Salam w.b.t dan hai
semua.
Apa khabar anda di
sana? Saya di sini bebaik saja. Masih menunggu dan bersabar dengan setiap yang
berlaku serta berdoa yang terbaik. Wahaha….Harapnya korang semua pun dalam
keadaan yang baik dan cun-melecun sentiasa. Kali ini kita mahu bercerita
tentang jiran. Yes, JIRAN! Macam random je topik ni kan? Tidaklah random
sebenarnya, memang serius nak cerita pasal jiran dan pengalaman hidup berjiran
neyh.
Pada pandangan
korang semua, apakah maksud jiran? "Hekeleh, kacang kuda je soalan tuh.
Jiran tu maknanya orang yang duduk dekat dengan rumah kita lah", komen
seorang pembaca sambil tumbuk meja sebab menjangka soalan yg lebih mencabar
minda. Oklah, betul la tuh tapi kurang tepat. Ingat tak dulu masa kecik-kecik
belajar kat sekolah yang jiran bermaksud (lebih
kurang ginilah), "Jiran ialah orang yang berdekatan dengan rumah
kita sama ada di kanan, kiri, di depan atau belakang mahupun di tingkat atas
ataupun bawah hingga 40 rumah dari setiap sudut". Lepas kita tau definisi,
kita pun belajar pasal jenis-jenis jiran, ciri-ciri jiran yg disenangi, adab
dengan jiran, dan macam-macam lagi kan. Ingat tak? Kalau tak ingat, tolong
kurung diri sendiri dalam bilik dengan buku teks agama Islam dalam bilik selama
mana yang boleh. Hahaha...takdelah, gurau senda ja. Sebenarnya banyak yg kita
belajar pasal jiran ni dan boleh diaplikasikan terus ke dalam realiti serta
amalkan sepanjang hayat. Bukannya susah pun sebenarnya, kalau tak belajar pun
boleh guna common sense dan akal yang dikurniakan Sang Pencipta. Mudah
sebenarnya kalau nak disimpulkan dalam satu ayat, "Layan orang seperti
mana anda mahu dilayan". Simple kan?
Sekarang ni famili
kita dah pindah ke Batang Kali, InsyaAllah for good. Selama ini dah banyak
pindah, duduk di Seri Gombak, Puchong, dan Batang Kali. Dalam setiap kawasan ni
pun pindah-randah juga. Biasalah kan kalau duduk menyewa memang takkan tetap
kat satu tempat. Sepanjang ni macam-macam
ragam jiran tetangga yang ditemui. Bukan kita experience directly,
tetapi mak dan adik-adik kitalah. Sebab kita duk asrama, gi uni dan balik pun
sekali-sekala. Kalau kena pun bila balik bercuti di rumah. Sepanjang hidup
bermasyarakat ni, hampir kesemua jiran yang ditemui lebih kurang baiknya dari
baik. Maksudnya, lebih kurang 80 peratus jiran yang ditemui tidak bagus. 20
peratus, bolehlah dikatakan bagus atau berkecuali. Kita lebih suka bincangkan
yang 80 peratus nih. Tak taulah kenapa mereka berperangai sedemikian. Bukannya
selang 40 rumah, tetapi sebelah atau depan rumah. Paling jauh pun selang dua
rumah dari rumah kita. Nampak tak permainannya di situ? Mana mak aku tak mengamuk
kalau dah pekena dek jiran yang "bagus-bagus" nih.
Antara jiran yang
'bagus' ni, depa gi bela kucing beranak pinak letak depan rumah. Mesti korang
kata, "Chill lah, bukan depan rumah ko pun". Lupa nak cakap, ni duduk
apartment dan pintu masuk bertentangan satu sama lain. Selain itu, pihak pengurusan
apartment memang tak benarkan bela kucing dalam kawasan rumah. Lagi pula kucing
tu bukan sekor, tapi siap bapak, mak, dan anak-anak dan ada yg tgh bunting.
Faham, kucing tu binatang kesayangan Rasulullah S.A.W. Tapi kalau mengganggu
ketenteraman awam, bukan tak bagus ke? Time kitorang nak masuk umah,
kucing-kucing tu pun beratur nak masuk umah. Pastu kalau terlepas masuk,
berlari berkejaranlah kitorang nak kejar supaya tak kucing2 tu tak gi ke arah
hamster. Kadang-kadang ada taik depan pintu dan pemilik kucing tu tutup dengan
surat khabar. Baunya tak menyenangkan, dan memalukan kalau orang datang umah.
Kucing tu banyak, tp semua terkurung dalam sangkar yg sangat padat. Macam kalau
orang tengok, rasa macam menyeksa kucing bukannya sayang kucing. Pastu bila
kita balik umah, dengar mak komplen2, kita dan adik2 pun decide lah buat
laporan. Dah tu nak wat mcm mana? Buat cara baiklah kan, gi hntr report. Report
pertama, bertahan 2 minggu je tak silap kita. Dia simpan dalam rumah, pastu
keluarkan balik. Kita buat report lagi utk kedua kalinya, dan pengurusan kata
kalau ada report ketiga, akan panggil Jabatan Haiwan utk bawak kucing-kucing
tu. Lepas tu, yg kita tau kucing-kucing dan sangkar dah takde. Kita assume dorg
bawak masuk umah sebab dah kena warning. Lantaklah, yg penting sesuatu berlaku.
