Salam w.b.t
and hi folks.
Apa khabar? Hopefully you are doing great ;D
InsyaAllah sekarang ni kita akan sambung entry yang sebelum ini pasal Job Hunting. Kalau korang tak baca lagi, bolehlah singgah jap di Job Hunting - Chapter 1 . Hehehe…
InsyaAllah sekarang ni kita akan sambung entry yang sebelum ini pasal Job Hunting. Kalau korang tak baca lagi, bolehlah singgah jap di Job Hunting - Chapter 1 . Hehehe…
Keempat: SEM
Lokasi ini
di Shah Alam, bertentangan dengan Proton. Untuk ini, kita tak apply tapi HR dia
jumpa melalui jobstreet.com. Dia email kita hari Khamis untuk interview
invitation, tapi kita tak dapat emel itu. Hari Jumaat dia call dan kata dia
emel dah. Kita rasa dari pagi Jumaat sampai pukul 3 petang itu kita refresh
email kita banyak kali. Takde dapat. Penting email itu sebab maklumat company
dan masa semua ada dalam itu, tambahan pula masa itu kita tak berapa jelas
company apa dia sebut. Petang tu, kita call dan cakap kita tak dapat email dari
dia, pastu dia check. Nak tahu apa masalahnya? Dia salah hantar, kita nyer
email adalah YAHOO, tapi dia hantar ke GOOGLE.MAIL yang kita tak pernah ada.
Lepas tu, barulah dapat emailnya. Nampak tak tekanan perasaan di situ?
Melibatkan masa depan, boleh pula salah hantar email. Interviewnya Khamis
minggu selepas itu, so ada lah banyak masa untuk study dan prepare apa yang
patut.
Company ni
basically dari Jepun, pasal semiconductor dan position yang ditawarkan adalah Process Engineer.
Ok, boleh lah tu cuba. Khamis pagi tu, pergi lah. Interview start pukul 10 pagi,
tapi kena sampai 1 jam 30 minit awal untuk buat test. Kita sampai dalam pukul
8.20 pagi, pastu buatlah test. Antaranya test mata, baca buku nombor-nombor
yang bulat-bulat. Ini nak semak kita ni rabun ke tak, rabun warna ke tak. Kalau
orang yang pakai cermin mata, tahulah buku apa yang dimaksudkan. Kalau tak tahu, buku tu macam di bawah ni.
Buku warna untuk semak mata |
Lepas tu,
matematik, tak boleh guna kalkulator. Nombor yang beratus-ratus tu, buatlah
tambah, tolak, darab, bahagi. Bukan nombor bulat, ada perpuluhan bagai. Pakej! Dah
lama tak kira-kira, biasa pakai kalkulator. Maka agak kekok lah juga masa buat
tu. Lepas matematik, biasalah ujian Inggeris. Baca dan jawab. Lepas tu, ada lah
macam soalan fizik sikit pasal kereta, kelajuan, dan fius. Soalan yg kita
ingat, macam mana nak matikan fius, ada tiga fius. Pastu, ada lah
syarat-syaratnya dan situasinya. Yang pentingnya, kita tak tahu jawapan. Kita
taram lah cakap buat short circuit. Biar mampus semua fius tu. Hahahahaha…..serabut
je.
Yang kita
perasan satu benda company Jepun ni, kalau masuk office dorang, kena tanggal
kasut kita dan pakai selipar yang disediakan. Sebab masa kita intern pun, macam
tu juga. Kita dah siap test, kita pergi face-to-face interview. Kita calon
pertama, ada dalam 7-8 calon lain. Tapi dorang tengah buat test, tak siap lagi.
Ni interview yang secara tradisional, mengadap interviewers. Ada 4 orang, 1
Melayu (HR), 1 Cina (Process Engineer), dan 2 Jepun (Tak ingat jawatan). Korang
tahu tak situasi, macam calon yang nak ditemuduga tapi calon tu tak bersedia.
Tapi dalam kes ini, bukan calon yang tak bersedia, tapi si penemuduga tu tak
bersedia. Masa dia panggil masuk tu, dorg tengah belek-belek kertas. Kita pun,
“Ok, take time. Chill dulu”. Yang ni memang macam skema giler, perkenalkan diri
serba sedikit. Dalam borak-borak tu, HR tu cakap, “Eh, awak major in Oil and
Gas”. Macam terkejut giler. Kita pun ye kan lah sebab dah memang tertulis atas
resume tu. Pastu empat-empat orang tu mcm dah takde benda nak cakap, macam
“Krik, krik, krik”. Lepas tu, HR tu break the silence dengan bertanya, “What is
your greatest strength?”. Kita macam dalam hati, “Owh man! Come one lah. Cliché
nya soalan”. Tapi kita jawab jelah. Ada soalan yang ini, “Why do you want to
work with us?”. Kita secara batin jawapannya, “Tak tahu lah sebab korang yang
panggil suruh datang interview”. Tetapi secara zahir, kita jawablah elok2. Tak
ingat apa jawapannya. Sepanjang interview tu, orang Jepun dua orang itu senyap,
sengih, dan angguk-angguk je. Kita tak pasti dorang faham ke tak Bahasa
Inggeris. Dah habis interview tu, kita tengok jam, “Tak sampai 10 minit pun
interview”. Lantaklah…
Pengajaran:
Kita tak pasti lah apa pengajaran untuk ini. Tapi, kita boleh nampak dengan
jelas serta terang benderangnya yang interviewers memang tak bersedia. At
least, study lah profile calon sebelum interview. Ini bukan pasal calon je yang
kena bersedia, tukang tanya pun kenalah bersedia dan sediakan soalan yang
membantu untuk pilih pekerja. Cumanya, untuk pihak kita, mungkin boleh start
baca pasal fius.
