Monday 16 June 2014

Job Hunting - Chapter 3



Salam w.b.t and hello, Folks.

Apa khabar? So, how is your life so far. Harap-harapnya semua masih dalam keadaan terkawal. InsyaAllah kita akan kongsi pengalaman kita dalam mencari pekerjaan. Ini Chapter 3 ya. Boleh klik di link berikut sekiranya anda miss entry sebelum ni, Chapter 1 dan Chapter 2, jemput baca ya. 

Ketujuh: MFM

Ok, yang company ni kita apply melalui Mudah.my yang iklankn O&G Technical Engineer. Kita kasi tahu awal-awal la, company ni lah yang menyebabkan semangat kita hancur dan sehancur-hancurnya. Sejak itu, kita decide nak pindah rumah dari Puchong dan duduk dengan mak kita di Batang Kali. Sebelum ni family kita duduk di Puchong tapi mak kita pindah ke Batang Kali dalam awal bulan April, lepas balik dari Perth. Kita decide nak tinggal di Puchong, dengan alasan dekat dengan KL. Sejak saat itu, kita pun dah buat keputusan untuk teruskan dengan apa yang kita ada. Nanti kita kongsi apa yang kita ada. Kita memang dah tak boleh nak cope dengan penangan dari company ni. Kita akan cerita every bits and details utk pengalaman ni, sebab kita ingat setiap saat ni. Bukanlah berdendam, tapi terkesan jugalah dalam hati. 

Rabu – Dalam pukul 10-11 pagi, kita baca iklan di Mudah.my untuk cari O&G Technical Engineer dan kita pun apply. Hantar resume melalui emel. Dalam pukul 2.30 ptg pada hari yg sama, kita dapat call. Perbualannya lebih kurang macam ni ye;

Caller: Hello, sy nak bercakap dgn cik siti nor atiqah

Me: Ya, saya bercakap

Caller: OK, awak nak kerja tak?

Me: (Dalam hati, of course lah nak, tp entah sapa2 call. Tak introduce diri ke apa). Ya, saya tgh cari kerja lagi ni. 

Caller: Ok, awak ada apply kat Mudah.my kan? Kitorang nak kasi awak kerja berkaitan dgn facility management. Kalau dah ok, baru hantar ke KLCC. 

Me: Oh, ok. Tapi, bukan kat iklan tu O&G Technical Engineer ke? Kenapa tukar?

Caller: Eh, awak nak kerja mcm tu ke? Tapi perempuan susah la sikit.

Me: (Kita mcm bengang lah, iklan lain, cakap lain. Lepas tu, reason nya “perempuan susah la sikit”. Nampak mcm kebodohan terserlah di situ). Kenapa ye perempuan susah la sikit?

Caller: Erm, erm..kejap ye, sy tanya boss sy.

Me: Ok, tiada masalah.

**** (Dalam seminit dua tunggu) ****

Caller: Macam nilah, awak dtg interview dulu. Awak bila boleh datang? 

Me: (Dalam hati, ape ke hal org ni? Dia lah tetapkan masa, mcm main2 pulak). Ermm..

Caller: Esok, boleh?

Me: Esok? Ok. Pukul berapa?

Caller: Pukul berapa awak boleh datang?

Me: Erm… (sambil berfikir waktu yang sesuai)

Caller: 10.30 pagi, boleh?

Me: Ok, 10.30 pagi.

Caller: Ok, esok ye. Bawa sekali updated resume awak sbb yg sy ada ni tak lengkap mcm status perkahwinan ke. 

Me: Di mana ye nanti interview? (Kita memang ada apply, tapi bukanlah satu company je. Banyak, so tak ingt sgt nama company).

Caller: Alamatnya ada di website mudah.my, awak ada apply kn? Kat situ ada alamat.

Me: Ok, sy nak tahu saya bercakap dgn siapa ni?

Caller: Oh, saya Azlan. 

Me: Ok, jumpa esok pukul 10.30 pagi.

