Salam
w.b.t and hello, Folks.
Apa khabar? So, how is your life so far.
Harap-harapnya semua masih dalam keadaan terkawal. InsyaAllah kita akan kongsi
pengalaman kita dalam mencari pekerjaan. Ini Chapter 3 ya. Boleh klik di link berikut sekiranya anda
miss entry sebelum ni, Chapter 1 dan Chapter 2, jemput
baca ya.
Ketujuh: MFM
Ok, yang
company ni kita apply melalui Mudah.my yang iklankn O&G Technical Engineer.
Kita kasi tahu awal-awal la, company ni lah yang menyebabkan semangat kita
hancur dan sehancur-hancurnya. Sejak itu, kita decide nak pindah rumah dari
Puchong dan duduk dengan mak kita di Batang Kali. Sebelum ni family kita duduk
di Puchong tapi mak kita pindah ke Batang Kali dalam awal bulan April, lepas
balik dari Perth. Kita decide nak tinggal di Puchong, dengan alasan dekat
dengan KL. Sejak saat itu, kita pun dah buat keputusan untuk teruskan dengan
apa yang kita ada. Nanti kita kongsi apa yang kita ada. Kita memang dah tak
boleh nak cope dengan penangan dari company ni. Kita akan cerita every bits and
details utk pengalaman ni, sebab kita ingat setiap saat ni. Bukanlah berdendam,
tapi terkesan jugalah dalam hati.
Rabu –
Dalam pukul 10-11 pagi, kita baca iklan di Mudah.my untuk cari O&G
Technical Engineer dan kita pun apply. Hantar resume melalui emel. Dalam pukul
2.30 ptg pada hari yg sama, kita dapat call. Perbualannya lebih kurang macam ni
ye;
Caller: Hello, sy
nak bercakap dgn cik siti nor atiqah
Me: Ya, saya bercakap
Caller: OK, awak nak kerja tak?
Me: (Dalam hati,
of course lah nak, tp entah sapa2 call. Tak introduce diri ke apa). Ya, saya tgh cari kerja lagi ni.
Caller: Ok, awak ada apply kat Mudah.my kan? Kitorang nak kasi awak kerja
berkaitan dgn facility management. Kalau dah ok, baru hantar ke KLCC.
Me: Oh, ok. Tapi, bukan kat iklan tu O&G Technical Engineer ke?
Kenapa tukar?
Caller: Eh, awak nak kerja mcm tu ke? Tapi perempuan susah la sikit.
Me: (Kita mcm bengang lah, iklan lain, cakap
lain. Lepas tu, reason nya “perempuan susah la sikit”. Nampak mcm kebodohan
terserlah di situ). Kenapa ye perempuan susah la sikit?
Caller: Erm, erm..kejap ye, sy tanya boss sy.
Me: Ok, tiada masalah.
****
(Dalam seminit dua tunggu) ****
Caller: Macam nilah, awak dtg interview dulu. Awak bila boleh datang?
Me: (Dalam hati, ape ke hal org ni? Dia lah
tetapkan masa, mcm main2 pulak). Ermm..
Caller: Esok, boleh?
Me: Esok? Ok. Pukul berapa?
Caller: Pukul berapa awak boleh datang?
Me: Erm… (sambil berfikir waktu yang sesuai)
Caller: 10.30 pagi, boleh?
Me: Ok, 10.30 pagi.
Caller: Ok, esok ye. Bawa sekali updated resume awak sbb
yg sy ada ni tak lengkap mcm status perkahwinan ke.
Me: Di mana ye nanti interview? (Kita memang ada apply, tapi bukanlah satu
company je. Banyak, so tak ingt sgt nama company).
Caller: Alamatnya ada di website mudah.my, awak ada apply kn? Kat situ ada
alamat.
Me: Ok, sy nak tahu saya bercakap dgn siapa ni?
Caller: Oh, saya Azlan.
Me: Ok, jumpa esok pukul 10.30 pagi.
Dari
perbualan telefon, kita rasa mcm tak professional langsung “Azlan” tu. Macam
cakap dengan budak-budak sekolah. Dahlah tak perkenalkan diri, pastu tanya,
“Awak nak kerja tak?”. Soalan apa mcm tu. Other than that, I can sense the
gender discrimination or sexism practice in the company. Kita memang pantanglah
kalau ada yang sexism ni, takkanlah nak tukar jantina semata-mata nak kerja
sebagai engineer. Lagi satu, selama kita dipanggil interview, kita tak pernah
la pula tetapkan hari apa, pukul berapa nak datang. Orang HR tu lah tetapkan
berdasarkan availability of his boss, dan baru tanya kita boleh datang ke tak.
