Salam w.b.t dan Hi,
Folks.
Apa khabar semua?
Alhamdulillah, kita secara fizikal, OK setakat ini. Cuma dah hampir tiga minggu
mengalami mental torture yang sangat menyeksakan dan menyesakkan. Hal ini
berkaitan dengan nama company kat tajuk itu, ye, SAMSUNG!!! Ok, ini bukanlah
hal mencari kerja dengan Samsung. Ini hal berkaitan dengan peti ais Samsung kat
rumah kita yang rosak dan khidmat pelanggan Samsung yang suck tahap lubang
jamban.
Peti ais di rumah,
yang berjenama SAMSUNG ni rosak pada 6 Jun (Jumaat) yang lepas. Peti ais ni
jenis side-to-side door dan macam produk keluaran baru. Warranty nya setahun.
Masalah dengan peti ais kita ni adalah freezer nya tak sejuk, dan semua makanan
dan lauk mencair. Suhu freezer range sepatutnya -14 ke -25 degree C. Dan
bahagian fridge nya adalah 1 ke 7 degree C. Mula-mula bahagian freezer yang
suhunya meningkat naik ke 25 degree C, kemudian merebak ke bahagian fridge.
Untuk makluman esoknya iaitu 7 Jun (Sabtu) adalah IELTS Exam. Kita takdalah
terganggu sangat, tetapi emak kita terganggu. Yelah, risau sebab beli bukannya
murah dan dalam tu banyak lauk. Lauk pauk tu bekalan untuk bulan Puasa sekali.
Bila dia risau, sedikit sebanyak kita pun risaulah.
Sabtu, pergilah
kedai Cina yang tempat beli peti ais tu tapi tutup sebab Birthday Sultan. So,
tunggulah hari Isnin. Sementara menunggu tu, belilah ais batu satu beg. Beli
masa tu dari kedai Fajar Indah, harganya RM4.00 satu beg. Pastu angkatlah ais
masuk rumah, kemas lauk masukkan dalam kotak, dan susun dengan ais yang dibeli.
Hari Isnin tu, buat report dengan dealer. Dia kata dalam seminggu, technician
Samsung akan datang ke rumah untuk betulkan peti ais tu. Kena tenchnician dari
Samsung yang datang sebab peti ais tu masih dalam warranty. Masa tu, "Oh
my, seminggu tu lamanya". Tapi terpaksa jelah tunggu, dan dari Isnin
sampai Jumaat tu, beli ais setiap hari untuk sejukkan lauk. Tak tahulah korang
faham ke tak situasi ni, setiap hari keluar, naik kereta ke kedai, waktu petang
yang panas, pastu balik rumah, angkat ais masuk rumah, kemas ais dalam kotak
yang mencair, dan masukkan ais yang baru kemudian lap lantai. Ais tu berat, dan
bukannya ada orang laki untuk mengangkat. Situasi ni berterusan dari Isnin
sampai Khamis. Pastu hari Jumaat tu, orang Samsung tu tak datang juga dan
kitorang call dealer Cina tu dan dia kata dah call Samsung Customer Service.
Dealer cina tu pulak suruh kitorang call Samsung. Kitorang pun call lagi
Samsung Customer Service, dia buat report number dan blah blah blah, explain
masalahnya. Sekarang ni, dia keluarkan report number yang pertama. Tunggu tiga
hari bekerja dan technician akan attend the problem. The Heck!!! So, tunggu
lagi sampai minggu berikutnya.
Kita tak boleh tahan
dah, mak kita pun cakap kena buang je lah lauk-lauk ni. Weyh, mahal dan banyak
tu. Tak taulah kalo orang banyak duit, ni masalah kecik kot. Sabar kita pun dah
menipis, baca servis manual pun tak membantu. Kita google, dan jumpalah satu
cara yang mungkin boleh dilakukan. Mengikut pembacaan kita, tutup suiz dan
biarkan ais mencair secara manual untuk 12-24 jam, lepas tu baru on balik suiz.
Kita pun buatlah macam tu dan tunggu. Esoknya, mak kita kemas la peti ais sebab
dah bersemut dan basah sikit kat bahagian dalam. Lepas tu, on balik. Dan suhu
peti ais menurun gradually dan berada dalam range yang sepatutnya. Masa tu,
happy sangat. Mak kita pun lega, dan kita pun harap tak berulang lagi masalah
ni.
Hari Isnin, Selasa,
dan Rabu, orang Samsung takde call kitorang balik. Hari Isnin, Selasa minggu
kedua tu, kita sangat busy menguruskan beberapa perkara di KL. Hari Rabu tu,
suhu peti ais dah start menaik. Macam kali pertama. Call Samsung untuk semak
progress report pertama kitorang. Samsung Customer Service (SCS) tu check,
tanya balik kitorang, "Eh, technician tak datang lagi ke?". Kita
macam, "Apalaahh lurus bendul dorang ni". Mengikut sistem dorang yang
canggih tu (kononnya), job dah cancel katanya customer suruh arrange hari lain.
Amboih, hangin sungguh kita. Entah bila pula technician call, entah bila
kitorang cancel. Bila tanya SCS, bila technician call, dengan siapa dia
bercakap, nombor apa yang dia call, semua tak dapat jawab. Kantoi!!! Pecah
tembelang dan busuk sungguh bau tembelang tu. Bagi meredakan keadaan, SCS tu
pun buatlah report yang kedua dan suruh tunggu tiga hari bekerja.