Dari perbualan telefon, kita rasa mcm tak professional langsung “Azlan” tu. Macam cakap dengan budak-budak sekolah. Dahlah tak perkenalkan diri, pastu tanya, “Awak nak kerja tak?”. Soalan apa mcm tu. Other than that, I can sense the gender discrimination or sexism practice in the company. Kita memang pantanglah kalau ada yang sexism ni, takkanlah nak tukar jantina semata-mata nak kerja sebagai engineer. Lagi satu, selama kita dipanggil interview, kita tak pernah la pula tetapkan hari apa, pukul berapa nak datang. Orang HR tu lah tetapkan berdasarkan availability of his boss, dan baru tanya kita boleh datang ke tak. Bukan sebaliknya, lagipun bukannya kita ni bukan sesiapa out of the blue pop up at someone’s office. Kita pun risau kot ini scam, sebab panggil terburu-buru. Tapi, kita decide untuk datang jelah. Malam tu, buat research dan baca websitenya. Ni macam syarikat yg ditubuhkan oleh bekas pekerja sebuah syarikat minyak di Malaysia. Dalam syarikat tu, ada dua jenis, MFM (management) dan MSR (technical). Yang diiklankan tu, lebih kepada MSR.

Esoknya, kita bertolak dengan mak kita ke Menara UOA, Bangsar, lokasi interview. Kita first sampai di officenya, dalam pukul 10.20 pagi. Tunggu kat lobi dan receptionist panggil Azlan.

Lepas tu, Azlan dtg. Dalam hati kita, padanlah tak nampak professional. Kita anggarkan umur dia dlm 23 atau 24 tahun dan mungkin baru start kerja. Kita ikut je la, dan dia suruh isi borang. Belum duduk lagi, dah tanye kita, “Tau pasal aircond?, wiring ke?”. Kita kata, “HVAC ke? Eh, kita akan bincang masa interview la kan?”. Macam entah apa-apa je, tak study resume ak ke? Job offer pasal O & G, tetiba tnye pasal aircond. Mabuk ke laki ni. 

Borang tu, basically pasal resume kita. Cuma ada lah maklumat tambahan misalnya, pasal adik beradik, nama atok nenek belah ayah dan mak, mcm irrelevant pun kalau letak. Lagi satu, mana lah tau nama penuh atok n nenek belah ayah kita. Kita isi pun seadanya je, dan pada masa yg sama ada beberapa calon lain datang. Dalam 5-6 org, dan diorg pun isi borang dan kita perasan dorang ada borang tambahan. Kita jelinglah nak tengok borang apa tu. Rupan-rupanya, borang tu buat essei, kenapa nak kerja ni, bila boleh start kerja, dan pasal diri. Kita berdoa kita tak dapat borang tambahan tu, sebab memang takde mood nak buat essei pagi-pagi ni. Kita dah siap isi, pastu Azlan panggil suruh masuk interview. Kita pun pergi masuk dengan sangkaan yg boss dia akan interview kita. Bila masuk je, JENG-JENG-JENG…….

Rupa-rupanya dia yg akan jadi interviewer. Hati kita pun masa tu mcm dah tawar, sebab mcm tak rasa seronok. Mungkin kita expect untuk berhadapan dgn boss dia, lebih challenging. Tapi kita teruskan jelah. Azlan tu pegang kertas A4, kita tengok kertas tu macam kertas markah. Untuk pelbagai aspek, macam komunikasi, ilmu pengetahuan, dan lain aspek dari  0 – 9 tak silap kita. Lepas borak-borak dgn Azlan dalam BM, dia pun ckp, “Oklah kita start interview dlm BI ye. Boleh ckp Inggeris kan?”. Kita pun takdelah nak bragging dan kita kata, “Bolehlah”. Dia pulak jawab, “Elleeh, mestilah lagi hebat ckp Inggeris dari saya sebab belajar luar negara”. Kita masa tu dalam kepala otak, memang sahlah budak ni first time interview org, baru masuk kerja, dan tak professional serta tak matang langsung. Dari segi percakapan, mcm kelakar sungguh.

Panjang sebenarnya kisah interview ni, tapi mood kita ni turun naik untuk menulis. Tapi takpelah, kita ceritakan sedia adanya lah ya. Ada tiga interviewers, Azlan, project manager, dan sorang engineer, semuanya laki. Yang dua orang lagi tu datang masa Azlan panggil dorang. Mula-mula Azlan interview kita untuk jadi Facility Supervisor kat KLCC. Kita peliklah, dan cakap kat iklan tulis lain. Sekarang cakap lain. Mana satu yang betul? Dan kita berminat dengan apa yang diiklankan tu. Dia macam, “Eh, yeke? Tapi macam tak sesuai”. Lepas kita tanya beberapa soalan, mungkin dia tak pasti nak buat apa, dia panggil boss dia. Tu yang dua orang masuk sekali dalam bilik tu. 

