selamat.
Kenapa tiba-tiba?
Mungkin orang akan
tanya, "Kenapa tiba-tiba ko nak tulis blog? Ko tu bukannya vlogger hot
macam MatLutfi or bukannya mcm Hanis Zalikha. Tak ngetop mcm dorang. So, what's
the point?". Wahahaha…panas!!!...tapi betul pun, bukannya top, cun, cute miut
ke hape, tapi kita memang saja nak tulis. Sebenarnya, kita ada dah start tulis
sikit-sikit sejak dari Aussie lagi tp kita peram dalam laptop je. Malas nak
viralkan (ceh, viral. Muntah hijau semua).
Tapi bila dah balik Mesia, rasanya mcm nak kongsi perjalanan kita. Khususnya
perjalanan kita mencari tapak untuk memulakan kerjaya yang kita idamkan dan
kita yakin pasti akan berguna kepada orang lain khasnya adik beradik kita.
Selain itu, kita
hanyalah insan marhaen, tidak reti bercakap sehebat Hilal Ashraf, jauh lagi
secun Anzalna, dan tidaklah sesedap suara Najwa Latif. Tapi, kita ada satu
perkara yang kita suka, kita suka kongsi cerita. Cerita apa? Macam2.
Kebiasaanya, kita akan berkongsi cerita dengan orang yg kita rapat dan selesa
secara verbal, tapi semakin meningkat dewasa ni, mcm kesempatan utk berkongsi
cerita ni tak sentiasa ada. Yelah, orang pun sibuk dengan hal masing-masing.
Yang pernah rapat mesra, mungkin dorang pun dah jauh. Yang tengah belajar, kena
belajar. Yang nak kawen, siapkan majlis kawen. Yang tengah mencari rezeki,
kenalah bekerja.
Berbalik kepada
cerita, cerita tu bukanlah sekadar cerita. Mungkin panduan, tips and tricks,
motivasi (over tak, motivasi?), pahit
manis, dan macam-macam lagi. Dalam kehidupan ni, setiap orang ada manfaatnya
kepada orang lain. Cuma kita semua tak tahu siapa yang akan memberi manfaat,
dan siapa yang akan terkesan dengan apa yang diberi. So, penting sekali untuk
kita semua berusaha menjadi orang yang bermanfaat tak kira tempat, masa, dan
juga orang di sekitar kita. Berdasarkan ini, kita pun buatlah blog ini.
Lagipun, bukan kena bayar pun kan? Hehehe….
Apa yang nak dicapai?
Melalui blog ini,
kita tidaklah mahukan apa-apa. Cukuplah sekadar tempat untuk kita menulis apa
yg kita lalui, dan harapnya dapatlah tolong sikit-sikit orang lain. Selain itu,
kita harap bila-bila masa kita susah, senang, dan pada masa akan datang, kita boleh
datang kembali dan baca apa yg kita tulis untuk mencari pengajaran. Yelah,
kehidupan ni bukannya sentiasa senang dan gembira, ada masanya yg kita akan
jatuh terhenyak sampai hilang semangat. Kadang-kadang, ada masa senang yang
mungkin akan diuji Allah dengan kealpaan. Yelah, diri kita pun bukanlah
sentiasa dikelilingi dengan orang yang saling ingat-mengingati. So, ini macam
peringatan dan seperti anchor untuk kita sentiasa behave. Ibaratnya seperti
layang-layang, kalau terbang bebas serta talinya terbiar tak dikawal, mungkin
petaka yang akan menanti layang-layang tu. Misalnya tersangkut di pokok,
terputus talinya, dan lain-lain. Of course, rujukan utama umat Islam adalah Al
Quran dan hadis, bukannya blog ya.
My Little Pit Stop?
Seperti yang semua
tahu, kehidupan atas dunia ni adalah sebuah perjalanan dan akhirat adalah
perhentian yang paling muktamad. Berdasarkan ini, kita namakan blog ni "My
Little Pit Stop". Ia adalah tempat perhentian kita sebelum meneruskan
perjalanan. Macam R&R sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan lah. Kalau seorang
driver memandu dari Kedah ke Johor, mestilah berhenti kat mana-mana R&R
untuk solat, gi toilet, makan minum, rehat jap sebelum teruskan perjalanan.
Kalau drive straight, tak henti-henti, itu bukan manusia namanya. Mungkin
kereta kuning yang tiada pemandu di Lebuhraya Karak. Kasi seram sikit,
wahahaha...Seperti itulah ibaratnya.
English atau Bahasa?
Dalam blog ni, kita
tak tetapkan secara spesifik nak tulis dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Pada
awalnya macam nak tulis dalam BM je, tp mcm ada sesetengah perkara itu lebih
sesuai ditulis dlm Inggeris juga. So, it depends. Anyway, I will prone to write
in English as a measure to improve my English. Sebab kita nak tingkatkan
penguasaan bahasa Inggeris kita yg mcm hampeh ni dan belajar vocabularies yg
lebih santai dan kasual. Sebelum2 ni lebih kepada bahasa akademik dan teknikal.
Yelah, kalau jumpa org awam, takkan mahu nak cakap bahasa teknikal. Mahu
tercirit orang yang bercakap dan orang mendengarnya. Hahaha...
Berapa kali update nanti?
Kita tak dapat nak
kasi tahu secara tepat berapa kali kita nak update blog ni. Bergantunglah, ikut
kelapangan. InsyaAllah akan cuba update selalu. Tetapi kalau ada soalan or nak
tanya khabar(wahahaha), boleh je contact
via facebook or email. Tiada masalah.
Ok, itulah sedikit
sebanyak pengenalan dari kita. Harapnya dapatlah idea sedikit sebanyak apa yg
kita cuba sampaikan. Sekiranya ada salah silap, mohon perbetulkan kita secara berhemah ya. Tak semua orang sempurna
walaupun secara zahirnya nampak sempurna. Ok, take care dan Happy reading guys.
Hopefully you will get something from here.
Salam w.b.t.
Salam akak. I came across ur blog when i sarched for SL1M review and ur blog has been very helpful and full of insights for job seeker/ fresh graduate and from a different major like me. Thank you for your warm words via writing it truly motivates me. Just to let u know, u has improved tremendously in writinh in English just aa u wished when u started blogging as it is evident from your first post that I read and your earlier post. Keep on writing kak, it is very insightful. Tq
ReplyDeleteHi,
DeleteTerima kasih sebab sudi singgah ke blog yang tidak seberapa ini. Harapnya ada lah sedikit sebanyak manfaat yang awak boleh ambil.
:)