Hari esoknya, kita
call lagi untuk track the progress. Kot tiba2 job cancel. As expected, job
cancel dan reasonnya sama, katanya client cancel the job dan suruh schedule
hari lain. Menyirap sungguh darah, tapi kita masih boleh kawal lagi nada suara
walaupun dah agak tinggi. Kemudian, mak kita yang bercakap dengan SCS dan mak
kita luahkan segala rasa tidak puas hati. Itulah, masa call, faham, faham,
faham, dan faham tak kesudah. Tapi, habuk pun takde. So, tunggulah lagi tiga
hari bekerja. Kita pun decide, buatlah lagi sekali, tutup suiz peti ais tapi
kali ini, buat 24 jam untuk cairkan ais secara manual. Sebelum ini, 12 jam. Ini
macam reboot balik peti ais la. Mengikut pemahaman kita, kita rasa ini masalah
defrost dan kena buka panel belakang peti ais untuk check apa masalahnya. Tapi,
tidaklah kita berani nak buka, kot macam tikus membaiki labu. Beberapa hari
lepas tu, call lagi dan respon yang sama, "Technician tak datang atau call
ke?". Kita rasa macam nak terajang dinding tapi kita cakap, "Tak, apa
masalahnya". Panjanglah kisahnya, dan setelah disemak dengan sistem yang
canggih bebenor, job cancel, reason yang sama. Memang cekap dan bagus
servisnya. Buatlah report yang ketiga, dan disuruh tunggu tiga hari bekerja.
Macam dibodoh-bodohkan rasanya. Kali ni, tak cairkan ais dah secara manual.
Penat dah.
Tunggu lah, dan
kitorang gi kedai dealer dan jumpa dengan taukenya. Hari yang pergi ni, hari
Selasa (24 Jun). Pekerjanya, Yip tak maklumkan pada taukenya, Tan pasal masalah
ni yang dah berlarutan. Bila kitorang datang kedai, mula-mula cakap dengan
Taukenya, Tan. Pastu gi jumpa Yip, kitorang ikutlah Tauke Tan dan bila nampak
kitorang, berlari Yip ke arah mejanya dan bukak buku laporan. Taukenya, Tan
marah kot sebab cakap Bahasa Cina dan muka ketatnya. Dia kata akan settlekan
dan akan call Samsung. Beberapa minit lepas tu, ada orang dari Samsung call.
Techniciannya, laki Cina. Arrange waktu akan datang untuk betulkan peti ais,
dia boleh datang Khamis. Katanya, Khamis pagi, Rabu tak boleh. Sebab busy
dengan appointments lain. Oklah, Khamis pagi. So, tunggu la lagi sehari.
Hari ini (Khamis),
pukul 10 pagi, kita call suruh adik kita cakap untuk check dia akan datang ke
tak. Technician cina tu kata, dia baru nak ke office dan semah schedule. Petang
ni, lepas pukul 1 petang, baru boleh datang. Kita macam, nak menyumpah dalam hati.
Kalau dia keluar tepat 1 petang, kita anggarkan pukul 3 petang baru nak sampai.
Itu pun kalau sharp keluarnya. Entahlah, kita dah bosan. So, tunggu lah. Itu
pun tak pasti kalau dia datang ke tak, kot petang karang dia kata "Owh,
busy lorh. Kena datang esok lorh". Memang kita akan harap SAMSUNG akan
gulung. Kita bengang sangat sebab menyebabkan perjalanan kita nak balik kampung
di Pahang tertangguh-tangguh. Kita memang nak balik, kesian kat Wan dan Atok,
asyik call. Entah bila dapat jumpa sebab nanti tak lama lagi nak mula kerja,
dorang ni bukannya makin lama makin muda. Makin lama makin tua. Tapi Samsung
punya masalah ni menyusahkan hidup. Selain itu, nak call lagi tanya, sepuluh
kali sekejap call. Kalau call, cakap explain masalah dari A sampai Z. Pastu,
report number, dengan SCS asyik faham, faham, faham, faham, dan faham. BOSAN!!!
Pengajaran dari kes
kita ni, pastikan korang tahu perkhidmatan pelanggan tu bagus ke tak sebelum
beli barang. Masa beli, memanglah semua bagus. Bila dah dapat duit kita, semua
jadi haprak. Cakap tak serupa bikin. Hampeh.
Ok, tu jer setakat
ni. Maaf sebab entry ni agak kasar, disebabkan emosi yang agak terganggu. Take care, folks. Salam w.b.t.
At the end apa yg rosak ye? Sbb rasanya model fridge kita sama. Simptom masalah yg sama. Saya panggil service dr luar, nak RM700.
ReplyDeleteAt the end apa yg rosak ye? Sbb rasanya model fridge kita sama. Simptom masalahvyg sama. Saya panggil service dr luar, nak RM700.
ReplyDeleteMahal tu RM700. Saya punya peti ais masa tu nasib baik dalam warranty lagi. Sebulan sebelum tamat warranty. At the end yg rosaknya adalah sensor. Sensor dlm peti ais tu. Macam a piece of wire. Replaced it then everything ok.
DeleteSamsung model ape? Afe code model tak? Nak tau jgk sbb tgh nak beli samsung brand
ReplyDelete