Pada awal interview tu, ada salah sorang tu sounds macam racist lah. Dia kata banyak applicants yg dari bangsa ***, dia kalau boleh nak amik Melayu. Yelah, mungkin dengan niat nak tolong bangsa Melayu. Kita pun masa tu, instantaneously ckp, “It is not a good thing to differentiate people based on their race”. The point is, kita ni masih outsider dan kalau nak pilih bangsa tertentu untuk bekerja, tiada kepentingan untuk cakap depan kita. Diorang boleh bincang in private dalam office, bukan depan kita sebab kita masih outsider. Bukanlah kita nak kata kita ni pejuang hak sama rata ke apa, tapi tak baguslah nak jadi racist. Selain itu, masa interview tu macam-macam lah ada soalan yang ditanya, macam interview yg biasa. Pasal O&G, BOSET, SOP, etc. Tapi dalam banyak-banyak soalan tu, ada soalan yang terlalu private dan tak rasional untuk ditanya. Antaranya perancangan untuk kahwin (tahun berapa, kenapa macam tu), kenapa nak kahwin sekian-sekian, pandai seni mempertahankan diri ke tak, dan boleh ke kerja di luar kawasan serta beberapa soalan lain yg tak irrelevant masa tu. Itu pandangan kita, ye lah mak kita sendiri pun tak tnya pasal private matters. Masa tu kita jawablah soalan diorang, tapi bila balik rumah tu macam fikir balik, the questions were rubbish. The interview was last for about an hour. 

Dari interview tu, dia suruh kita fikir kita nak ke tak kerja tu. Pastu dia suruh kita call ASAP untuk kasi tahu apa keputusan kita. Kita masa tu mcm, “BANG!!” terasa beban atas bahu kita. Kita fikir, kenapa kita pula nak decide. Adakah maksudnya kita dapat position tu? Sebab at the end of the interview tu pun dah siap explain pasal contract, salary, medical cover, etc. Lepas keluar dari office tu, kita rasa harapan tinggi dan sangat gembira. Kita cerita kat mak, dan mak pun happy sebab ada dapat kerja. Tapi kita pun nervous at the same time sebab fikir kalau ada possibility dapat better offer dari company lain. Sebab masa tu kita tengah tunggu beberapa lagi company lain. 


Lepas fikir2 dan bincang dgn mak, the next day kita call Azlan tu. Tahu tak dia cakap apa? Kita memang tak pernah jangka akan dapat jawapan mcm tu. Kita call cakap kita nak the position. Dia jawab, “Owh, nanti kitorang kena fikir balik. Sebab semalam ada bincang-bincang dengan orang lain. Dorang risau kot HOMESICK nanti”. Masa tu, kita terkedu dan telinga serta hati kita sangat panas. Kita tak melenting, tapi kita cakap, "Ok dan inform kita the outcome later on". Lepas tu kita letak telefon, dan tengok conversation tak sampai 3/4 minit. Kita fikir, “I have done my part, now it is theirs”. Lepas tu, kita baru rasa menyirap. Kita komplen kat mak, “Teruk sangat ke jadi perempuan ni? Takkan nak tukar jantina. Laki tu pun tak professional, kasi alasan macam budak sekolah. At least, katalah dalam perbincangan lagi ke”. Sedap sikit hati, kalau tak dapat position tu pun. 

HOMESICK?? This is rubbish, seriously. Diorang tak study resume kita kot. Personally, kita dari kecik, dah memang selalu pindah-pindah rumah, ikut mak dan ayah dan selalu berulang-alik kampung. Lepas UPSR (12 tahun), kita dah start tinggal di asrama dan tak duduk rumah full time sampailah degree. Hampir 11 tahun. Homesick? You said it to the wrong person, man. Lepas tu, kita memang takde letak harapan supaya dia ambil kita kerja. Kita kalau boleh nak kerja yang tak bertentangan dgn prinsip kita. Antara prinsip kita; (1) No gender discrimination dan (2) Equal opportunities for everyone regardless of their backgrounds (race, religion, politics, etc).