Bukan sebaliknya, lagipun bukannya kita ni bukan sesiapa out of the blue pop up
at someone’s office. Kita pun risau kot ini scam, sebab panggil terburu-buru.
Tapi, kita decide untuk datang jelah. Malam tu, buat research dan baca
websitenya. Ni macam syarikat yg ditubuhkan oleh bekas pekerja sebuah syarikat
minyak di Malaysia. Dalam syarikat tu, ada dua jenis, MFM (management) dan MSR
(technical). Yang diiklankan tu, lebih kepada MSR.
Esoknya,
kita bertolak dengan mak kita ke Menara UOA, Bangsar, lokasi interview. Kita
first sampai di officenya, dalam pukul 10.20 pagi. Tunggu kat lobi dan
receptionist panggil Azlan.
Lepas
tu, Azlan dtg. Dalam hati kita, padanlah tak nampak professional. Kita
anggarkan umur dia dlm 23 atau 24 tahun dan mungkin baru start kerja. Kita ikut
je la, dan dia suruh isi borang. Belum duduk lagi, dah tanye kita, “Tau pasal
aircond?, wiring ke?”. Kita kata, “HVAC ke? Eh, kita akan bincang masa
interview la kan?”. Macam entah apa-apa je, tak study resume ak ke? Job offer
pasal O & G, tetiba tnye pasal aircond. Mabuk ke laki ni.
Borang
tu, basically pasal resume kita. Cuma ada lah maklumat tambahan misalnya, pasal
adik beradik, nama atok nenek belah ayah dan mak, mcm irrelevant pun kalau
letak. Lagi satu, mana lah tau nama penuh atok n nenek belah ayah kita. Kita
isi pun seadanya je, dan pada masa yg sama ada beberapa calon lain datang.
Dalam 5-6 org, dan diorg pun isi borang dan kita perasan dorang ada borang
tambahan. Kita jelinglah nak tengok borang apa tu. Rupan-rupanya, borang tu
buat essei, kenapa nak kerja ni, bila boleh start kerja, dan pasal diri. Kita
berdoa kita tak dapat borang tambahan tu, sebab memang takde mood nak buat
essei pagi-pagi ni. Kita dah siap isi, pastu Azlan panggil suruh masuk
interview. Kita pun pergi masuk dengan sangkaan yg boss dia akan interview
kita. Bila masuk je, JENG-JENG-JENG…….
Rupa-rupanya dia yg akan jadi interviewer. Hati kita pun masa tu mcm
dah tawar, sebab mcm tak rasa seronok. Mungkin kita expect untuk berhadapan dgn
boss dia, lebih challenging. Tapi kita teruskan jelah. Azlan
tu pegang kertas A4, kita tengok kertas tu macam kertas markah. Untuk pelbagai
aspek, macam komunikasi, ilmu pengetahuan, dan lain aspek dari 0 – 9 tak
silap kita. Lepas borak-borak dgn Azlan dalam BM, dia pun ckp, “Oklah kita
start interview dlm BI ye. Boleh ckp Inggeris kan?”. Kita pun takdelah nak
bragging dan kita kata, “Bolehlah”. Dia pulak jawab, “Elleeh, mestilah lagi
hebat ckp Inggeris dari saya sebab belajar luar negara”. Kita masa tu dalam
kepala otak, memang sahlah budak ni first time interview org, baru masuk kerja,
dan tak professional serta tak matang langsung. Dari segi percakapan, mcm
kelakar sungguh.
Panjang
sebenarnya kisah interview ni, tapi mood kita ni turun naik untuk menulis. Tapi
takpelah, kita ceritakan sedia adanya lah ya. Ada tiga interviewers, Azlan,
project manager, dan sorang engineer, semuanya laki. Yang dua orang lagi tu
datang masa Azlan panggil dorang. Mula-mula Azlan interview kita untuk jadi
Facility Supervisor kat KLCC. Kita peliklah, dan cakap kat iklan tulis lain.