Kelima: Strand Aerospace Malaysia (SAM)
Ok, yang ni
company ni kita tak nak sembunyikan namanya sebab tiada yang jelik pasal
company ni. InsyaAllah, ini pandangan pertama kita. Hehehehe…
Kita mohon
untuk join company ni melalui jobstreet.com sebab dia iklankan Strand Graduate
Engineer, masuk sebagai stress analysis engineer. Kita terangkanlah serba
sedikit pasal company ni ya. Company ni business nya ada menyediakan analisis
dan design kepada aerospace industry, mereka adalah consultant. Terletak di
Menara Bata, Damansara Perdana dalam 500 meter dari One Utama. Selain aerospace
industry, ada menyediakan perkhidmatan untuk design oil rig tapi ini minor
business. Major business adalah kepada aerospace dan aeronautic industry. Strand
ni asalnya dari UK dan expand their branch ke Malaysia. Pada awal penubuhan,
ada 5 orang Malaysian engineer yang buat stress analysis untuk kapal terbang
Airbus bahagian sayap, tak silap kita. Lepas tu, Airbus percaya dengan
kemampuan diaorang dan kasi lesen sebagai official analyst untuk Airbus di
Malaysia dan Asia. So, dari situlah berkembangnya company Strand di Malaysia
dan mendapat sokongan kerajaan Malaysia.
Kita mohon
melalui jobstreet dalam awal bulan 3, dan dapat reply masa kita datang graduasi
di Perth. Interviewnya mengambil masa empat hari, bermula 2
hari lepas kita balik dari Perth. Kita balik hari Jumaat (28 Mac), interviewnya
start Isnin lepas tu. Masa tengok tentative recruitment process sebelum RSVP
kedatangan kita, macam dahsyat giler. Setiap hari selama 4 hari tu, akan assess
macam-macam. Misalnya Inggeris, communication skills, presentation, group project,
etc. Masa tu macam fikir, “Nak ke tak? Nak ke tak? Kalau nak, sempat ke nak
buat persediaan utk pergi sebab baru balik dari Perth”. Pastu, mak pun kata,
“Takpe kak. Pergi ja, belajar. Tengok tahap kemampuan akak takat mana. Tak
payah nak takut”. Hehehehe…lepas beberapa kata pujukan, “Saya pun reply YES
untuk be part of the recruitment process”.
Ok, kita
ringkaskan apa yang berlaku sepanjang empat hari ni ya.
Isnin:
- Ice – Breaking
- Sesi dengan Mr Mad Nor, Training Manager
- Sesi dengan Manager, Sir Naguib
- English test
Selasa:
- Group project and presentation
- Sesi dengan Sir Hafiez, General Manager
- Mechanical Test
Rabu
- Sesi dengan Sir Shai
- Group project and presentation
Khamis
- Interview
Secara
umumnya, recruitment assessment ni menyeronokkan.
Kita berpeluang berkenalan dengan calon-calon lain yang ramah dan hebat-hebat
belaka. Selain itu, dapat tukar-tukar cerita dengan dorang dan kita rasa kita
berasa seronok dapat jumpa orang baru. So, dapat kawan baru. Hehehe…Sepanjang
empat hari tu, dapat jumpa dan dengar dari para engineer yg hebat yg kerja di
Strand ni. Bukan engineer saja, staffs pun hebat dan friendly. Company ni
diterajui oleh Generasi Y, yang membuatkan suasana tempat kerja ni seronok,
welcoming, dan ok. Senior-senior pun ada, dari generasi X. Itu first impression kita masa kita
mula-mula jejakkan kaki di office mereka. Memanglah kalau dah kerja barulah
kenal dan faham situasi sebenar, apa-apa pun first impression is very important,
right?
Masa
berjumpa dengan engineer Strand ni, dorang memang hebat dan banyak pengalaman
dalam bidang aerospace. Selain menaikkan motivasi, kongsi tips dan nasihat,
dorang ni pun menghentam calon-calon. Sebenarnya, dorang hentam dulu kitorang
sebelum cakap elok-elok. Panas jugaklah telinga bila awal-awal lagi dah kena hentam.