Sebenarnya ada lagi beberapa perkara, tapi kita tak cerita semuanya lah ya sebab tak sesuai untuk dikongsi dengan umum. 

Pengajaran: Lepas interview ni, memang motivasi sangat-sangat rendah. Dia kasi harapan, pastu dia hancurkan dan hempaskan harapan tu. Dari situ, kita buat beberapa keputusan drastic, untuk pastikan kita tak terus lemah semangat. Pengajaran untuk kita jugalah, jangan percaya 100 percent orang walaupun orang tu nampak baik dan innocent like a baby.  

KELAPAN: SUBSEA

Company ni kita apply dari Jobstreet.com but it was a long time ago. Dalam April mungkin, kita tak ingat bila exactly tapi kita tanya calon lain yang datang. Dorang cakap dorang apply dalam bulan April, so kita assume kita apply dalam masa tu. So, dia panggil interview tengah bulan June. 11th June to be exact. Macam ni, petang Isnin tu kita dapat call dalam pukul 6 petang. Kita tengah kemas rumah masa tu, kelam kabut angkat telefon. Yelah, tak expect orang akan call lepas office hour. Orang yang call ni perempuan Melayu, macam biasa, tak perkenalkan diri. Just jump to the position offered dan tanya boleh tak datang interview. Kemudian confirmkan alamat email dan expect email dalam masa dua hari. Dia akan emel details of the interview. Kita pun tanya nama dia, dan namanya Fazila. By the way, the position offered was Project Coordinator and Pipeline Inspection.


Esoknya (Selasa), pukul 6.45 petang, baru dapat emel. Tapi kita check emel dalam pukul 8 malam. Kita baca details, dan ok, interview pada hari Rabu, 11 June, 12 tengah hari. Kita fikir, “Owh, Rabu. Ada seminggu lagi, sempatlah nak prepare”. Pastu masa tengah makan terfikir, “Eh, ari ni 9 ke 10 june?” Pastu dengan cekap dan pantas, check email balik. 11 June, dan hari ni adalah Selasa dan 10 June. ESOK! 

Alamak, baju, file, tak study lagi. Lepas tu cepat-cepat iron baju, tudung, dan sediakan file serta print apa yang patut. Malam tu bacalah di website pasal business activites nya sebelum tengok cerita Criminal Minds. Interview, interview jugak. TV series, cannot avoid. Hehe..pastu tidur dan harapnya esok adalah lebih baik dari hari ini.

Esoknya bertolak lah ke Mutiara Damansara, lokasi interview. Kita masuk office nya dalam pukul 11.40 pagi, isi borang dan duduklah tunggu turn interview. Sebenarnya ada lagi dua candidates, sepatutnya dorang start interview pukul 11.00 dan 11.30 pagi. Kita punya giliran pukul 12, tapi delay sebab mungkin orang company tu ada hal. Kita nya turn pukul 12.20 tengah hari dan interview tu dalam 1 jam, sebab kita keluar bilik tu dalam kul 1.30 tengah hari. Kita di interview oleh Technical Manager, nizam namanya tak silap kita. Tak ingat sangat. Dia sorang jer interview kita dan dia pegang marking sheet kat depan dia. Interview ini dimulakan dgn sesi soalan. Dia tanya, kalau kita ada soalan pasal company dan the position being offered. 

Kita ada tanya soalan, pasal job nature, apa yang dibuat, work in office or onsite, career development dan beberapa lagi. Sambil-sambil tu dia pun explain pasal company, role dia, dan jawab soalan kita. Lepas tu barulah start interview perkenalkan diri kita, pengalaman kerja, kenapa nak join O&G industry, dan banyak lagi. Dia ada juga tanya pasal apa tak dapat-dapat kerja lagi, tak kerja part time ke kat KFC, McD, etc. Pasal kewangan family dan dia turut share “honest” opinion dia. Bagi kita, kadang-kadang honest opinion ni bagus tapi menyakitkan.