Sekarang cakap lain. Mana satu yang betul? Dan kita berminat dengan apa yang
diiklankan tu. Dia macam, “Eh, yeke? Tapi macam tak sesuai”. Lepas kita tanya
beberapa soalan, mungkin dia tak pasti nak buat apa, dia panggil boss dia. Tu
yang dua orang masuk sekali dalam bilik tu.
Pada
awal interview tu, ada salah sorang tu sounds macam racist lah. Dia kata banyak
applicants yg dari bangsa ***, dia kalau boleh nak amik Melayu. Yelah, mungkin
dengan niat nak tolong bangsa Melayu. Kita pun masa tu, instantaneously ckp,
“It is not a good thing to differentiate people based on their race”. The point
is, kita ni masih outsider dan kalau nak pilih bangsa tertentu untuk bekerja,
tiada kepentingan untuk cakap depan kita. Diorang boleh bincang in private
dalam office, bukan depan kita sebab kita masih outsider. Bukanlah kita nak
kata kita ni pejuang hak sama rata ke apa, tapi tak baguslah nak jadi racist.
Selain itu, masa interview tu macam-macam lah ada soalan yang ditanya, macam
interview yg biasa. Pasal O&G, BOSET, SOP, etc. Tapi dalam banyak-banyak
soalan tu, ada soalan yang terlalu private dan tak rasional untuk ditanya.
Antaranya perancangan untuk kahwin (tahun berapa, kenapa macam tu), kenapa nak
kahwin sekian-sekian, pandai seni mempertahankan diri ke tak, dan boleh ke
kerja di luar kawasan serta beberapa soalan lain yg tak irrelevant masa tu. Itu
pandangan kita, ye lah mak kita sendiri pun tak tnya pasal private matters.
Masa tu kita jawablah soalan diorang, tapi bila balik rumah tu macam fikir
balik, the questions were rubbish. The interview was last for about an
hour.
Dari
interview tu, dia suruh kita fikir kita nak ke tak kerja tu. Pastu dia suruh
kita call ASAP untuk kasi tahu apa keputusan kita. Kita masa tu mcm, “BANG!!”
terasa beban atas bahu kita. Kita fikir, kenapa kita pula nak decide. Adakah
maksudnya kita dapat position tu? Sebab at the end of the interview tu pun dah
siap explain pasal contract, salary, medical cover, etc. Lepas keluar dari
office tu, kita rasa harapan tinggi dan sangat gembira. Kita cerita kat mak,
dan mak pun happy sebab ada dapat kerja. Tapi kita pun nervous at the same time
sebab fikir kalau ada possibility dapat better offer dari company lain. Sebab
masa tu kita tengah tunggu beberapa lagi company lain.
Lepas fikir2 dan bincang dgn mak, the next day kita call Azlan tu.
Tahu tak dia cakap apa? Kita memang tak pernah jangka akan dapat jawapan mcm
tu. Kita call cakap kita nak the position. Dia jawab, “Owh, nanti kitorang kena
fikir balik. Sebab semalam ada bincang-bincang dengan orang lain. Dorang risau
kot HOMESICK nanti”.
Masa tu, kita terkedu dan telinga serta hati kita sangat panas. Kita tak
melenting, tapi kita cakap, "Ok dan inform kita the outcome later
on". Lepas tu kita letak telefon, dan tengok conversation tak sampai 3/4
minit. Kita fikir, “I have done my part, now it is theirs”. Lepas tu, kita baru
rasa menyirap. Kita komplen kat mak, “Teruk sangat ke jadi perempuan ni? Takkan
nak tukar jantina. Laki tu pun tak professional, kasi alasan macam budak
sekolah. At least, katalah dalam perbincangan lagi ke”. Sedap sikit hati, kalau
tak dapat position tu pun.
HOMESICK?? This is rubbish, seriously. Diorang tak study resume kita
kot. Personally, kita dari kecik, dah memang selalu pindah-pindah rumah, ikut
mak dan ayah dan selalu berulang-alik kampung. Lepas UPSR (12 tahun), kita dah
start tinggal di asrama dan tak duduk rumah full time sampailah degree. Hampir
11 tahun. Homesick? You said it to the wrong person, man. Lepas tu, kita memang takde letak
harapan supaya dia ambil kita kerja. Kita kalau boleh nak kerja yang tak
bertentangan dgn prinsip kita. Antara prinsip kita; (1) No gender
discrimination dan (2) Equal opportunities for everyone regardless of their
backgrounds (race, religion, politics, etc).