Yelah kan, kenal pun tidak, dah sound orang. Masa dengar tu, motivasi dan
semangat memang down, dah rasa macam takde harapan. However, at the end of the
day, it turns out to be some kind of motivation for myself.
So, dapat ke
tak tawaran dari Strand? Itu soalan yang kita akan jawab di entry lain, sebab
jawapannya agak menarik dan panjang. Tak sesuai cerita di entry ni.
Pengajaran: Cubalah ambil apa saja peluang yang datang,
walaupun kadang-kadang kita rasa tak bersedia. We never know what lies ahead,
so take it.
Keenam: GIS
Yang keenam
ni, berkaitan menjadi IT Analyst dan bekerja dengan menggunakan software
dikenali sebgai Geographical Information System. Company ni, berasal dari US
tapi pekerja di Malaysia ni bertanggungjawab beri support melalui telefon,
emel, dan lain-lain. Officenya di Amcorp Mall, dan waktu kerjanya dari 6 pagi
sampai 3 petang. Kita apply ni melalui website, tak ingat website mana sebab
kita hantar je. Tak beri perhatian sangat, sebab masa tu dia tulis fresh
graduates are encouraged to apply. Kita pun apply la. Sebenarnya yang iklan kerja
tu recruitment agency, dan nama client diorang untuk kerja dirahsiakan pada masa
tu. Tak lama lepas tu, a Chinese lady (Vivian) from the agency called me at one
evening, on Thursday if I am not mistaken. Dia tanya pasal diri, kerja, boleh
kerja tak dari 6 pagi-3 petang. Kita ok kan je, sebab baru screening process je
pun. Dia kata, ok kalau kita berjaya kita akan diinterview oleh client dorang,
yg HR person dari US company ni. Kita pun, ok kan.
The next
day, at a very late in the evening, she called me to inform me the next
interview. Tapi through phone je dulu, ye la kita rasa dia nak check fluency of
English kita dan kerja nanti pun akan interact melalui telefon/emel/electronic
media.
Interview
dengan HR tu hari Selasa minggu selepas itu, dalam pukul 10 pagi. A Chinese lady
juga. Dia tanya pasal GIS, kita tak pasti sangat pasal software ni sebab tak
pernah guna directly tp Vivian ada kasi beberapa bahan, suruh baca sebelum interview.
Kita pun dah baca, dan jawablah semampunya. Pastu tanya pasal gaji dan waktu
bekerja. Dia tanya boleh ke kita kerja dari 6 pagi-3 ptg. Kita sebenarnya takde
masalah dengan waktu kerja sebab antara kriteria kerja yg kita idamkan adalah
waktu kerja yg fleksibel. Kita nak elakkan jam, dan Amcorp Mall tu 30 minit je
dari rumah kita, kalau tak jam. Cumanya, kita tanya la the lady, boleh tak
start dalm 6.15 pagi ke. Pada awalnya kita tak kasi tau reason kenapa nak
lambatkan 15 minit, then dia tanya. Kita pun ckplah, “Well, you know what. I am
a Muslim and I need to perform a morning prayer. The prayer normally will take
10-15 minutes.” Kita kasi tau lah sebab kita. Pastu dia ckp, “Oh, I don’t think
the time can be adjusted because the customer will start call exactly at 6 a.m.”
Pastu dia tnye, kalau ambil sesi petang nak? Dalam pukul 3 petang sampai 9 malam,
dan kita ok je tapi prefer waktu pagi. Dan waktu rehat adalah one hour utk
mana-mana sesi pun. Pastu, kita fikir still akan kacau waktu sembahyang sebab
nature of this job ni nak suruh kita duduk di meja waiting for the clients’
call. Dan kalau kita kerja, kena jaga clients bahagian US la. Selain tu, HR tu
mcm tak boleh nak tolerate je dan macam rigid la.
Selain itu,
kerja ni kontrak dulu sebab dia akan kasi training 5 minggu dan contract 24
bulan, tak silap kita. Ke 12 bulan, antara dua tu la. Interview tu dalam 25
minit la, dan the lady tu pun mcm tak se-excited awal perbualan setelah kita sentuh pasal
waktu kerja tu. Lepas habis interview tu, kita fikir kalau tak dapat pun
takpela. Lagipun bukan berkaitan dengan background kita, mcm susah nak faham
je. Kita pun bukannya IT savvy. At last, memang dorang tak contact kita semula,
tak dapatlah teww.
Pengajaran: Kita menggunakan peluang ni untuk belajar
macam mana process phone interview. Sebelum ni takde pernah buat, so dari sini
kita belajar la. Tak rugi pun.
Ok, InsyaAllah sampai sini dulu Chapter 2. Kita tengah buat Chapter 3, InsyaAllah akan dikongsikan tak lama lagi. Till next time, take care folks.
Salam w.b.t.
No comments:
Post a Comment
What is on your mind? Share it with me :D