Salam w.b.t.
Pernah tak jantung
korang tiba-tiba berdebar tanpa sebab yang pasti? Rasa tak keruan, gementar dan
takut silih berganti.
Minda korang pun
berfikir dan berusaha untuk memahami apa yang sedang berlaku. Di mana silapnya
sampai rasa tiba-tiba macam ini.
Bila berfikir,
berfikir, dan berfikir sampailah ke satu masa - kita pun berkata pada diri
sendiri, "Allah, aku nak mati ke?".
Ya, tak tipu. Itu
yang aku lalui sejak dua menjak ini dan aku rasa takut.
Bila aku tidur, aku
fikir, "Macam mana hari esok?".
Rasanya dah lama aku
tak muhasabah diri khususnya mengingatkan diri aku pasal kematian. Mungkin
terlalu leka merencana kehidupan di atas dunia sehingga lalai merancang untuk
menghadapi kehidupan yang kekal, alam akhirat.
Kematian, kepulangan
abadi yang pasti setiap kita akan lalui seperti yang telah ditetapkan di Luh
Mahfuz. Ketibaannya tidak terawal sesaat dan tidak terlewat sesaat.
Bila aku buat quick
checklist pasal diri aku, amalan aku, dan apa yang aku buat selama ini,
"Allah, aku tak bersedia. Aku takut Ya Allah. Banyak lagi yang aku perlu
lakukan dan perbetulkan, berilah aku masa lagi".
Macam-macam yang terlahir di benak kepala.
Amal ibadat aku pun
sekadarnya sahaja.
Macam mana dengan
emak dan adik-adik aku?
Aku tak sempat
berbakti lagi.
Aku tak minta maaf
dan ampun lagi.
Macam mana laluan
aku untuk ke alam satu lagi? Cantikkah? Burukkah?
Bersediakah aku?
Sudah tentu tidak!
Cukupkah apa yang
aku lakukan selama ini? Kepada keluarga, kawan-kawan, masyarakat, agama, dan
dunia.
Berilah aku masa
lagi.
Tak dapat aku
bayangkan penyesalan seandainya aku tak memanfaatkan detik-detik kehidupan aku
atas muka bumi ini.
Takutnya kalau-kalau
aku tergolong dalam golongan orang yang rugi. Nauzubillah.
Gentarnya hati aku
ini bila aku bayangkan aku hanya seorang diri nanti.
Tiada emak, adik,
keluarga, kawan, dan semuanya. Seorang sahaja.
Sukar, tetapi aku
anggap ini sebagai perasaan yang dititipkan Allah SWT untuk memanggil hambaNya
yang leka ini.
Panggil aku agar aku
kembali mengingatiNya setiap masa. Meningkatkan amal ibadat aku dan berusaha
untuk mendapatkan tempat yang terbaik di akhirat nanti.
Syurga - tempat yang
terbaik tetapi aku rasa segan kerana rasa macam tak layak. Tetapi, aku sudah
semestinya tak mahu ke tempat yang bertentangan dengan syurga.
Oleh itu, aku harap
aku masih ada masa untuk menebus perkara yang lepas dan melakukan yang terbaik.
Membetulkan niat,
meningkatkan keimanan aku, dan menyiapkan diri untuk pulang ke kampung halaman,
akhirat.
No comments:
Post a Comment
What is on your mind? Share it with me :D