Sebenarnya
ada lagi beberapa perkara, tapi kita tak cerita semuanya lah ya sebab tak
sesuai untuk dikongsi dengan umum.
Pengajaran: Lepas interview ni, memang motivasi sangat-sangat rendah. Dia
kasi harapan, pastu dia hancurkan dan hempaskan harapan tu. Dari situ, kita
buat beberapa keputusan drastic, untuk pastikan kita tak terus lemah semangat.
Pengajaran untuk kita jugalah, jangan percaya 100 percent orang walaupun orang
tu nampak baik dan innocent like a baby.
KELAPAN: SUBSEA
Company ni kita apply dari Jobstreet.com but it was a long time ago.
Dalam April mungkin, kita tak ingat bila exactly tapi kita tanya calon lain
yang datang. Dorang cakap dorang apply dalam bulan April, so kita assume kita
apply dalam masa tu. So, dia panggil interview tengah bulan June. 11th June to be exact. Macam ni, petang Isnin tu kita dapat call dalam
pukul 6 petang. Kita tengah kemas rumah masa tu, kelam kabut angkat telefon.
Yelah, tak expect orang akan call lepas office hour. Orang yang call ni
perempuan Melayu, macam biasa, tak perkenalkan diri. Just jump to the position
offered dan tanya boleh tak datang interview. Kemudian confirmkan alamat email
dan expect email dalam masa dua hari. Dia akan emel details of the interview.
Kita pun tanya nama dia, dan namanya Fazila. By the way, the position offered
was Project Coordinator and Pipeline Inspection.
Esoknya (Selasa), pukul 6.45 petang, baru dapat emel. Tapi kita
check emel dalam pukul 8 malam. Kita baca details, dan ok, interview pada hari
Rabu, 11 June, 12 tengah hari. Kita fikir, “Owh, Rabu. Ada seminggu lagi,
sempatlah nak prepare”. Pastu masa tengah makan terfikir, “Eh, ari ni 9 ke 10
june?” Pastu dengan cekap dan pantas, check email balik. 11 June, dan hari ni
adalah Selasa dan 10 June. ESOK!
Alamak,
baju, file, tak study lagi. Lepas tu cepat-cepat iron baju, tudung, dan
sediakan file serta print apa yang patut. Malam tu bacalah di website pasal
business activites nya sebelum tengok cerita Criminal Minds. Interview,
interview jugak. TV series, cannot avoid. Hehe..pastu tidur dan harapnya esok
adalah lebih baik dari hari ini.
Esoknya
bertolak lah ke Mutiara Damansara, lokasi interview. Kita masuk office nya
dalam pukul 11.40 pagi, isi borang dan duduklah tunggu turn interview.
Sebenarnya ada lagi dua candidates, sepatutnya dorang start interview pukul
11.00 dan 11.30 pagi. Kita punya giliran pukul 12, tapi delay sebab mungkin
orang company tu ada hal. Kita nya turn pukul 12.20 tengah hari dan interview
tu dalam 1 jam, sebab kita keluar bilik tu dalam kul 1.30 tengah hari. Kita di
interview oleh Technical Manager, nizam namanya tak silap kita. Tak ingat
sangat. Dia sorang jer interview kita dan dia pegang marking sheet kat depan
dia. Interview ini dimulakan dgn sesi soalan. Dia tanya, kalau kita ada soalan
pasal company dan the position being offered.
Kita ada
tanya soalan, pasal job nature, apa yang dibuat, work in office or onsite,
career development dan beberapa lagi. Sambil-sambil tu dia pun explain pasal
company, role dia, dan jawab soalan kita. Lepas tu barulah start interview
perkenalkan diri kita, pengalaman kerja, kenapa nak join O&G industry, dan
banyak lagi. Dia ada juga tanya pasal apa tak dapat-dapat kerja lagi, tak kerja
part time ke kat KFC, McD, etc. Pasal kewangan family dan dia turut share
“honest” opinion dia. Bagi kita, kadang-kadang honest opinion ni bagus tapi
menyakitkan.