Masalah kucing ni
tak terhenti takat tu je. Bila dah pindah ke Batang Kali ni, masih ada lagi
pencinta kucing yg tak bertanggungjawab dalam kalangan jiran. Rumah kita ni ada
kawasan tanah bahagian depan rumah yg ditanam pokok mangga. Kat belakang pun
ade lah seciput tanah. Maka, tempat-tempat ni menjadi spot untuk kucing-kucing
ni buang air. Pemilik kucing ni macam tak tau malu atau mungkin takde rasa
bertimbang rasa. Hal ini dah jadi umpatan jiran-jiran lain sebab mungkin ada
najis-najis yg ditinggalkan kat rumah dorg, tetapi memandangkan rumah kita yg
paling dekat dengan si pemilik ni, maka mak kita diamkan ajalah. Yelah, nak
jaga hubungan lah. Bercakap, masih boleh borak lagi. Ada la sekali tu mak dan
adik kita kemas tanah kat depan rumah tu bersih2, mungkin sebagai silent
warning supaya jangan kasi kucing2 tu berak sini. Tapi lagi meriah pula. Si
pencinta kucing macam butakan mata dan pekakkan telinga. Tak taulah dah nak wat
mcm mana. Atok kita datang lawat rumah pun mcm tak tahan, dia gi amik cangkul
dan kambus dgn tanah taik kucing tu semua.
Bukan hal kucing je,
perangai jiran yg tak meyenangkan pun bnyk. Ada jiran yg renovate umah, bila
dah di renovate tmpt parking dorg pun takde. So, kereta gi parking depan umah
org. Famili kita ada dua keta, satu parking kat bahagian laman. Satu lg kat luar
pagar bawah pokok mangga. Masih lg dlm kawasan rumah kita sendiri. Walau
bagaimanapun, org yg renovate rumah ni gi parking dpn rumah kita. Masa sebelum
pindah rumah dan jarang balik, takde masalah pun. Tapi bila dah menetap ni,
agak-agaklah. Respect lah sikit. "Rileksla tiqah, bukannya masalah besar
pun". Memanglah bukan msalah besar, tapi kalau dah berderet keta jiran kat
kawasan umah sendiri, tak hangin? Kalau keta kitorg keluar, mcm gi kedai ke,
masa balik tiba-tiba ada kereta jiran tu amik spot kitorg. Tak hangin? Nak
masuk parking umah sendiri pun susah. Sorg tukang drive masuk parking, sorg
tukang tengok sisi kereta kot takut tercalar kereta kita dan langgar keta org.
"Duniawi je kereta tu", kata seseorang. Memanglah duniawi, tp kalau
dah berpenat lelah bayar duit kereta, tak sayang ke? Kalau langgar keta org,
mahu saman-menyaman dan berganti rugi bagai. Sedangkan beli henpon kalau calar
pun rasa mcm nak tukar, ni kan kereta. Mak kita selalu mengeluh pasal hal ini,
sebab susah nak parking. Hampir setiap hari, dan kita sebagai anak ni dengar je
lah. Tp kalau dah setiap hari dgr komplen dan takde tindakan diambil, panas
jugaklah punggung ni. Maka kita suggest mak kita suruh tinggalkan nota. Mcm
kalau di Aussie, sesetengah laman rumah org tu akan tulis, "No parking on
the verge". Kita nak buat lebih kurg macam tu la tp mak kita mcm takut,
risau rosakkan hubungan dan dipandang serong. Kita suruh mak fikir, nak buat ke
tak. Kalau nak, kita buatkan dan letak atas kereta dorg. Sehari dua lepas tu,
mak kita kata buat je lah tp tulis baik-baik. Maka, kita pun tulis dan letak
atas kereta jiran tu. Kita pun ckp kat mak, kot kalau jiran tu dtg persoalkn,
biar akak yg keluar dan bersemuka. "Waah, beraninnya ko tiqah!".
Banyaklah beraninya, takut gaklah tp kuatkn semangat je lah. Lagi satu kita ckp
kat mak, "Kalau org tu bertimbangrasa dan ada akal, dia takkan dtg marah
kita. Akak dah tulis sehabis baik dah". Esoknya, semua parking elok-elok
kat depan rumah masing-masing. Tetapi, hubungan mak kita dgn nenek dlm rumah tu
dah tak mesra la. Kalau dulu nenek tu selalu dtg berborak, skang ni dah tak
keluar rumah dah. Padahal, hal ini bukan libatkan dia, tp anak-anak dia. Cakap
kat mak kita, buat biasa je lah. Kalau nampak, tegur. Tpi kalau baik in terms
of berborak dan bergelak tawa, tp sampai tak boleh ditegur dan takde manfaat
hubungan baik tu, tak payahlah.