Owh, antara jawapan kita kenapa nak O&G adalah sebab kita nak kerja di lapangan (field engineer), travel, dan nak penetrate the industry that is dominated by men. Kita jelaskan pasal ada gender discrimination yg sesetengah company praktis, mcm pompuan duduk kat office. Buat kerja-kerja admin dan bukan teknikal. Kita tak nak macam tu kalau boleh, itu yg kita cakap. Kita turut tegaskan yg di Perth, tiada masalah pasal gender ni. Sebab kita sendiri ada kawan Aussie yg kerja offshore dan dia adalah perempuan. So, what’s the big deal? Dia pun sendiri cakap, pompuan susah lah nak masuk industry ni. Kita dalam hati, “You are narrow-minded man”. Macam mana nak masuk kalau tak diberi peluang. Macam ni lah ibaratnya, orang pergi audition menyanyi dan belum pegang microphone nak nyanyi, judges dah kata suara hang tak sedap. Pitching lari ke laut, vocal hampeh. Padahal tak start nyanyi lagi. Nampak tak ironi di situ?


Masa interview tu dia turut bincangkan pasal perbezaan local and oversea graduates. Antaranya, local graduates have poor communication skills, lack of confidence, dan blah blah blah. Kita tak rasa semua oversea graduates bagus, dan semua local graduates ni hampeh. Ada je yg lagi berjaya walaupun tak belajar di luar negara. Ye lah, cuba baca berita atau majalah atau media sosial. Banyak je kisah orang berjaya. Kadang-kadang, kewangan atau keluarga tak mengizinkan dan banyak lagi faktor lain. Cumanya kita ni tergolong dalam insan yang bernasib baik berpeluang belajar di luar negara. Takdenya, cop ditanggung “BAGUS” bila belajar luar negara dan cop ditanggung “HAMPEH” bila belajar dalam negara. Semuanya berbalik pada diri sendiri. Dan manusia memang suka judge orang lain, so jangan kisahkan dorang. Lantak dorang lah. 


Kerja yang ditawarkan tu lebih kepada administration dan management dan di office. Misalnya uruskan freelancer dan engineers punya accommodation, flight, working hours dan lain-lain. Freelancer ni macam NDT inspector, pipeline inspector, dan employees lain yg kerja onsite. Ada juga terlibat dengan teknikal, buat report le. Kita macam, erm ye lah, “PEREMPUAN = REPORT”. Waktu kerja ni long hours, kerja di office dan from home. Yelah, dah kalau site personnels call suruh beli tiket kapal terbang, cari tempat tidur, dan lain2, dorang akan call bila-bila masa. Selain itu, dia kata boleh kalau nak kerja site, tapi kena masuk kerja office dulu lah. Lama-lama nanti bolehlah berkembang dan kerja di site. Kita macam percayalah, tapi entahlah. Mula-mula ni macam2 la cakap. 

Selain itu, ada juga bincang pasal gaji. Kita punya expectation quite high la juga, tapi sesuailah dengan zaman sekarang. Tapi dia kata maksimum yg dia boleh kasi RM2500. Itu max ye. 2-3 tahun lepas, gaji fresh grad, dalam range RM2500 jugak. Takkanlah tak boleh nak naik sikit dalam RM200-300 ke. Takde OT, dan kerja lebih masa tak termasuk dalam gaji. Kita memang dah set gaji yg tertentu atas beberapa faktor. Kalau the outsiders yg baca ni, memang akan judge yg kita ni demanding. Tak sedar diri dan lain2. It is up to you man, it does not hurt me at all. 

Untuk masa ni, kita tak letak harapan sangat. Tak tau lagi outcome of the interview, so just wait and see. 

Pengajaran: Don’t judge people based on what you see, you are not in their shoes. Selain itu, sebagai pihak yang dihakimi kena sediakan mental yang kuat dengar "honest opinion" orang walaupun dorang tu judge a book by its cover. Tak boleh nak halang orang dari judge diri kita, so kena kuatlah ya. Jaga mental dan senyum je. Kalau orang yang tak biasa mungkin boleh mengalir air mata. Syahdu...hehehe...

InsyaAllah, buat masa ni kita ada tiga chapter je untuk kongsi pengalaman kita dalam mencari kerja. Kalau ada lagi, InsyaAllah kita akan kongsi in the near future. Pada masa ini, kita agak sibuk menguruskan beberapa perkara dan agak hectic. Hopefully akan settle dan dipermudahkan Allah dalam masa terdekat. 


Ok, till next time folks. As usual, take care. Salam w.b.t.

No comments:

Post a Comment

What is on your mind? Share it with me :D

See you at the next pit stop