Owh,
antara jawapan kita kenapa nak O&G adalah sebab kita nak kerja di lapangan
(field engineer), travel, dan nak penetrate the industry that is dominated by
men. Kita jelaskan pasal ada gender discrimination yg sesetengah company
praktis, mcm pompuan duduk kat office. Buat kerja-kerja admin dan bukan
teknikal. Kita tak nak macam tu kalau boleh, itu yg kita cakap. Kita turut
tegaskan yg di Perth, tiada masalah pasal gender ni. Sebab kita sendiri ada
kawan Aussie yg kerja offshore dan dia adalah perempuan. So, what’s the big
deal? Dia pun sendiri cakap, pompuan susah lah nak masuk industry ni. Kita
dalam hati, “You are narrow-minded man”. Macam mana nak masuk kalau tak diberi
peluang. Macam ni lah ibaratnya, orang pergi audition menyanyi dan belum pegang
microphone nak nyanyi, judges dah kata suara hang tak sedap. Pitching lari ke
laut, vocal hampeh. Padahal tak start nyanyi lagi. Nampak tak ironi di situ?
Masa
interview tu dia turut bincangkan pasal perbezaan local and oversea graduates.
Antaranya, local graduates have poor communication skills, lack of confidence,
dan blah blah blah. Kita tak rasa semua oversea graduates bagus, dan semua
local graduates ni hampeh. Ada je yg lagi berjaya walaupun tak belajar di luar
negara. Ye lah, cuba baca berita atau majalah atau media sosial. Banyak je
kisah orang berjaya. Kadang-kadang, kewangan atau keluarga tak mengizinkan dan
banyak lagi faktor lain. Cumanya kita ni tergolong dalam insan yang bernasib
baik berpeluang belajar di luar negara. Takdenya, cop ditanggung “BAGUS” bila
belajar luar negara dan cop ditanggung “HAMPEH” bila belajar dalam negara.
Semuanya berbalik pada diri sendiri. Dan manusia memang suka judge orang lain,
so jangan kisahkan dorang. Lantak dorang lah.
Kerja
yang ditawarkan tu lebih kepada administration dan management dan di office.
Misalnya uruskan freelancer dan engineers punya accommodation, flight, working
hours dan lain-lain. Freelancer ni macam NDT inspector, pipeline inspector, dan
employees lain yg kerja onsite. Ada juga terlibat dengan teknikal, buat report
le. Kita macam, erm ye lah, “PEREMPUAN = REPORT”. Waktu kerja ni long hours,
kerja di office dan from home. Yelah, dah kalau site personnels call suruh beli
tiket kapal terbang, cari tempat tidur, dan lain2, dorang akan call bila-bila
masa. Selain itu, dia kata boleh kalau nak kerja site, tapi kena masuk kerja
office dulu lah. Lama-lama nanti bolehlah berkembang dan kerja di site. Kita
macam percayalah, tapi entahlah. Mula-mula ni macam2 la cakap.
Selain
itu, ada juga bincang pasal gaji. Kita punya expectation quite high la juga,
tapi sesuailah dengan zaman sekarang. Tapi dia kata maksimum yg dia boleh kasi
RM2500. Itu max ye. 2-3 tahun lepas, gaji fresh grad, dalam range RM2500 jugak.
Takkanlah tak boleh nak naik sikit dalam RM200-300 ke. Takde OT, dan kerja
lebih masa tak termasuk dalam gaji. Kita memang dah set gaji yg tertentu atas
beberapa faktor. Kalau the outsiders yg baca ni, memang akan judge yg kita ni
demanding. Tak sedar diri dan lain2. It is up to you man, it does not hurt me
at all.
Untuk
masa ni, kita tak letak harapan sangat. Tak tau lagi outcome of the interview,
so just wait and see.
Pengajaran: Don’t judge people based on what you see, you are not in their
shoes. Selain itu, sebagai pihak yang dihakimi kena sediakan mental yang kuat
dengar "honest opinion" orang walaupun dorang tu judge a book by its
cover. Tak boleh nak halang orang dari judge diri kita, so kena kuatlah ya.
Jaga mental dan senyum je. Kalau orang yang tak biasa mungkin boleh mengalir
air mata. Syahdu...hehehe...
InsyaAllah,
buat masa ni kita ada tiga chapter je untuk kongsi pengalaman kita dalam
mencari kerja. Kalau ada lagi, InsyaAllah kita akan kongsi in the near future.
Pada masa ini, kita agak sibuk menguruskan beberapa perkara dan agak hectic.
Hopefully akan settle dan dipermudahkan Allah dalam masa terdekat.
Ok, till
next time folks. As usual, take care. Salam w.b.t.
No comments:
Post a Comment
What is on your mind? Share it with me :D