Ini nota yang kita letak atas kereta jiran tuh. Kurang ajar? Dah cuba sebaik adab yg boleh dah. |
Ada lg jiran yg
bersikap seperti, "Ko tak boleh lebih dari aku". Bila lebih, dia akan
cuba lawan dan buat macam-macam utk sakitkn hati kita. Padahal benda
bodoh-bodoh je, pada pndgn kita lah. Mak kita kenal kakak kepada suami jiran
tu, sebab satu tmpt kerja. Kakak dia dah warning sejak sebelum pindah lagi
supaya berhati-hati. Kita pun tak tau hati manusia ni, betullah kata pepatah,
"Rambut sama hitam, tp hati siapa tahu". Tp rambut pun dah beruban,
perangai hampeh. Kita pun tak tau apa yg lebih nya, tp kalau org dah sakit hati
ni, siapa tau. Buang sampah ke dalam laman rumah, buang puntung rokok ke dalam
laman, pagar rumah kena spray, kereta terjulur dan menghalang keluar masuk, dan
meludah ke dalam kawasan rumah. Ini apa yg kitorg nampak, bukan reka-reka. Mak
pun ckp kat bahagian sebelah keta ada kesan cucuh rokok. Selain tu, ada masa tu
angah duduk kat bangku dpn rumah. Tiba-tiba bunyi org bersedia buang ludah,
"Hak tuih", suatu lendir melompat dari arah rumah belah kiri landing
dekat dengan kereta. Angah pun terkejut badak dan terus berdehem. Jiran tu tak
nampak ada org kat situ kot, sebab tu seronok je meludah. Mungkin dah biasa
buat, tp kali ni terkantoi. Hambek ko! Terus angah berlari masuk rumah ckp kat
ak dan mak ak. Ini bukan anaknya yg meludah, tp bapak dia. Weyh, umur nak senja
dah kot. Perangai, hancor! Bila berdiskusi dgn mak dan angah, tengok balik
pagar rumah dia bukannya rendah. Kalau nak meludah, kena amik bangku atau
jongketkan badan utk lepasi pagar tu untuk meludah. Nampak tak usaha di situ?
Entahlah, mak kata kalau ada nampak lain kali, tegur je terus biar sedar sikit
org tua tu.
Itu lah antaranya
perangai yg ditemui bila hidup dlm masyarakat ni, tak semua baik. Bila kita dok
jauh dari rumah, dengar mak cerita sekali sekala mcm tak rasa lah effectnya.
Asyik cakap, "Sabarlah mak, sabarlah mak". Bila dah duduk sekali, tengok,
dan rasai sendiri, mahu hilang sabar. Lagi satu, dorg ni takde rasa HORMAT pd
org lain. Kita fikir faktor utama mungkin dalam rumah kita ni semua perempuan,
takde org laki, maka semua berani buat suka hati. Macam, "Alaa, pompuan.
Apa nak ditakutkn?". Wah!!! Ak fikir, doa org teraniaya dan anak yatim ni,
bila bergabung ni direct terus pada Allah. Kita pun sbg anak sulung, kena kasi
ikhtiar dan berani utk selesaikan masalah. Kalau
nak tunggu org laki, kena tunggu aku kawin atau adik2 aku kawinlah. Tak
boleh nak dibuli-buli dah mak kita dan sesuka hati je nak pedajal org. Korg yg
mungkin tak rasa duduk masyarakat, mungkin tak tahu dan tak faham. Tp nanti
bila dah kerja, duduk jauh dgn keluarga, dan hidup bermasyarakat ni, akan
nampaklah sikit demi sedikit. Kalau korg dok banglo, pagar tinggi-tinggi, dan
jauh dari kejiranan, tu lain cerita lah. So, sebagai jiran kalau anda ada
kucing, jaga elok2. Takde sapa marah bela haiwan peliharaan selagi anda jaga
elok-elok. Pastu perangai tu, cuba molek-molekkan supaya disenangi org. Guna
common sense dan treat others like how you want to be treated.
Oklah, itu je pasal
entry ni. Take care and salam w.b.t.
Assalamualaikum..walaupun post ni dah lama tp ni yg sy sedang alami dgn jiran bab parking n kucing tu. Nak tegur takut tersentap tapi dh makan taun bersabar😅. Sudahnya membebel sendiri jela. Anak n hubby jd tukang dengar..hehe..inshaAllah dlm usaha nak tegur direct tp berhemah. Doakan diorang xbermasam muka dgn kami ye. InshaAllah amiin.
ReplyDeleteSaya pun punya masalah sama mcm nie....kita sebagai penghuni tetap lebih rasa hormat pada jiran yang baru datang menyewa...kebanyakannya yang datang menyewa ini kurang menyenangkan....masalah kucing, bising bergaduh dll perlu kita hadam....setakat ini boleh diselesaikan walaupun perlu perang psikologi dan mulut huh
ReplyDelete